Monday, October 18

Blogging: Elak Dari Sakitkan Hati Pembaca



Rasanya dah dua tiga kali dah pembaca blog ni tanya aku satu soalan yang lebih kurang sama.

Soalannya lebih kurang begini:

Jika ada pembaca blog terasa dengan hasil tulisan kita dan kononnya kita sedang kutuk dia secara besar-besaran dalam talian,
What will you do?

Alhamdulillah,
buat masa sekarang, aku tak dapat apa-apa rungutan dari pembaca yang terasa dengan tulisan aku.
Jika ada, dan dia berniat tak mahu kecoh,
aku harap dapat terima permohonan maaf dari aku
dan kalau perlu, berhubunglah dengan aku secara direct.



Kalau kalian singgah ke blog aku,
semua cerita yang disampaikan dalam blog itu,
watak yang terlibat aku ganti dengan nama lain
kecuali entri 'Diari' di mana Is adalah sebahagian dari nama sebenar.
Untuk watak lain,
sama ada aku guna nama lain,
atau hanya satu huruf seperti 'M', 'S' atau 'L',
ataupun nama yang tak mungkin ada di kalangan bangsa kita seperti 'cuAtro', 'nuEve' dan 'sEis'.

Hal demikian, pada aku,
adalah cara aku untuk mengelakkan dari si pembaca terasa dengan apa yang aku sampaikan
tanpa mengganggu mesej yang aku cuba nak terapkan.






Nasihat aku yang tak seberapa ini,
kalau mahu bercerita tentang pengalaman diri,
cuba untuk tidak terlalu terikat dengan emosi sampaikan kita letak nama sebenar si dia yang ingin kita ceritakan.
Ini bagi mengelak sesiapa saja yang membacanya terasa,
terutamanya si pelaku.

Kalau memang niat kita menghentam si pelaku,
aku sarankan blog bukanlah tempatnya..
Facebook adalah tempat terbaik!
Bukankah Facebook message hanya boleh dibaca si pemberi dan si penerima?

Kalau niat memang nak malukan orang di khalayak maya secara pukal,
sila batalkan niat anda..
Blog bukan tempat menyemai kebencian.
Perlakuan tersebut bakal merosakkan imej blogger seantero dunia.
Sila buat begitu di tempat lain.

Niat sebenar blogging adalah penting.
Memburukkan orang lain sangatlah tidak bermoral.






Baca lebih penulisan cEro di nULL & aLteRnate.

11 comments:

kata kila said...

terbaik cero!!!

Danial Ikhwan Jaafar said...

ah..nak aibkan orang ni nanti kita kena balik..kat akhirat sana la.

one2paii said...

gua setuju ngan kata2 lu..kalo gua de wat salah pun..sama2 la kita tegur mengur cara terbaik dari menyumpah seranah secara x baik..

d_tieah said...

Sokong!
Hehe..
Dlm blog aku pulak kalau aku plak kalau di bawah label si mamat, mmg smua cerita berkenaan seorang lelaki tu je..
Haha..
Penggunaan kata "kau" plak aku akan gunakan untuk cerita ttg seseorang itu..

anyss said...

Salam,
Pandai2 lah ye...jangan salah terjun. Karang tak pepasal kena tahan reman kerana fitnah

chenta said...

selalunye guna kata ganti nama..mcm huruf or something la..tak langsung guna nama dia...selalunye tulis sbb terlampau geram dgn perangai dia..

tp ada gak org yg dia terasa entry yg i buat tu,dia rasa i ckp psl dia..tp bukan sebenarnya...kerana benda tu, tak pasal2 i kene tukar link blog..mls nk gdh

nur.sa said...

kalau saya emo waktu menulis entry tentang seseorang, kewarasan tu masih saya letak di paling atas. sebab tu entry masih juga berkias-kias. bukanlah direct.

Fina Sophie said...

hahah entry rage2 ni one of my favorite juga, selain my own love story la. suka bergaduh. tp for sure, i letak password utk entri2 mcm tu. if public'kan, (sy jarang rage scra publik), but if publickan pun, rage secara general je. kalau nak rage org2 tertentu, mesti pasword protected. but yeap, kalau nak rage lepas tu tulis spesifik sgt2 siap letak nama, agak pendek akal di situ. sbb dunia internet ni, fhm2 la :)

kusut said...

selalu sangat kan kite jumpe entry rage (nice one fina lol) ni. selalu terase nak tegur si 'rager' which most of the time terikut sgt dgn emosi. tapi ye la.. kesian lak nak tegur. dia tengah marah and apa yg dia nk buat is luahkan.

so in the end ramai la commenter tulis singkat je mcm 'sabar la ye'.

Miss Kira said...

terbaik!!! kira pun slalu guna ganti nama gak..hahaha

fndrocka said...

Kalau nak buat entri emo..tulislah puisi..dgn metafora personifikasi bagai..ahhah