Wednesday, October 6

Berjimat Untuk Si Boros Cara Asada Ryutaro

Dengan penuh sopan santun ajak anda datang ke blog ASaDa RyutaRo (^^,)

Assalamualaikum dan salam mesra.. semoga ceria dengan senyuman di Rabu yang best ni. err.. apa yang best? entah lah.. sekarang ni saya semacam makin membizi je. pada hakikatnya takde la bizi benor.. tapi bizi la jugak. adeh!

Kali ni nak berkongsi tips berjimat cermat pulak. walaupun saya ni takde lah berjimat sangat, tapi still nak berkongsi tips yang pernah saya buat selama ni untuk mengelakkan sikap boros yang tak bertempat. hehe..

Orang yang boros sememangnya sangat sukar menyimpan duit. ada saja yang terdetik untuk dibelanjakan. walaupun kadang-kadang benda yang dibeli itu langsung tidak mendatangkan faedah kepadanya. dalam erti kata lain, hanya menghabiskan duit dengan berbelanja. kepuasan pada mereka apabila dapat menghabiskan duit yang ada di tangan!

Kita sangat sama bila meletakkan kepuasan pada duit yang telah dihabiskan. hahaha.. jadi sebelum wang dihabiskan dengan puas, maka anda perlu menggunakan tips berkesan ini.

Pertama : Bagi orang lain pegang duit belanja anda.
  • Bila duit belanja orang laen pegang, dengan rasa segannya anda akan minta duit untuk berbelanja. ini akan mengurangkan perbelanjaan anda bila keseganan wujud dalam diri. namun point ini tidak berkesan terhadap mereka yang sangat tidak tahu malu mintak duit hari-hari. adeh!
Kedua : Tidak perlu guna kad credit atau kad utang.
  • Penggunaan kad kredit akan membesarkan peluang untuk berbelanja secara bebas! di samping mendapat kepuasan yang sangatlah best berbelanja, anda juga akan mendapat 'kepuasan' terhadnya gaji di setiap bulan. hahaha.. padan muka. [tidak dinafikan banyak kebaikan penggunaan kad credit bagi orang yang bukan si boros].
Ketiga : Mengurung diri di dalam rumah.
  • Walaupun cara ini tidak baik untuk kesihatan, namun sangatlah berkesan. anda tidak perlu mengurung diri sepanjang minggu, cukuplah dengan 2 hari dalam seminggu. kalau rasa masih banyak jugak berbelanja, tingkatkan hari pengurungan. hehe.. [tapi takdenya berkesan kalau si boros tu gila online shopping!]
Keempat : Bawa hanya sedikit duit mengikut keperluan apabila keluar dari rumah.
  • Cara ini juga sangat bagus. walaupun macam tu, sangatlah sukar bagi seorang boros meninggalkan separuh duitnya di rumah. pelbagai alasan yang terkadang tidak munasabah digunakan untuk membawa semua duit. jadi, sila praktikkan point satu. [tapi bila tak cukup duet, jangan pulak pergi ke ATM cucuk duet!]
Kelima : Berpuasa sunat hari Isnin dan Khamis.
  • Cara ini terbukti sangatlah berkesan bagi yang berbelanja untuk makanan. selain dapat pahala sekaligus berdiet, anda juga mampu untuk berjimat. akan tetapi berpuasa kurang praktikal untuk si boros yang suka membeli barang kerana lebihan duit akan digunakan untuk membeli barang lain. jadi, untuk si boros jenis ini, sila praktikkan point empat.
Keenam : Menabung.
  • Amalan menabung sangatlah baik untuk masa depan. mulakan dari sekarang bagi yang belum start menabung. menabung adalah sangat sukar bagi si boros yang suka mengorek tabung. jadi sila gunakan tabung yang mempunyai tahap keselamatan super tinggi. jika anda menggunakan tabung yang boleh dibukak dengan mudah, tahap keinginan mengorek tabung akan berada di tahap klimaks.
Cukup la dulu setakat enam cara ni. nanti ada lagi point lain yang aku amalkan, boleh lah kongsi-kongsi. saya boleh, kenapa anda tidak? [budget cam iklan mari berjimat cermat]

Kepada si kaki boros, anda perlu tahu menilai, mana keperluan dan mana keinginan. sekiranya anda mampu menilai kedua perkara ini dengan baik, anda sudah pastinya bukan tergolong dalam golongan mereka yang 'sengkek' di pertengahan bulan.

