Sunday, October 31

Anda Sihat? Ada Masa Tak?

Dengan penuh sopan santun saya menjemput anda berkunjung ke blog ASaDa RyutaRo
Assalamualaikum dan salam mesra kepada semua. semoga sentiasa dalam keadaan yang sihat dan bahagia bersama insan tersayang. kepada yang berada di dalam kesedihan atau musibah, semoga terus tabah menghadapi segala dugaan. hadapi dengan senyuman. semoga dengan ketabahan itu, kita dihadiahkan dengan kebahagiaan.

Peluang dan ruang kali ini, ingin saya berkongsi dengan para pembaca tentang satu hadith yang sangat pendek, akan tetapi memberi makna yang besar di mana hadith ini membawa kita untuk bermuhasabah diri dan mengingatkan kita supaya tidak mempersiakan segala nikmat yang telah dianugerah Allah SWT.

Hadith dipetik dari buku Empat Puluh Hadith Penawar Hati.

Kesihatan yang baik dan kelapangan masa merupakan nikmat yang sangat besar selepas nikmat Iman dan Islam. namun, ramai orang tidak menyedari akan kebesaran dua nikmat ini kecuali selepas kehilangan keduanya.

Ketika mempunyai badan yang sihat dan kelapangan masa, ramai orang mempersiakannya lalu menghabiskan dengan perkara yang tidak berfaedah dan melalaikan. atas perkara yang sebegitu, golongan ini menganggap ibadat yang sebenarnya mudah sebagai halangan untuk melakukan tugas lain.

Mengerjakan sembahyang bukanlah memakan masa yang lama. apatah lagi membaca Al-Quran dan berzikir yang mana boleh dilakukan sambil berjalan, memandu, bahkan ketika bekerja. namun malas yang menguasai menyebabkan perkara yang sangat mudah menjadi sukar.

Beginilah orang yang mempersiakan anugerah kelapangan masa dan kesihatan badan. sehinggalah mereka jatuh sakit tidak bermaya dan terlantar, maka ketika itulah baru menyedari akan besarnya nikmat ini. time tu baru nak rasa sembahyang, nak nazar macam-macam, baru nak mengaji Al-Quran, baru nak berzikir. aduhai.. macamana nak mengaji, masa lapang-lapang dulu tak pernah belajar. belajar time dah sakit susah. dua kali susah berbanding masa sihat. haa.. kaaaaannnn.. dulu tok wan dah pesan.

Tepat sangat kalau nak bagi pepatah melayu, "nasik sudah menjadi bubur.. pi goreng ikan bilis, buh kicap sikit, sedap jugak campur dengan bubur..".

Saudara saudari pembaca yang dihormati, cuba kita renung kembali masa yang telah lalu, adakah kita mempersiakan masa lapang yang lalu atau telah menggunakannya dengan sebaik yang mungkin. adakah masa cuti bekerja sabtu ahad ini sudah digunakan sebaik mungkin? adakah kesihatan kita hari ini sudah digunakan dengan baik? sama-sama muhasabah untuk meningkatkan diri.

Syukur kepada Allah SWT atas segala nikmatnya. hargai segala nikmat tersebut. sudah diberi kesihatan, jangan pula kita 'rosakkan' kesihatan. janganlah hisap gam. janganlah hisap dadah. nanti jadi tak sihat. bila tak sihat tak dapat nak buat apa. sendiri juga yang susah.


Nota Kaki :
Saya yang menaip entry ni pun kena ambik iktibar. tak sangka pulak pagi tadi (masa cairo) line internet takde. tak dapat nak menaip entry. hasilnya.. beginilah. terlewat nak post.

10 comments:

izfanora said...

betul.. kesihatan tue nikmat yang kadang kita persia..

manusia tak kan sedar akan nikmat yang diberi sebelum mereka kehilangannya..

Kimmy Ai said...

pendek dan padat.. okey la tu. ;D

~penyakit itu penyembuh dosa~ <---xde kena mengena dgn tajuk. tch.

aYu said...

nice entry~
peringatan buat saya supaya menghargai masa sihat dan lapang ini~...


1st time singgah sini~

nur.sa said...

betul tuh asada.

rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara.
muda sebelum tua, sihat sebelum sakit, hidup sebelum mati,kaya sebelum miskin dan lapang sebelum sempit.

sama2 manfaatkan.

ztie said...

lumrah manusia. Sikkan ingat perkara senang sebelum dtg susah.

Nice sharing.

kusut said...

thanks asada utk reminder ni

Apis said...

huhu...betol3...reminder yg bagos.diri ini pon lalai jgk.mase sihat la buat bnda2 ngarut n xde paedah.ish3...

haszuraidah ishak said...

huhuhu..terkena batang idung sendiri..hari sangat kalut ribut..

Amni said...

iyerrr.... ztie komen lam bahasa sawak eh! haha....

terima kasih... ingatan ya perlu untuk manusia... perlu selalu...

Fina Sophie said...

hi aYu.. ;)

sy perasan ramai nama2 baru dlm 100p ni. bgusla :)

neway asada, thanks for sharing. :)