Monday, October 18

Belajar bahasa arab...ini cara looser belajar.

Kalau kau nak rasa hidup dekat negara Yamen, Parsi atau Iran, kau datang sahaja dekat UTM. Bersepah rakyat-rakyat dia buat tamadun dekat sini. Ok, bab bau macam haram J dan perangai bawak kereta memang nak suruh kena maki, itu kita tolak tepi dulu. Abang ipar aku sendiri orang Yamen kalau tak silap, jadi aku pun dah cukup masak dengan perangai mereka.

Semalam aku lepak dengan budak-budak dari Yamen. Itu pun aku tolong member nak buat projek. Jadi aku kena rakam segala apa yang mereka bincang. Bila lepak dengan diorang, aku satu hapa pun tak paham apa yang diorang carutkan. Yang aku dapat tangkap satu dua saja. Itu pun baki-baki ilmu dalam kepala masa aku belajar bahasa arab. Yes, aku bekas murid sekolah agama dato' klana petra maamor, jadi belajar bahasa arab adalah wajib. 


Sepanjang tiga tahun aku belajar bahasa arab, aku rasa paling cemerlang keputusan aku dapat adalah abjad C. Macam gampang kan? Itu pun keputusan PMR. Cukup horay kau tahu bila dapat C. HORAY. Keputusan segala ujian tahunan atau saja-saja cikgu nak buat ujian adalah warna merah. Aku pun tak tahu kenapa aku nak menghafal sangat susah. Sebab apa itu kau jangan tanya, aku malas nak bagi contoh...kan budak baru kenal kehidupan, paham-paham lah.

Bila naik tingkatan tiga, gelabah dia dah rasa lain macam. Masa tingkatan satu dan dua, sikit pun aku tak kesah pasal bahasa arab.  Jadahnya, bila aku tanya dekat cikgu, tips-tips nak jawab karangan bahasa arab, dia suruh aku hafal 2-3 karangan. Kalau nasib kena karangan yang aku hafal itu kira jackpot lah. Gila Ba. Tapi kawan aku, Paan memang seorang yang cerdik akal. Dia cakap, "tak payah aku lelah-lelah hafal. Kau ikut kata aku, kau hafal perkataan yang kau boleh hafal..sudah!" 

Dasar pemalas memang tak boleh lari. Walaupun aku tampal penuh dinding bilik aku dengan perkataan-perkataan bahasa arab untuk aku hafal, yang aku dapat hafal adalah 10 perkataan sahaja. Ok. yang ini biar kau fikir. Tajuk karangan PMR masa itu adalah 'Sekolah kesayanganku'. Kalau aku hanya hafal 'Sekolah', 'Cikgu', 'Guru besar', 'Ayam', 'Tandas', 'Murid', 'Kantin', 'Besar', 'Banyak', 'Bersih'....apa yang aku boleh tulis dalam karangan tersebut?

Senang aku bagi contoh lah, 'Sekolah saya besar. Sekolah saya banyak. Sekolah saya bersih. Cikgu saya besar. Cikgu saya banyak. Cikgu saya bersih. Guru besar saya besar. Guru besar saya banyak. Guru besar saya bersih'...kau lengkapkanlah pandai-pandai. 

Dapat C kau tahu...C! Yes!

16 comments:

kyle said...

wow, leh tahan dpt C, hehehe, HOORAY! .....klu aku dpt kosong teros, xtau satu perkataan pon...huhu

KeCiK said...

Hopefully gua org pertamax komen entri nih.

dato klana petra maamor? dpan skolah aku wei. port ponteng faveret aku bwh jejantas.

Dayana Nasir said...

oh dulu time pmr kua tajuk ntah pape.end up salin je balik karangan yang kat depan yg utk soalan pemahaman tu. last2 bahasa arab dapat B.haha

✿ismi:Nauratul Nadiah✿ said...

wahhhh...okeylah tu c..
abg org sje je bg fail spye dy dpt msuk mrsm...hoho

nur.sa said...

hahahaaaa. hafal dengan b.arab mmg tak leh pisah ah.

saya 5thn blaja arab plus satu sem masa uni. hoho.. nak cakap berabuk tak reti ah. tp still leh ingat sikit2 maksud..

izfanora said...

giler power r boleh dpt C karangan camtu.. ok r tue dari tak lulus.. kan..

