Wednesday, October 13

akukan kakak.

saya seorang kakak pada lima adik. tapi saya bukan yang sulung. saya ada dua abang. tapi, entah kenapa sejak kecik, saya peringatkan diri sendiri yang saya seperti anak sulung. contoh tanggungjawab seorang kakak, mestilah tahu jaga adik-adik bila mak ayah bagi tanggungjawab tu. setakat nak piap/tarik telinga adik-adik memang dah lama dah saya dapat lesen tu. kalau ada yang cakap saya garang pun, saya tak nafikan. sebab saya memang garang dengan adik-adik mengikut tempat. ada masa nak bermanja, boleh aje nak letak kepala dekat paha saya waktu nak tengok tv. tapi bila tiba bab yang mereka patut buat, tapi tak buat saya memang akan tegas. macam singa. kata adik-adik. singa pun singa lah. tapi singa ni jugak korang sayang HAHA.

waktu kecik dulu...




apa saja yang saya tak buat? mandikan adik yang baru beberapa hari pun saya dah biasa buat. setakat cebokkan adik-adik tu dah biasa sangat. basuhkan kain lampin adik-adik dan jemur sampai lipat bila kering pun dah terlalu biasa pada saya. zaman dulu pampers ni mana berleluasa lagi ye. kalau nak keluar berjalan barulah mak gunakan pampers kat adik-adik. balutkan barut dekat perut emak waktu emak pantang pun biasa sampai kuning-kuning tapak tangan saya. tolong ayah masak kat dapur untuk makanan pantang emak juga kebiasaan pada saya. lepas tu, kena masak untuk adik-adik. waktu adik yang satu lagi lahir, adik yang satu lagi ada appointment dengan nurse kat klinik desa. kena inject la maksudnya. selamba aje saya dan adik di bawah saya bawak adik kecil ke klinik untuk dapatkan injection adik kecil. hoho. sekarang bila fikir-fikir semula, akukah itu? 

untuk abang saya, bukanlah bermaksud mereka tak membantu. tapi maybe sebab mereka itu lelaki, pertolongan yang mak mintak selalunya dorang akan buat tak endah. mereka lebih suka pergi bermain dengan kawan daripada tolong emak kat rumah. itu peluang yang banyak saya terlepas waktu kecil dulu. nak bermain dengan kawan-kawan je mesti emak akan panggil balik tolong dekat rumah. tapi bila dah besar, pertolongan dari abang untuk saya tak putus-putus. waktu saya nak duit, dorang tak bising pun. sebab tahu adik nak pakai duit. :) mungkin tak membantu dekat rumah, tapi bila dah besar, mereka tahu yang mana satu tanggungjawab seorang abang kot. 



bila namanya adik beradik, memang ada gaduh-gaduh. lagi bila kau dibesarkan dalam keluarga besar. siapa merasa dia tahulah. kami semua lapan beradik. tapi ada dua generasi adik beradik. satu generasi kami adik beradik yang berempat paling atas. dan generasi kedua adik beradik empat yang ke bawah. yang seronoknya adik beradik ramai, setiap orang ada geng masing-masing, sebab mak lahirkan kami yang berjantina sama untuk setiap dua orang. jadilah empat lelaki dan empat perempuan. susunan yang cantik sekali dari Dia.

saya rasa tanggungjawab anak yang atas tak kurang berat sama macam emak ayah. sebab tu kalau ada adik-adik yang tak hormat dengan abang dan kakak sendiri saya rasa macam sedih sangat. jadi jasa kakak dan abang tak leh nak dilekehkan jugak. sebab dari kecik adik-adik tu membesar kat tangan kakak dan abang jugak. pernah muka saya kena cakar dek kuku adik yang masa tu berumur setahun. waktu saya dukung dia, kuku dia terkena muka saya. sampai sekarang melekat parut tu di muka. sebab tu, bila adik tu buat nakal sikit je, cepat je saya ugut dia dengan tunjuk parut tu dekat dia. confirm dia insaf lepas tu. hohoho.

jujurnya, saya sayang semua adik beradik saya. walaupun sekarang semua dah duduk jauh dari rumah, tetap jugak rasa dekat dan cuba dekatkan sebab tak mahu rasa jauh dengan adik beradik sendiri. di ceruk malaysia ni tetap ada adik beradik saya. sebab di kampung sana nun, cuma tinggal baki dua adik aje lagi. mungkin bila semua dah habis sekolah nanti, tinggallah mak dengan ayah je kat rumah tu. nampak tak kat situ? walaupun emak dan ayah ada lapan anak, tahun demi tahun anak-anak makin sikit yang tinggal dekat rumah sebab kami semua dah bekerja dan study. hoho.

ini cerita saya, saya kan kakak. cerita anda? anda kakak, abang atau adik? :D

18 comments:

nn said...

saya kakak. kakak sulung. memang betul pun kadang2 yang kakak ni dah macam mak. lagi2 kalau mak kerja. huhu. and memang sedih bila adik tak hormat kita... pernah juga menangis sebab adik tinggi suara. pergh emo gila kan? tapi nak buat macam mana... sayang.

*cimOt* said...

saya adek..tapi abang saya panggil saya kakak..erk??

Att Ashburn said...

saya suka sangat cerita ni. saya pun kak sulung. yang kena jaga adik2 waktu kecil. betul, kalau adik tak hormat, mesti rasa sedih.

siblings sy pun ada geng hehe. 3 atas, 3 bawah. saya geng atas, selalu buli yang bawah tu. Sampai menangis- nangis kadang- kadang.

saya memang garang.tapi, kat hati sayang je diorang. siapa tak sayang family kan. yang ada waktu jatuh bangunnya saya, itu diorang. tak tahu nak grateful macamana lagi bila Allah bagi this kind of family. Hehe..

