Sunday, October 17

Ahad oh Ahad

Salam hari Ahad buat semuanya! :)

Apakah pengisian anda pada hari ahad ini?

"Yeayyyy, hari ahad, bolehlah rilex-rilex sikit" kata segelintir manusia.

"Alahai, dah ahad, esok kena kerja pulak" ini bisikan hati sebilangan yang lain.




Mungkin setiap orang mempunyai agenda sendiri pada hari ahad ini kan. Ada yang bekerja, ada yang pergi kelas, ada yang bersukan, membeli-belah dan ada juga yang bersantai di rumah sahaja.

Ketika saya bekerja dahulu, saya merasakan hari ahad la hari paling indah sebab Sabtu pun saya kena kerja jugak, aiyooo~ Dan saya tak suka kerja pada hari Sabtu nie..So, waktu bergelar seorang pekerja dulu, hari Ahad, hari paling indah,weehoo~ Tapi, tak best jugak sebab Isnin dah start bekerja kan?Naaa, Ahad hanya akan best pada siangnya..sebelah malam, rehat dan ready masuk office esok hari,hihi.

Sekarang, dah sambung belajar balik so hari Ahad, hari untuk saya pastikan checklist setiap assignments siap!!harus tau, kalau tak siap, mesti dengan alasan, tapi bukan alasan malas!!ish ish ish, tak baik malas-malas (peringatan untuk diri sendiri). Di samping tue, hari Ahad macam nie, memang habiskan dengan family, masak-masak, kemas rumah, main dengan anak buah dan yang penting surfing internet, online window shopping dan blogwalking,hehe.

Namun, tak semua orang free pada hari Ahad. Ada yang kerja kan? Cpntohnya yang jadi nurse, polis, pelayan restoren, kerja supermarket and yang sangat tegar untuk bekerja pada hari Ahad..Saya tabik spring la kat kalian semua sebab saya kalau hari Ahad memangla takda perasaan nak bekerja,hihi.

Selain itu, kan ke kat Malaysia ni ada neger-negeri yang mulakan setiap minggu dengan hari Ahad, so, mungkin hari Ahad mereka pulak dah jadi macam Sunday Blues (selalu org cakap Monday Blues,heee). Dulu waktu kecik-kecik saya jeles mereka semua ni cuti sekolah awal padahal sama je pun kan durationnya,

Tak kisahlah macam mana hari Ahad anda, asalkan dilakukan dengan berfaedah dan setiap yang dilakukan mestilah dengan berhati-hati.. :)

7 comments:

nur.sa said...

baiklah!saya bekerja pada hari ahad. makanya hari ini adalah sunday blues...hhaahaha

izfanora said...

hari ahad hari yang orang suka buat kenduri kawin..

hari nie, dah pergi 2 buah rumah kawan yang kawin..

bila lah nak tiba masa saya? hahaha..

cKyN WaN said...

hari ahad selalunya lepak2 goyang kaki kat umah. tapi hari ahad sekarang terpaksa duk depan kom di lab sebab nak kena siapkan report!

T_T

fndrocka said...

Masa study dulu hari ahad lah masanya nak berjalan sampai ke malam.hehe.subuh isnin baru balik.hehe

z said...

AHAD=REHAT.

kusut said...

why cant weekends be more like wednesdays?

hehe.

tapi aku lately ni rase cam weekends ni rugi lah. rase nak bekerje je tapi nanti wife aku rase aku obses dgn keje la pulak. haih

Fina Sophie said...

for me pula, hari ahad ke hari isnin ke, sama je semua. sebab sy suka sabtu. ihiks..