Monday, October 18

; ahh bangsaku!

assalamualaikum readers.

di keheningan malam, dalam suasana malam sepi menjengah,
tiba-tiba dikejutkan dengan bingitan bunyi motosikal.
bising. amat bising dengan bunyi motosikal.
bukan satu. tapi banyak.

pagi esoknya di dada akhbar;
' 20 ditahan telibat dalam aktiviti lumba haram '


ku lihat gambar yang terpapar,
' ahh. bangsaku! '

waktu petang di kampung,
sekumpulan remaja lelaki dan perempuan berkeliaran dengan motosikal masing-masing,
bergelak sakan di tepi jalan, bertepuk tampar, menghisap rokok,
ku lihat siapa mereka,
' aah. bangsaku! '

dalam perjalanan pulang ke kampung,
di pertengahan jalan,
remaja lelaki dalam lingkungan 10 tahun dengan bangganya mengepit rokok di celah jari,
dengan tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal,
siapa mereka?
' ahh, bangsaku! '

kulihat kejayaan mereka menjadi doktor,
doktor yang berjaya menyuntik diri sendiri dengan najis dadah,
ku lihat siapa mereka,
' aah. bangsaku! '

orang yang malas mencari kerja, malas bekerja,
siapa mereka?
' aah, bangsaku! '

sedih. bila mahu sedar wahai bangsaku?

5 comments:

Raja Fiqri Fauwaz said...

bangsa kamu..

Bangsa melayu..

Bangsaku...
Politikus yang menyalak sesama sendiri!
Generasi muda yang lupa negara!
Lupa asal-usul!
Tiada dosa pahala!
Gila kuasa!
Dilema....

nur.sa said...

melayu muda yang taktahu apa-apa tu..

belajar le jadi melayu yg bagus, berkualiti dan terbaik. mesti tak ramai org risau..

Fina Sophie said...

luluh kan hati tengok bangsa sendiri memonopli kegiatan2 mcm ni. tapi tak boleh nak slhkan diorang sangat. apa2pun bermula dari keluarga. :) kesian.

kusut said...

hati2 and try not to biasakan diri pikir dr angle ni. nanti dah terbiasa sangat and dah takleh ubah kan susah. i almost always find that people yg kata 'nak tolong bangsa melayu' adelah sebenarnye racist

maaf if i sound like some wiseass prick

Sumandak Kinabalu said...

Manusia mudah lupa...