Wednesday, October 20

Adakah anda sudah terlambat ?


Ibu bapa kanak-kanak yang lebih berumur kadang-kadang lewat membuat keputusan untuk mendedahkan anak-anak mereka dalam pertuturan dua bahasa. Bagaimanapun, persoalan yang sering menghantui mereka ialah adakah mereka sudah terlambat untuk melatih anak-anak mereka untuk mejadi mahir dalam dua bahasa? Jawapan kepada persoalan ini bergantung kepada tempoh kelewatan anda memulakannya.

Menurut kajian, kanak-kanak berumur 8 hingga 9 tahun masih boleh menjadi mahir dalam dua bahasa jikadidedahkan secara intensif kepada dua bahasa.

Jika lewat dari umur ini, kebolehan anak anda menjadi mahir dalam dua bahasa bergantung pula kepada beberapa faktor iaitu :

1. Kebolehan semulajadi mereka

2. Motivasi yang ada dalam diri anak anda

3. Pengaruh ibu bapa

Satu cara yang efektif untuk memotivasikan anak anda agar berminat mempelajari bahasa Inggeris adalah dengan anda menonjolkan kelebihan yang akan diperoleh mereka apabila mahir berbahasa Inggeris.

Contohnya : jika anak anda cukup minat dengan kartun ultraman, anda boleh membelikan anak anda majalah-majalah yang mempunyai karaktor kartun tersebut dalam Bahasa Inggeris.

Bagaimanapun, anda perlu ingat untuk tidak bertukar ke Bahasa Inggeris sepenuhnya dalam perbualan. Proses mendedahkan anak anda kepada Bahasa Inggeris perlu dibuat secara berperingkat agar mudah untuk anak anda menerimanya.

5 comments:

Clarky Afif said...

saya berpegang kepada prinsip nothing is impossible.

masih boleh didik diri sendiri dengan bahasa ketiga.

:P

fndrocka said...

Aku ni dah 23 tahun..entah pandai entah tidak 2 bahasa.huhu

Fina Sophie said...

insya-ALLAH boleh.. :) lagi malu mengaku org dusun tapi tak reti cakap dusun.. :/

kusut said...

penah tengok satu documentary pasal bahasa and learning bahasa. teori nye lah.. kemampuan org utk belajar bahasa baru ni berkurangan bile makin tua. masa muda senang. teori nye la

tapi aku tengok org umur 30an belajar bahasa programming pun bleh pickup ok je.

kompashailmey said...

As6
hi saya dtg jenguk blog ni.. lepak lepak
latest entry : http://www.100penulis.com/2010/10/angin-kata.html