Wednesday, October 27

The Awesomeness of Seratus

Salam. Gua rasa semua orang tahu hari ni hari Rabu. KeCiK is bek mengembek macam biasa, using his favourite adjective 'awesome' in most of his entries. Hari ni gua nak kongsi betapa awesome-nya nombor seratus ni terhadap gua.



100 markah. Kalau lu oll perasan masa kita sekolah rendah dulu markah 100 dah macam makan nasi tiap-tiap hari. From Math to English, from English to Bahasa Melayu. Semua gua score 100. Bukan gua nak riak mahupun meninggi hidung tapi gua rasa kebanyakan soalan masa gua sekolah rendah dulu tersangat lah senang. Gua rasa macam nak nangis kalau gua dapat 98 markah. Dah masuk sekolah menengah baru gua perasan, markah 100 bukan lagi kawan baik gua.

100 ringgit. First time gua pegang duit not rm100 adalah masa gua darjah enam, tahun 1998. Masa tu Malaysia jadi tuan rumah Sukan Komanvel. Sekolah gua ada buat pertandingan melukis poster maskot. Gua masuk sebab gua memang weirdo yang suka melukis. Satu je gua tak suka, mewarna. Lepas lukis gua suruh pe-warna terbaik gua, Kelvin (A chinese kid yang ramai budak perempuan melayu lsuka) untuk tolong kaler. Dia juga rakan kongsi gua sebab kami kongsi duit beli komik Rockman. Dah siap kaler gua pon submit lah lukisan gua tanpa rasa optimis sebab gua rasa ramai jugak saingan gua yang terer belaka.

Next week, hari Isnin. Gua tak dapat beratur dengan kawan-kawan kat perhimpunan sebab gua datang lambat. Gua tak kisah sangat, datang lambat tu antara rutin pagi gua. Masa perhimpunan tu ada pengumuman pasal pertandingan melukis poster maskot. Gua tak harap sangat sebab pemenang ketiga dan kedua diorang dah announce. Tiba-tiba gua dengar macam ada orang panggil nama gua. "Pemenang tempat pertama pertandingan melukis poster kategori tahap dua jatuh kepada Mohd F***** Bin Z**** dari kelas 6 Bestari". Gua runner pergi amek hadiah dengan masih memakai beg sekolah. Excited punya pasal, gua lupa nak tanggal beg sekolah.

Owh, lupa nak bagitau. Duit rm100 gua terpaksa bahagi dua sebab Kelvin, tukang kaler gua mintak bahagian dia. Kaler pensel Luna yang saiz gedabak tu gua ambik sebab dia cakap dia dah ada. Gua suka gila sebab kotak kaler pensel gua mengalahkan buku tulis gua. Untuk kaler kuning je dah ada empat jenis.

Denda. Seperti remaja biasa yang nakal dan tidak mempunyai cukup akal, denda adalah sebahagian dari gua. Denda bagi gua dah macam Doraemon dengan saku 3 Dimensinya. Melekat di perut gendutnya dua puluh empat jam. Dalam banyak-banyak denda, denda yang paling tragis gua pernah terima ialah denda salin kamus. Denda ni memaksa gua menyalin seratus huruf pertama bagi setiap abjad. Contoh, gua kena salin balik seratus perkataan pertama yang bermula dengan abjad A. Kalau kena denda lagi gua diarahkan untuk menyalin seratus perkataan pertama untuk huruf B pula. Begitulah yang seterusnya. Bukan kamus bergambar bai, kamus yang penuh dengan perkataan semata-mata. Jenuh gua menyalin segala macam perkataan.

Lupa gua nak bagitau, Cikgu Inggeris gua adalah pengasasnya. Gua lagi rela kena rotan, diri atas kerusi mahupun denda cuci tandas. "Denda salin kamus" was a hell of experience. Tapi at the end baru gua tau betapa efektifnya denda ni. Orang lain sibuk layan Anuar Zain, Sharifah Aini, GT Boyz mahupun Boboy, gua selamba layan Pearl Jam, Audioslave dan Butterfingers. Terima kasih cikgu.

Ok, enough with these cheap experiences regarding a-not-so-good-looking author. Gua nak kongsi dengan lu oll akan ke-awesome-an belog seratus penulis nih.

-We are yet to have hundred official writers but the vibe of that particular number gives me the feel "Pergh, satu belog ada seratus penulis siot". SeratusPenulisDotCom dah macam audit firm, ada external dan internal auditors. Same like we have here, internal and external writers. Level awesome? Awesome macam dapat hadiah pertama dalam kejohanan olahraga sekolah. Bangga gua dapat jadi antara penulis belog nih.