Mummy Nana said...

Eh.. mcm sama lah citer akak zaman dulu dulu... hehehe.. walaupun bukan anak sulung.. tapi mcm sulung.... mmmm xpelah ikhlas jeklah apa yg kita buat... hehe.. rasa cam bangga jugak skarang.. psl at least apa2 adik2 respect kita lebih.. walaupun kadang2 sakit hati jugak dibuatnya.. ehehe

r.k said...

masing-masing ada tanggungjawab masing-masing , janganlah pernah kata , " ghua je buat kerja , luols asik menonggeng je ".

dan jangan lupa bahawa adik-adik melihat yang atas sebagai role model , ia adalah satu tugas berat walaupun luols tak melakukan apa-apa tugas .

yes , ghua abang . sulung .

Sumandak Kinabalu said...

saya kakak. kakak sulung dari 10 orang adik beradik...hahaha
memang satu tanggungjawab yang sungguh berat tapi setakat nie telah menjalankan tanggungjawab dengan jayanya...hehehe

sekarang ni, tugas pun dah tak berat sangat sebab semua pun dah besar panjang. apapun, memang best jadi kakak sulung...nak tahu kenapa? saya ada 9 orang adik yang sayang dengan saya :)

chenta said...

sy kakak kepada adik2, dan adik kepada kakak sy....

waktu kecik, mmg kakak la byk tlng emak utk jaga kami..tp bila dh besar, sy n kakak plak menjaga adik... ^_^

Fynn said...

Fynn kakak sulong!hehe
bebudak pompan 2 ekor tuh,dah jadik clone fynn sebijik dah now!
org pakai shawl dorg nak pakai shawl,
dah la size kasut pun same -__-'
adik laki tu pulak,mmg totally lain!
pendiam,mandom dan skema!
anak buloh betung lah tuh!HAHAHHAHA

nur.sa said...

nn
yang penting kita tahu tanggungjawab kita,kan.

*cim0t*
abang awak taknak rasa dia tua kot. dia panggil awak kakak :P

att ashburn
haha. sama eh? best ada geng.geng gaduh dan geng perang.. kita garang sekejap je, sayang tu tetap banyakk utk dorang, kan kan..

r.k
yeah, memasing tahu dah apa tugas memasing. tak perlu nak tunding jari pun kat sapa-sapa. :)


sumandak
wah. awak ada lebih dua adik. hehe.

chenta
tapi bila adik dah besar,kalau kita demam dia siap jaga kita lak. suka!

fynn
adik fynn ada tiga je ek? haha.

yang psti, korang semua mmg kakak dan abang yg baik! semua sayang adikberadik. :D

nur.sa said...

eh lupa,

mummy nana
sama eh cerita kita? :)
betul kak, kena ikhlas, barulah betul caranya..

Fina Sophie said...

eh byknye respon jd anak sulung ni. hehe. sy pun sulung juga. 5 org adik beradik. 3 adik lelaki. dua org dr adik lelaki dah lebih tinggi dr sy dah. adik lelaki yg lg seorang tu (bongsu) otw nak meninggi. adik pmpuan ada seorang, tp skrg ni tinggi lebih kurang je. tensen pula rasa. lol.

ada sape2 tau produk nak tinggikan badan tak? hohohoh

Sumandak Kinabalu said...

Fina Sophie, saya kakak sulung and paling pendek dalam kategori adik beradik...kalau ada produk tinggikan badan, saya pun nak :)

BTW, kalau kakak sulung demam... Perhatian and layanan memang first class ^ ^

kusut said...

betul la ramai along sini ye

cite aku lak, aku bongsu dr 4 beradik.. mase kecik rapat dgn abang (beza umur setahun) macam kembar tak sama. tapi yg sulung (kakak dgn abang) yg sebenarnye kembar tak seiras.

sebab semua pegi asrama lain2 so sekarang semua lain2 dah.

nur.sa said...

fina
ramai anak sulung dan kakak..

produk tinggikan badan tatau. tapi org cakap nak tinggi kena le pandai bergayut. heheehe.

fuhh.seb baik sa tak rendah mana. cuma adik lelaki mmg tinggi dari sa la.

sumandak
haha. best! sebab adik sayang kita kan.

kusut
perghh. saya selalu berangan mahu jadi anak bongsu,tapi dah termaktub kena jadi kakak. heheheee.

h A n Y S said...

sy sulung,
bila time bergurau, memang blh bertepuk tampar,
tapi bila time serius pd adik2, jangan harap nak bergurau, tp kadang2 terketawa jgk bila adik2 bergurau time tgh marah2..haha.. sayang adik2 sy!
:)

suziesanji said...

ada..

kakak,
abang,
adik laki,
adik pompuan..

perfect =)
sayalah kakak, sayalah adik..

nur.sa said...

@hanys
semua kakak sulung baik-baik kat sini. cayalah :)

@suziesanji
a'ah. perfect la tu. semua ada. sy takde kakak je..yg len semua ada.

zati said...

Saya kakak sulung, tp ade abang. Selalu kena buli dgn adik laki, dia tu garang -_-" dgn adik prmpuan mmv bestfriend! Dgn abng pun selalu kena marah haha yg lelaki dlm family saya mmg garang2. walaucmna pun family lah yg sentiasa ada di sisi waktu jatuhbangun. family first!