Monday, October 4

; apa yang dikejar?

assalamualaikum readers and family 100 penulis =)

apa yang dikejar dalam hidupmu?

Jawapannya mungkin berbeza antara individu.

Boleh jadi jawapan-jawapannya begini:

-duit, rumah besar, kereta besar
-kejar glamor
-penghargaan/pengiktirafan daripada masyarakat
- kekuasaan
-kejayaan
-masa
-kecantikan
-kesempurnaan
-'dateline'
-cinta
-ketenangan dan kebahagian
-Dunia/ Akhirat/ syurga Allah
-Syahid


biar apa jua jawapan kita, tujuan kita mengejar adalah untuk mendapatkan apa yang kita kejar bukan? Cumanya:

Kadang-kadang apa yang kita kejar, itulah yang akan kita dapat.

Kadang-kadang kita dapat apa yang kita kejar dan perkara-perkara yang kita tak kejar.

Kadang-kadang lain yang kita kejar lain yang kita dapat.

kadang-kadang kita dapat apa yang kita kejar,tapi sekejap sahaja benda tu dah hilang.

Kadang-kadang kita tak dapat apa-apa pun setelah penat mengejar. (yang dikendong pulak berciciran)

Kadang-kadang kita tak kejar apa pun, tapi macam-macam kita dapat.

jadi, berfikirlah dahulu apa yang kita nak kejar.

Kemudian tanya diri sendiri jika kita dapat apa yang kita kejar, apakah kesannya kepada diri kita?

adakah itu yang kita inginkan atau yang kita perlukan?

adakah kita akan kecewa jika yang dikejar tak dapat?

adakah kita akan bersyukur setelah dapat benda yang dikejar dan perkara-perkara yang kita tak kejar?

dan rasanya lebih banyak lagi soalan yang boleh diutarakan.

10 comments:

cik ain said...

hurm .. aien mngejar kejayaan yg sbenanrnye susah nak dimiliki tanpa usaha !

Pert Doherty said...

aku percaya semua perkara yang kita hendak kat dunia ni boleh dicapai.. yang penting matlamat tu hendaklah kita tah secara spesifik atau tepat..

Contoh: mahu kekayaan, kekayaan yang macam mana kita hendak?

jadi bila dah capai target yang kita dah letak awal tu maksudnya kita dah berjaya..

kalau setakat nak kekayaan, tapi tak tahu tahap mana limitation dia takde guna gak.. Sebab tu bila dah ada kekayaan pun tak pernah perasan diri tu dah kaya.

Hahaha.. ga main cakap je..

nur.sa said...

kalau ditanya, memang banyak sangat yang nak dikejar dalam hidup ni. termasuk saya gak la. tapi sempatkah nak kejar semua yang kita mahu tu?

tepuk dada, sendiri jawab. :) masing-masing tahu apa yang dikehendaki dalam hidup masing2.

kusut said...

@Pert good point. kene tau apa yg kita nak.. having an idea what we're trying to achieve isn't enough most of the time

Azrul Hisham said...

kejar 'target' yang kita dah set dalam hidup kita... :)

afifaa. said...

okey; set target masing masing. =)

kata kila said...

bagus entry ni.sampai sekarang tak tahu apa yg dikjar

grr

[z@ck] said...

it might sound silly but i wud go for money.huhuhu.masih lagi tak nampak sinar hidayah aku ni.

fndrocka said...

Kejar kebahagiaan..peh

humbleyat said...

tapi tak semua kita dapat kejar kan?
yang penting kita kena terima seadanya, andai yang dikejar tak dapat...ada hikmahnya...Allah tak menjadikan perkara itu sia-sia kan?