-The variety of writers that we have. Sepanjang gua bersekedudukan dengan lu oll kat sini, gua dapat kenal lagi ramai orang. Macam-macam orang dari macam-macam tempat. Ada overseas dan local students, ada yang dah kerja (lawyer bai!), ada yang dah kahwin, ada kaki bola, ada pakar cinta, ada yang computer literacynya macam mamat dalam cerita Italian Job, ada yang terer kamera dan yang dah berumur juga ada. Semua ada. A complete set of variety. Kadang-kadang ada juga yang buat entri macam lebih kurang sama dengan author lain tapi gua tak kisah sebab gua rasa benda tu variety of repetition. Level awesome? Awesome macam Lee Chong Wei kalahkan Lin Dan hari tu.

-Last but not least. Admin yang boleh gua katakan sangat 'well organized'. He or she created another belog just for the authors. Antara yang buat gua jaw-dropping adalah schedule. Schedule yang agak detail yet easy to understand. Gua yang dapat 8 untuk subjek IT masa SPM pon boleh faham, itupun ada orang guide lah. Admin seorang yang tegas tapi masih memerintah anak-anak buahnya dengan sistem demokrasi. If you have problems feel free to arouse your problems towards him or her. Admin juga sanggup buang masa buat live conference dengan penulis-penulis. Hours of live conference. Banyak diskusi tak kurang juga perkara off topic. Haha. Level awesome? The administrator for this blog is father/mother of all awesome. Gua salute dan bow down. Standing ovation untuk bos. Kalau kat Stadium Paroi ni we all semua dah buat Mexican Wave khas untuk admin.

-Gua harap lepas ni SeratusPenulis dah ada identiti. Logo kita. Maskot kita. Kalau boleh ikrar pon kita ada. Haha.

KeCiK is a weirdo who thinks he can change the world before he turned 40. Previously he wrote a cheap review about a so-called-gig yang boleh gua kata OK.

p/s: Pagi tadi gua terponteng kelas lagi. Semoga sahabat baik gua dapat sign attendance gua tanpa mengharungi halangan getir.

10 comments:

[z@ck] said...

kalau dapat 100 markah, aku la orang paling seronok.rasa macam nak frame kertas test =P

nur.sa said...

100. apa yg significant dlm hidup? erm.paper maths kot. sebab maths tu best. leh dpt 100. haha.

skang utk not seratus, bayar sewa rumah pun tak lepas..

tapi bila sebut 100, mesti teringat exam la. dari sek rendah dah.. dah dibiasakan markah exam score berapa per 100. hohoho.

d_tieah said...

Dalam 100 orang nama kecik, ko lah kecik yg hebat kan..
Hehe..

r.k said...

seratus je paling tinggi , kalau lu dapat 102 ke , 110 ke memang dewa !

STANDING OVATION ! tahniah dan terima kasih bos .

suziesanji said...

paper maths ngan add maths time sekolah2 dulu confirm senang dapat 100.. sebab jawapan dia confirm 1 sahaja.. miss my math class.... the only subject confirm score

KeCiK said...

Zek@ kalau sekarang still boleh score 100 in any paper memang korang gila lah. salute!

nur.sa@ told ya, dulu memang senang nak score 100! sewa rumah lebih seratus? bloody mahal. biasa kalau pompuan duk serumah leh ramai2,for sure murah.

d_tieah@ mcm mana nak letak icon blushing kat sini? Haha..hebat jauh lagi kak. admin lagi hebat. <--ayat kipas admin.

r.k@ 110 tu bukan markah lagi brader, tu meter ex5 gua. sabtu ni turun b.jalil tak poit?

suziesanji@ add math dapat score 100? OmaiGoddddd...giler terer. nak dapat 10 pon susah weh. no wonder dapat 8 time SPM.

r.k said...

tiket dah ada ? budak red warrior dah habihkan tiket kek paroi . poie memng poie , takpek masuk bagi roboh an pagar .. off topic

koshary said...

"The administrator for this blog is father/mother of all awesome. Gua salute dan bow down. Standing ovation untuk bos. Kalau kat Stadium Paroi ni we all semua dah buat Mexican Wave khas untuk admin."

i heart this qoute man, its like the only way to express the awesomeness of the situation. =D

love it!

Mummy Nana said...

eh samalah.. kecik2 sekolah rendah selalu jek markah 100... dah masuk sekolah menengah errr.... jgn harap.... rindu kat 100 hahahah.. nasib baik ada 100 penulis... yup tenkiu kepada mr Admin yg mempunyai idea yg bernas ini..... cool...

KeCiK said...

r.k@ nak roboh pagar gua ingat susah lah. why not lu bwk tali, alang2 kita boleh buat abseiling and repelling kat pagar tu.

koshary@ yah dude, i just cant find ways to express this awesomeness feeling towards our admin! I guess this is the best I can do.

Mummy@ Admin memang cool. Bertambah cool bila letak game kat belog. Tengah ketagih main Pacman. haha.