Tuesday, October 5

Bahaya Itu Dimana2 Sahaja...

Minggu lepas kan gempar pasal Lif jatuh dari tingkat 6 kat Petaling Jaya. Banyak juga blog yang cerita pasal tu. Memang kecoh juga sebab kes tu menyebabkan ada mangsa yang hampir lumpuh. Ada juga member blogger yang jadi risau bila naik lif. Takut benda tu berlaku masa diorang naik lif tu..

Sebenarnya bahaya tu ada je kat mana2. Tak kira la bila kita naik lif, naik escalator, tengah buat kerja, tengah makan, tengah jalan2, tengah drive, hatta tengah tidur sekali pun! Kan??? Kita memang tak boleh elakkan andai tu memang dah qada dan qadar. Tapi kita boleh ambil langkah keselamatan agar benda tu dapat dielakkan dari berlaku pada diri kita... Kan?



Pasal kejadian lif tu, i ada la bincang dengan opismates. Kenapa kes tu boleh terjadi.. Almaklum la kami ni ada kaitan juga dengan kes tu. Hal-hal keselamatan ni memang keutamaan kami la. Lagipun sejak i kerja sini, memang i agak alert pasal keselamatan ni. Lagi-lagi bila naik lif, mesti nak look around. Pastikan berdaftar lif tu. Kalau ada no daftar pun lagi bagus. Atleast i tau lif tu telah didaftarkan. So tahap keselamatan pun tinggi la sikit dari lif yang i tengok macam seram sejuk je. Hehehehhe. I tau la serba sikit kenapa kejadian lif tu boleh berlaku even i bukan engineer macam opismates i tu. Tapi apa yang kami bincangkan, tak perlu la i letak kat sini sebab takut menjadi isu yang lebih besar. So biarla pihak yang berkenaan je siasat termasuk rakan sejabatan yang berada di negeri kejadian berlaku. Tapi kalau nak tahu gak, boleh PM i ye. Hehehehhe...

Tapi kes tu kira serius sebab ada yang hampir lumpuh. Masa lif tu jatuh, daya graviti yang memang tinggi untuk tarik ke bawah, itu yang diorang mengalami kecederaan teruk. Sama je macam orang jatuh bangunan.

Masa i pergi open house hari tu, kebanyakkan yang hadir open house tu adalah orang yang kerja kilang sekitar Melaka. Diorang cerita pasal tempat kerja, pasal mesin, i dengar je la. Pastu ada seorang guy ni tanya i kerja mana. Bila i sebut nama jabatan i, orang tu tersenyum sambil mengangguk-angguk. Dia juga cakap kalau orang jabatan i datang tempat kerja diorang, memang orang2 kat situ ada takut sikit. Takut ada yang tak kena. Lagi2 hal keselamatan. Tapi kalau kami tidak menitik beratkan hal tu, lagi mudah la kemalangan berlaku di tempat kerja. Sebab tu kami ada kuasa untuk semua tu. Itu pun sebab nak selamatkan nyawa orang. Tak mustahil kat tempat kerja boleh berlaku kemalangan sehingga menyebabkan kematian kan? Eh!Memang dah banyak berlaku kan? Cuma orang sedar ke tak je. Fikir kenapa benda tu berlaku. Dan cara untuk atasi benda tu. Bila berlaku kejadian macam tu, orang sibuk cerita pasal kejadian tu. Tapi tak fikir pun hal2 lain yang i tulis tadi.

Then jangan fikir orang kerja kilang je yang bahaya. Orang kerja opis pun ada bahayanya. Contoh duduk atas kerusi lama-lama. Adakah cara anda duduk tu ergonomik? Ada tak pape hazard disekeliling tempat anda bekerja tu? Mungkin anda fikir biasa je. Tapi sebenarnya ada kesan jangka panjang tau. I hari tu baca buku ergonomik di tempat kerja, tapi tak habis-habis lagi sebab terlalu banyak nak kena tahu.

So ambil la hal keselamatan ni sebagai perkara yang paling penting. Bukan untuk sesiapa pun tapi untuk diri sendiri juga. Jangan nanti dah jadi, baru nak menyesal.. ^_^


Tanda bahaya tu sentiasa ada di mana2. So alert dengan benda tu. Jangan ingat dia sesaje nak terpacak kat situ tau!

Boleh baca entry ini di blog i juga. Title yang SAMA

15 comments:

Mummy Nana said...

Betul tu bahaya ada dimana2... kita kena berhati hati selalu dan berdoa.. selebihnya kuasa Tuhan....tapi mmg scarylah psl lif jatuh tu...

chenta said...

sy sendiri pun scary gak psl lif jatuh tu...even tau kenapa boleh jatuh, tp kita mane nak tau lif yg kite naik tu diselenggara dgn baik or tak..kan?

nur.sa said...

yeah. bak kata orang dulu-dulu malang tidak berbau.. :)
kena pastikan sentiasa beringat dan berjaga-jaga kat mana2pun.. untuk mengelak dari terjadi perkra sebegitu.

lif kat ofis ni pulak. waktu lunch la dia nak servis. lepas tu bila dah kami balik dari lunch, terpaksa menapak ke tingkat 3 dengan perut kenyang T___T hehe

kata kila said...

lif tu?arghhhh

takut gak lah nak naik lif lepas ni

ztie said...

macam mana hazard ergonomic tu?
a'ah betol tu bahaya ada kat mana2. semalam kat sini pun ada kemalangan. bas melanggar keta kancil. Al-fatihah untuk mereka.

Sama-sama kita lebih berhati2

Kazaztan Team said...

iye kite prlu tawakal aje...bahaya mmg ada di mana...di dlm bilik tido tmtp yang kite rasa selamat pun boleh mngundang bahaya...

kusut said...

takut je. jangan paranoid ye

cik ain said...

kadang2 kalau kt kampus, ain sanggup guna tangga tuk naik apartmen sndiri.. even tingkt 5 pun, sbb fobia dgn lif ...

[z@ck] said...

sbb tu malang tidak berbau.
bila2 masa ja dia boleh mai.nak buat apa pun mulakan dgn bismillah.insya-Allah dilindungi =)

chenta said...

nur.sa : itu dia nak suruh excersice selepas mkn..heheheh

kata kila : jgn takut..cuma berhati2..

ztie : hazard ergonomic ni mcm perkara yg boleh beri efek pada sesuatu yg kita biasa buat..contohnya bila duduk kat opis. adakah posisi yg kita duduk tu sesuai atau tidak? adakah kerusi tu pun akan beri kesan pd kita atau tak?mcm tu la lbh kurang..tp panjang lg nak explain :)

kazaztan team : betul tu...tapi selain tawakal, kita perlu juga utk mengelakkannya dari berlaku..kan?

kusut : tepat! ^_^

cik ain : takpela..boleh jadi senaman...boleh bakar kalori

zack : insya allah ^_^

fndrocka said...

Sekarang ni hal2 mengenai safety and health di tmot kerja memg kena pantau habis-habisan..kebajikan pekerja pelu diititikberatkan..bukan profit aje..ye dakk

chenta said...

betul tu fndrocka..majikan jgn pkr nk untung je..

cik ain said...

kalau ade pepatah "berhati-hati di Jalan Raya" maka kena la wujudkan juga "berhati-hati dimana saja anda berada"

peace!

chenta said...

betul2!

boleh jadi slogan ni..heheheh

humbleyat said...

tetapi tulah,kita dah berhati2, malang tak berbau pula yang menimpa kita isk isk...