Fina Sophie said...

lol. sy pernah bljr arab setahun lbh lepas tu pindah sklh. dr kecil dah biasa berpindah randah thats why takda kwn yg btul2 rpt gila. but form 1 i dapat arab D lah wahaha form 2 dah ada dekat sklh lain hihi. org kata bljr arab lagi senang dr bljr ingris, btul ke :/

koshary said...

hehehe. orang arab ni kalau kita nak sembang pasal dorang 10 tahun entah tak habis. =DD

rasanya bila belajar yg arab ikut tatabahasa ni mmg susah sikit, fuskhah dia panggil, tapi bila dia bercakap, dia balon bahasa pasar amiyyah tue kita boleh la nak ikut sikit-sikit.

cik nauratul nadiah boleh ajarkan, kan? =)

btw, C tuh dah syukur gila kan!time sekolah dlu pun ak geng2 hafal karangan gak. =p

.s.o.f.i.a. said...

aku dulu2 blajar bahasa jepun. tapi sebelum sensei sampai dari jepun, sempat la masuk kelas arab seminggu. dan aku hanya tau ayat ANA UHIBBU ANTA.... ha ha.... sangat gatai aku ini!!!

cKyN WaN said...

huwaaaaahh
aku belajar bahasa Arab 5 tahun.
dari form 1 sampai form 5
keputusan Alhamdulillah cemerlang

tapi kalau nak suh aku recall balik memang semua dah terkubur

wuwuwuwuwuwu

sayang je rasa

jeles bile tgk blog kawan aku in arabic!
sah2 la aku tak paham

one2paii said...

weh..bg gua..c tuh kira hebat la tuh..dari dapat a..hehe

Miss Kira said...

kira hebat la tu dpt c..hehehe..dr dpt telor ayam..

kusut said...

lagi senang dari english ke? ustat aku dulu cakap bahasa arab paling kompleks

ntah le. aku dulu fail je dr form 1 sampai form 3 last2 decide utk tak amik for PMR. malu gile bile sedar kurang 10 orang kot yg drop arab.

Fina Sophie said...

@kusut dr start masuk sklh agama dah disogok dgn tanggapan 'bljr bhsa arab lagi senang dr bljr inggeris', sy pun tak tau sjauh mana kebenaran tu.

ah i know how it feels bila drop subject utk exam. been there, done done. haha. utk stpm sy sorang je drop paper ekonomi and gnti dgn pgajian prniagaan gara2 tak ngam dgn cikgu ekonomi. peh. kenangan. was a bit samseng back then (- -")

hentakbelipat said...

yeke belajar bahasa inggeris lagi senang..pehh apahal aku x tau dari dulu..mesti aku rase senang..
tapi mmg bagus la kan belajar bahasa arab..bahasa syurga..belajar dapat pahala..belajar apa pun dapat pahala..

Haji Ghazali said...

Assalamualaikum. Bahasa Arab adalah bahasa AlQuran maka mari kita sama-sama pakat untuk belajar. Jadi sebenarnya apabila kita belajar bahasa arab ini, elok ikhlaskan hati kerana bahasa arab ini adalah bahasa AlQyran iaitu kalam Allah swt. InsyaAllah Dia akan pemudahkan bagi kita.
Selain dari itu teknik atau kaedah yang betul atau "kunci" dalam mempelajari bahasa arab ini perlu dicari. Oleh itu ana menjemput antum semua ke bengkel pemantapan bahasa arab supaya antum semua akan dapat melihat perpektif yang dapat merungkai masaalah 'ketidak bolehan" tersebut. Layari http://arabic.scoreaexcel.com