Monday, October 25

Bakal Rumah Aku

Bukan pa. Teringin nak jadi pereka pelan rumah tapi malangnya pengajian takat SPM saja. Jangan kata umah, jamban kecik dinding zink lubang pun aku tak layak design.

Tapi takpalah. Teringin punya pasal nak tengok rupa rumah idaman aku so bermulalah episod memindahkan lukisan pelan dari buku tulih huduh aku ke pc. Pelan asasnya camni ar :


Hahah agak 'kotak' kan bentuk pelan aku. Tak kreatif sangat ar nak bubuh segala macam angle2 menarik. Rupa 3Dnya camni :




Dari sudut yang len :


Tingkat atas plak aku design leguni ja.. 3 bilik.. Bajet tak besaq.. Har3


Tengkat atas gak dari sudut berbeza :


So agak2 bilanya aku buleh ada duit seniri nak beli tanah n bina umah idaman aku ni hah? Tunggu Bibip bertanduk?

Takpelah. Biarkan daku bersendirian dengan pelan2 3D mengenang nasib diri ini. ;_;

Entri ini sejibik dari blog aku : http://tupaikaran.blogspot.com/2010/05/bakal-rumah-aku.html

10 comments:

kusut said...

buat fly through video bang :P

great job modeling in 3D. sketchup ke ni?

humbleyat said...

wah..bestnya dah design rumahsendiri..bli la rumah kalu semuanya dah cukup bajet...tak rugi beli rumah, aset yang sgt penting dan menguntungkan..

p/S: kalau boleh sy nak rumah yg dekat dengan surau...:)

d_tieah said...

Menarik..
Syabas..
Xpe kalo pendidikan x tinggi yg penting IQ jauh lebih kreatif dari yang punya pendidikan tinggi kan..

z said...

sketchup ker??huhu.like.

Fina Sophie said...

hahaks! try design rumah dekat the sims 3 plakkk... me suka main the sims pun sebab suka design2 rumah.. letak2 perabot. construct2 ikut suka hati. leh tgok secara 3D lagi.. :P

ztie said...

nak design rumah tak perlu spm tinggi. kreatif dan asal ikut standard yang betul jer. semua tu bole belaja. saya pun takat spm. kerja skrg buat benda yg sama awak buat ni .. heee...

chenta said...

kusut : dia bukan bang la..heheheh

selamat kembali tupai!

nak minta design umah utk i!hehehe

[z@ck] said...

tak salah berangan.it might come true one day.who knows.

HAPPY BLOGGING!

kusut said...

@chanta
ooo ya ka? ahaha ampun tupai! >_< sila jangan pika-zapp aku

@ztie
utk design memang tak perlu belajar tinggi2. tapi semangat mesti ade and rajin mesti lebih.

nur.sa said...

nak beli tanah. nak beli tanah. sebab lebih suka design rumah sendiri daripada beli yg dh siap. bila? meh sama2 doa moga impian termakbul dengan usaha berterusan.. ameen.