Bangkit dari duduk sekian lama , Lya menuju ke arah beranda . Dilihatnya bawah sana , di bahagian luar deretan rumah Taman Sang Kencana , kucing-kucing aktif melarikan diri dari kanak-kanak . Jam dinding dibelakangnya hampir menunjukkan pukul 6.20 petang . Lya memandang ke langit , perlakuan yang sering dilakukannya tidak kira masa jika berada di beranda mana-mana rumah pun .
*******
"Awak keluar dengan siapa ?" Keras nada suara Lya . Akmar kelihatan tesentak , "Saya keluar dengan Mell , dia mintak saya join dia shoping baju" , jawab Akmar lembut . Lya yang tidak puas hati dengan jawapan itu bertanya lagi tetapi kali ini kedengaran suaranya agak sebak , "Mell mana ? Perempuan mana yang awak bawak kehulu kehilir ?"
Mendengar persoalan itu , Akmar ketawa kecil . Lya menyedari tindakan Akmar tersebut dan kali ini dengan nada yang lebih keras , "kenapa awak ketawa ? Awak suka tengok saya macam ni ? Sanggup awak curang terhadap saya ." . Lya tidak dapat menahan perasaannya lagi , matanya mula berlinang . "Saya tahu saya tak cantik , tak pandai , tak ... " .
Belum sempat Lya menyambung luahannya , Akmar mengesat mata Lya dengan sapu tangan biru , hadiah pertama dari Lya untuk Akmar . "Awak , saya keluar dengan Mell , Muzamil Bin Dasuqi , seorang lelaki , saya bukan seorang homoseksual untuk menyintai Mell macamana saya mencintai awak ."
Lya membatu . " Betul awak sayang saya ? Saya seorang ? "
"Betul sayang ." Sahut Akmar dengan menyambung ketawanya tadi , kali ini lebih kuat . Kali ini Lya sama-sama ketawa , dengan muka yang kemerahan .
Beberapa hari selepas itu , telefon Akmar gagal dihubungi . Tidak senang duduk Lya dibuatnya . "Kemana awak pergi ni , jumpa perempuan lain lah tu" , getus hati kecil Lya . "Ya betul , memang dia jumpa perempuan lain !" Sahut suara antagonis didalam kepala Lya . "Adoi !" , suara tadi kedengaran lagi , sakit dipukul suara protagonis . "Mungkin telefon Akmar ada masalah tu Lya."
Lya sudah seperti hilang akal , suara-suara tadi tidak diendahkan , sudah dekat 5 jam dia kehilangan komunikasi dengan Akmar . Yang ada dikepalanya adalah bayang Akmar sedang bergelak ketawa dengan perempuan lain , perempuan yang lebih cantik dari dirinya .
"Lya ! Telefon , Akmar ni " , suara emaknya lantang dari ruang tamu . Lya sengaja melambat-lambatkan langkah . Ingin biarkan Akmar pula menunggu .
"Awak pergi mana? Kenapa saya telefon tak dapat ? Kenapa telefon rumah ? Awak keluar dengan perempuan mana ? " , bertalu-talu soalan dilemparkan sepertinya susuk di sebelah sana adalah kaunter pertanyaan .
"Saya minta maaf , telefon saya hilang " , jelas Akmar . " Ah ! Alasan ", bentak Lya keras . Kali ini Lya seakan pasrah dengan apa jua komplikasi . " Awak keluar dengan perempuan mana? Siapa nama dia ? Mellisa ? "
Akmar meletak gagang . Hati Lya luluh , dia terduduk dan terus menangis sekuat hatinya . Emaknya yang mengintai dari dapur terkejut dengan keadaan Lya dan terus menerpa untuk menenangkan anak keduanya itu . " Sayang , sedangkan laut pun ada pasang surut , tetapi pantai dan laut masih tidak boleh dipisahkan " . Mendengar kata-kata emaknya , Lya menyambung tangis dengan lebih sungguh-sungguh .
Malam itu , Lya enggan makan . Hatinya masih tidak tenteram , memori indah dengan Akmar bermain dan terus bermain di layar minda nya . Habis satu episod , sambung pula episod baru . Namun , lamunan Lya terhenti bila emaknya muncul di muka pintu biliknya , bersama Akmar .