Jangan pulak, bila tengok banyak lebihan duit setiap bulan, habis bawak pegi shopping! bila banyak lebihan duit ni, boleh digunakan di waktu kecemasan. mana tau tiba-tiba kereta rosak ke, anak sakit ke.. kan.. kan.. benda macam ni kita bukan boleh agak bila nak berlaku.

Anda harus sentiasa berusaha memajukan diri. tanamkan semangat "hari ini mesti lebih baik dari hari semalam". berusaha perbaiki kelemahan, nescaya anda akan jadi yang terbaik!

pehh... penuh semangat aku menaip benda ni. lalalala~ ada tips lain? meh la kongsi..

20 comments:

sizuka[Izzati] said...

terima kasih daun kari.sy akan cuba tapi tak tahu menjadi ke tidak ke.kakaka~

sYazY_dZaiMa said...

yang selalu buat is tips kedua sampai kelima..tips pertama dan keenam dah tercapai lagi,haha..so,pasni try :)

KeCiK said...

dalam byk tips2, yg no 6 paling kantoi. ekceli tabung lagi banyak dari duit yg disimpan. pantang ada mainan baru konpem rembat.

nur.sa said...

no 1 tu sokmo practise waktu study dulu. keluar duit kt atm, terus hulur kat kawan minta tolong dia pegangkan. kalau ada dekat tangan sendiri, asyik nak belanja je. heeheh. setuju point no 1.. sebab berkesan jgk. segan seh nak mtak duit belanja dekat kawan walaupun duit yg dia pegang adalah duit sendiri. hahaha.

cik ain said...

Tip keLImA dan ENAM amat2 setuju. Thumbs up!!

3bulan yg lepas baru timbul kesedaran nk menabung! terukkan :p

Miss Kira said...

kira selalu guna cra yg no.1 tu..
hahahaha

Aida Ismail said...

asada, cikda sekarang memang berjimat gilaaaa...dalam purse, tak satu sen pun..haha, tengok makanan pikir, takpe la..duit dalam bank, malas nak ambik..kihkih

kusut said...

penah aku baca satu majalah utk siswa/siswi muslim ni kan. artikel pasal berjimat ni lah. antara nasihat dia adelah
- jgn berkawan dgn orang kaya. nanti kita belanja banyak
- jgn beli buku text tapi fotostet (which is mencuri)

aku gelak kuat2 baca tu

.s.o.f.i.a. said...

aku suka yang no 3!!! he he..........

Clarky Afif said...

berjimat? ape tu? hihi

dalam 3 bulan ni dah habis 3 riban! T__T

Mummy Nana said...

Hahahaha... betul betul....mmg mcm yg akak praktikkan jek...heheh.. tapi kalau dah boros banyak jek jalan nak belanja kan... tapi tulah dah gawat2 nie disamping xkerja... akak kena tingkatkan usha pejamkan mata.. waarghhhhh.... kalau lah duit tu boleh dtg bergolek golek.....

cik ain said...

ade ke pepatah " jimat cermat jiwa selamat" betul kan ade? hehe! lupe lak

humbleyat said...

ada lagi tip jimat yang sy pernah dengar. sila asingkan perbelanjaan mengikut sampul surat.pastikan kita betul2 berdisiplin dalam berbelanja.
Harus garang untuk berjimat.
p/s:teringat pula kwn sy pernah menyebut perkataan "kedekut kedemat" means kedekut nak berjimat :)

MuJE said...

tetibe teringat iklan digi tu. yang naik kete kura-kura. time turun bukit off engine. nk naik baru start balik...hehe btw, nice post!

fndrocka said...

Tips satu lg..jgn tackle awek ramai sangat

cIk JanNah said...

semua tips asada bg langsung tak berkesan pada saya sebab saya dah amalkan tapi tak pernah menjadi. sekarang masih sifat yg sama. saving satu sen tak ada. memang kawen lambat la jawabnya!

huk3

kusut said...

saje nk tambah :P
aku rase top tips utk jimat duit pada aku
- micro manage duit
- masak makanan sendiri

cik ain said...

nak jimat untuk lelaki senang je..
kalau kuar dgn pompuan pastikan byr makanan sendiri2.. hahaha!

ain xsuka kalau pompuan kuar ngn laki, tp laki tu sapot 100% segalanya.. perlu ke mcm tu?

sian kat dat boy :)

Fina Sophie said...

utk jimat duit? for me, berkurung dalam rumah n even jgn tgok online shop T_T

Amni said...

kadnag2 dah posa juak.. tapi bukak posa still makan banyak.. hahah...