Friday, October 1

Bra : Cup Bra Bukan Cup Untuk Diminum


Ini adalah entri 18sx.

Adik-adik bawah umur sila datang lain kali yer sayang. Tak baek membaca entri ini, untuk kesihatan pikiran korang jugak. Dah-dah, pergi-pergi! Rarara.


 

Pertama sekali, aku nak minta maaf andai entri ini terlucah bahasa, terkuningkan fikiran. Bukan niat sebenar hendak men-ter-negatif-kan keadaan, sekadar ingin berkongsi pengetahuan dengan semua. Terutamanya kaum Hawa. Jadi, jangan pikir bukan-bukan okeh.

Ehem.
Macam mana nak mula ek?

Bra umpama rakan karib kepada kaum perempuan. Tanpa bra, apalah makna menjadi perempuan kan? (ecece, skematik macam ayat nak jawab spm jer). Ala, macam tanpa Patrick, siapalah Spongebob. Tanpa Upin, siapalah Ipin. Macam tue larh jugak bra dan wanita. Tetapi, ramai yang tak mahu ambil tahu tentang bra yang sesuai dengan diri sendiri. Sebenarnya bukan tak nak ambil tahu, cuma dah rasa macam dah tahu kan? Kan? HarHARhar.

Tahukah korang, pemakaian bra yang tidak sesuai dengan diri sendiri boleh mengundang breast cancer?? Eh, ter-speaking London plak. Erk. Paham-paham larh sendiri yerk.

Jadi, jadi, dan jadi..
Jom lah kita ukur saiz bra yang sesuai untuk kita.

Erk.
Rasanya, setakat ini sahaja segmen untuk para lelaki.
Jemput berangkat wahai lelaki sekalian.
Hehe.

Okey larh para wanita. Entri kali ini CikGadis nak ajar cara nak mengukur saiz bra yang paling sesuai untuk kamu. Kalau dah tahu saiz sebenar, takda larh rasa lemas-cemas-rimas tue timbul. Sebab bra tidak sesuai. Langkah-langkah untuk mengukur saiz bra :

1- Ambil pita ukur, buat ukuran lilitan badan korang betol-betol di bawah breast korang untuk menentukan band size. Pastu, tambah 5. Contoh: Band size: 31+5=36. Jadi, saiz bra korang adalah 36. Kalau ukuran korang adalah nombor ganjil, contoh : 37, maka korang perlulah tambah 1 inci. Jadi, saiz bra korang ialah 38.

2- Untuk saiz cup pula (cup bra yer, bukan cup untuk minum kopi ker, teh tarik ker. takda, takda!), ukur lilitan badan korang dari puncak breast. (i feel shy-shy cat lar) Ini adalah breast size.

Jenis cup = Breast size - band size

* Kalau breast size korang ialah 38 dan band size korang ialah 36, jadi saiz cup bra korang ialah 38-36 = 2. Apa tue 2? Mana ada cup 2, 3, 4, 10, 40!!. Eh. Sabar. Sabar. Tak habes lagi. Gelabah lar you all nie. Hurm. Macam nie. Kalau nak tahu saiz cup tue, sila rujuk kat bawah nie.

Perbezaan 1 inci = Cup Size A
Perbezaan 2 inci = Cup Size B
Perbezaan 3 inci = Cup Size C
Perbezaan 4 inci = Cup Size D

Dah paham?
Takkan tak paham?
Buat-buat paham pun tak per.

Lelaki-lelaki dah paham?
Aku tahu engkau semua sambung baca entri nie sampai habes kan?
Betol kan? Kan?
HarHARHar.

Papai semua.
Jumpa lagi.

"Jika tidak mampu menjadi lilin yang menerangi malam, cukuplah dengan menjadi kunang-kunang yang menemani malam."

17 comments:

MuJE said...

aku rasa kalo penerangan bergambar lagi senang paham kot... sape setuju? hahaha...

MuJE said...

eh, lupe lagi nk komen. aku kagum dengan penggunaan kata "puncak breast" tu.... sape setuju lagi ngan aku? =)

Sumandak Kinabalu said...

MuJE, apa maksudmu dengan penerangan bergambar...hahahaha

Apapun, thanks to the editor for sharing this info. Bukan senang tau nak beli bra...segala macam perkara perlu diambil kira, tak boleh beli tangkap muat. Sebab kalau tak sesuai akan effect dari segi kesihatan ^ ^

Encik MT said...

ciss pnyer muje..haha!

chenta said...

apa la muje ni..

even ini hal wanita, tetapi lelaki perlu tau..mane la tau one day isteri tak sihat, minta suami belikan..hah..terus blur kang..heheheh

misz myza said...

oh gtu... lalalalallallala... ahhahaa..

Raja Fiqri Fauwaz said...

ah, nak kene ukur-ukur dulu pulak.. Hehe..

nur.sa said...

very good info utk kaum hawa.
thanks cikgadis.

mahu ukur size kena betul2..

KeCiK said...

sokong penerangan bergambar !!!

Kyra said...

ciss..para lelaki membaca rupanya..haizz...
diam2..tutup mulut..no gambar2!haha

Cik Ayen said...

erkk!! ade laki bace! hahaha malu2

r.k said...

Kalau tak ukur tapi main agak-agak rasa-rasa boleh tak ?
*untuk yang si isteri tak sehat minta suami tolong belikan tu la ~ kan chenta ..

CikGadis said...

ak dh ckp, lelaki-lelaki msti bca.
ok, ak malu nk komen di entri sndiri :)

chenta said...

r.k : haish..tahu la isteri sendiri...malas sungguh nak ukur ye smpai nak main agak2 dan rasa2??hahahahaha...

lama2 jadi mengarut gak ni :P

Apis said...

saye budak kecik lagi. nak tanye akak cik gadis. bra tu ape? hik3...

humbleyat said...

aisy..kaum lelaki kat sini..kan dah adae warning jgn bc sampai habis? huhu

Apis said...

skali TERbace sampai habis daaa...hahaha...