"Awak , nah ambil ni , ini salinan laporan polis saya . Beg saya hilang masa latihan hoki tengahari tadi , dalam tu ada semua benda , dompet , telefon , baju , sapu tangan biru awak , macam-macam . Saya tak tipu awak , memang betul telefon saya hilang . " , jelas Akmar .
"Saya sayang awak " , Akmar menyambung dengan nada berbisik kerana malu dengan emak Lya yang kelihatan mengintai di balik bilik hadapan . Sedar dengan tindakan Akmar , emaknya berlalu kedapur untuk menyediakan minuman panas . Untuk Akmar dan untuk suaminya yang akan pulang bila-bila masa saja lagi .
"Betul awak sayang saya ? Saya seorang ? " tanya Lya sambil memuncungkan bibirnya , dalam hati masih tidak puas hati Akmar meletak gagang petang tadi .
"Betul sayang " , sahut Akmar . Kali ini lebih yakin dan padu .
*******
Kunci tombol pintu rumah Lya kedengaran sedang dibuka . Lya masih di beranda memandang langit . Dipejam erat matanya menikmati angin kota yang semakin lama semakin kotor diiringi bunyi kanak-kanak mengejar kucing .
"Sayang buat apa tu ?" . Suara yang dirindui Lya memukul tepat gegendang telinganya .
"Apa sayang-sayang ? Lambat balik harini , jumpa perempuan mana ntah !? " getus Lya , masih memejamkan matanya .
Susuk empunya suara tadi menghampiri Lya . " Perempuan tu nama dia Kasim , dia kirim salam " , dibisik tepat ke dalam telinga Lya .
"Main-main tau !" Lya memalingkan tubuhnya dan mencubit manja lelaki yang kini bergelar suaminya .
"Abang sayang Ayang ? Ayang Seorang ?" Lya bertanya .
"Iya sayang , Ayang seorang ." Jawab Akmar tenang .
12 comments:
kompem ramai pompuan sengih sorang2 bace ni..
:)
hmmm...insecure abeh..hehehe
tapi cerita yang menghiburkan. =)
pehhh ni jeles jenis ngada-ngada nih..hahaha..tapi untung dia tahan ye dak..bukan pmpuan je snyum fiq, aku pn nk senyum jgk nih
takleh blah! haha... penat ar cmni g mana-mana semua ngan pompuan. =)
hahahahahaha nice!
aku pon slalu je tanye dia kalo dia kua g mane2.
"dating r tu!"
tapi tak maksudkan betul2 pon. pastu hari2 tanye macam Lya tanya tuh hahaha
hmmm woman is complicated right? haha
*tp ktorg xde la smpai gaduh2 ke apa hehehe
hehe..
biasa la kan kalo dah couple camtu..
jap2 gado,jap kang elok semula...
:)
Giler lu jack. Level lu dah meningkat setingkat. Gua bow down. Haha.
pompuan2 lain.? No komen.? Kikiki..
Raja Fiqri Fauwaz : kene kat batang hidung memang sengeh la ..
Danial Ikhwan Jaafar : :) terima kasih
hentakbelipat : kalau tak tahan , nasib lu la perempuan ... haha
MuJE : cerita ni kalau tengok balik , ada jugak jenis laki-laki yang ngada macamni jugak .. cemburu habes .
cKyN WaN : cerita ni diaplikasi dari kisah sebenar , no wonder la sama .... kan ? hehe
aYaz : tak gaduh kalau , tak kapel la nama dia ..
KeciK : ah , lu jangan macam-macam kecik . Ghua tengah tekanan ni , eh , annexe hari ni eyh . CIS !
r.k: Chill dude, more incoming gigs will be around. next, tribute to max cavalera, 31 Oct.. bands-line up dia bapak ah. Hujung bulan november flossy turun annexe. OK sory, gua off topic.
ko nie mmg berbakat dalam penulisan ek.. bgus2. teroskan menulis =)
CikGadis : tak la berbakat , cuma menulis suka-suka . :)
Post a Comment