Tuesday, October 26

bila masanya sudah tiba

Assalamualaikum kepada semua kawan-kawan. Saat-saat ni, pasti ramai yang kekeringan idea untuk post entry. Samalah keadaannya dengan aku. Setiap malam, sebelum mata lena, dalam kepala ni macam-macam yang berlegar. Salah satunya, nak post entry per yang berkualiti kat blog 100penulis. Selalu berdoa semoga entry yang di'post' boleh beri kesan positif kepada semua blogger. Moga-moga hendaknya.

Hari nie aku nak kongsi cerita. Cerita biasa je. Mungkin makna dia yang luar biasa. Terpulang pada masing-masing punya pendapat dan pandangan. Kitakan berbeza. Semua orang rasa benda ni. Kecualilah kalau tak
pernah sekolah.

Kalau dah namanya manusia, pendidikan tu satu keperluan kepada manusia nie. Melalui buku-buku yang aku baca, manusia perlukan ilmu pengetahuan untuk mentadbir dunia. Manusia yang punya ilmu, manusia yang dapat mengubah dan mencorak dunia mengikut acuannya sendiri untuk kesinambungan hidup.

Alamak, introduction je dah panjang lebar. Baiklah, kita ke pangkal jalan tajuk utama semula. Introduction aku nie ada kena-mengena dengan entry yang nak dikongsi bersama hari ni. Disebabkan entry aku nie di'post' pada hari selasa dan bolehlah dikatakan masih pagi, aku pasti pada masa nie ramai yang ada dalam bilik darjah, makmal, bilik kuliah dan seumpamanya, bagi mereka-mereka yang bergelar pelajar.

Time-time camni, pastinya kita semua sedang sibuk. Yelah, masanya sudah tiba. Bila masanya sudah tiba, mulalah histeria dan macam-macam yang jadi. Apa yang tiba tue kawan-kawan? Peperiksaan. Percaya tak kalau aku cakap, kita hampir hilang kawalan diri bila peperiksaan tiba? Bila fikir-fikir balik, masa yang tuhan beri kat kita dah cukup sama rata, tapi tak tau kenapa kefahaman kita selalu berbeza.

Aku pernah bergelar cikgu. Aku pernah ditugaskan untuk membuat kertas soalan peperiksaan. Aku dapat rasakan apa bezanya menjadi seorang pelajar yang menduduki peperiksaan dan rasanya menjadi cikgu yang duduk menunggu para pelajar menjawab soalan peperiksaan. Sangat berbeza. Allah sahaja yang tahu betapa gelisahnya tak dapat jawab soalan bila belajar, dan pelajar aku tak dapat jawab soalan yang aku buat. Aduh, terseksa jiwa dan raga.

Tapi, penyelesaian dua-dua masalah nie, yang aku nampak hanya satu. Bersedia awal. Betul tak kawan-kawan? Persediaan sangatlah penting sebagai kayu pengukur sama ada kita boleh atau tak dalam melakukan sesuatu perkara. Oleh itu, marilah kita bersedia awal. Apa lagi yang ditunggu tue. Dah-dah lah 'blog walking' sana-sini, komen facebook kawan-kawan. Baca buku. Hahahahaha.. Dan-dan je kan.

Boleh jer kita buat apa yang kita suka dengan syarat, kita pandai manage masa yang kita ada. Apa yang penting? Bukan kerjasama yer kawan-kawan. Manage masa tu yang penting. Itu sahaja yang dapat aku kongsi untuk entry kali nie. Semoga ada nilai yang boleh diambil. Yang elok kongsi sama-sama.


nota kaki : izfanora sedang berada dalam mood final. doakan beliau yer..

11 comments:

Amni said...

kadang2 blogging ni melalaikan jugak.. jejejjejeje.... =P apa yang penting?? Bahagaikan masa dengan betul! yeah! Lepas exam, baru boleh blogging balik.. dush3!

izfanora said...

tau xper.. :)

Fina Sophie said...

conclusion? time management yeah! XD

Mummy Nana said...

betul.. betul.. dlm hidup kita nie xkiralah buat apa pun.. kena pandai manage time... baik yg bekerja, belajar mahupun surirumah... kalau tak mesti huru hara...

nur.sa said...

kalau tak pandai manage masa, rasanya susah la nak bernafas hari2 ni..

izfanora said...

fina sophie, mummy nana, nur.sa: manage time is the important thing in our life. kita juga kena hargai setiap masa kita dengan apa buat apa yang penting.

chenta said...

bila time management failed, itu yg rasa tak cukup 24jam tu..huuu

[z@ck] said...

good luck for your final =)

humbleyat said...

bila masanyer dah tiba..hanya ikhtiar dan twkal kita yg dapat membantu:)

p/s: petua waktu final exam dulu, b4 msuk dewan, baca surah yassin untuk permudahkan segala urusan masa jwb exam and bg ilham waktu kita memerlukannya..,sebab tu jgn study last minit .if kita letakkan tawakal 100% insha Allah, akan datng pertolongan yg tidak disangka2.juz believe it!:)

r.k said...

bila kelaku baik dah jadi amalan , belajar atau kerja bukan lagi halangan untuk terus hidup . konsisten tu penting tetapi yeah , kita manusia biasa .. sama-sama lah kita berjaya dalam exam !

izfanora said...

chenta: betul tue..

zack: tq..

humbleyat: tq 4 sharing..

r.k: u too.. good luck..