Yeah...ini bukan jualan murah mahupun tekaan ahli nujum yang dongeng belaka tetapi rumusan yang di buat oleh pakar-pakar ekonomi berasaskan fakta-fakta masakini...
1. Tiket Kapalterbang
Kalau ada yang sedar, harga tiket kapalterbang makin naik, nak-nak dalam setahun-dua yang lepas. Tapi, kepada sesiapa yang berharap harga tiket kapalterbang akan turun pasal dah banyak sangat naik sejak kebelakangan ni, lupakan sajelah harapan tu.
Harga minyak dunia makin naik jadi banyak syarikat penerbangan dah tak mampu nak menampung kos kapalterbang milik syarikat-syarikat ni dan menjual kapalterbang mereka ataupun menyimpan saja kapal-kapalterbang di padang pasir. Secara langsung, akan ada kekurangan kapal-kapal terbang. Bila dah kurang kapal terbang, makin naiklah harga tiket kapal terbang
Tu tak masuk bab kena bayar untuk makan-minum, beg-beg dan silap haribulan kena bayar untuk guna jamban jugak nanti!
2. Kopi
Pada peminat kopi, malang sungguh nasib kita. Amerika Selatan merupakan pengeluar terbesar kopi di dunia. Malangnya, bila bencana alam melanda (ribut taufan dan gempa bumi) Amerika Selatan, stok-stok dan ladang-ladang kopi turut sama menerima padahnya. Macam kapalterbang jugak, bila kopi dah berkurangan tapi permintaan masih sama, harga akan makin naik.
Kalau dah mahal sangat nanti yang pergi Starbucks tu kene minum Nescafe ajelah agaknya. Yang dah minum Nescafe kene tukar pada teh lah kot agaknya...
3. Kain-baju Kapas
Macam kopi jugak, pokok kapas nie pun terdedah pada perubahan cuaca dan bencana alam. Negara China yang merupakan pengeluar kapas terbesar di dunia tengah mengalami kemarau yang panjang menyebabkan kerosakan dan kematian tanaman kapas negara tu. Tambahan pulak banjir kilat di Pakistan juga menyebabkan kekurangan kapas di pasaran.
India yang juga merupakan pengeluar kapas besar mula panik, takutkan kekurangan kapas di negara sendiri dan membuat keputusan untuk mengurangkan eksport kapas ke negara luar. Semua faktor ni akan secara langsung dan tak langsung menaikkan harga kapas sedunia.
Siapa yang minat pakai baju raya kain kapas tu, belilah awal-awal. Baju sekolah anak pun beli saiz besar-besar siap-siap, boleh pakai dari darjah 1 sampai darjah 6!
4. Insurans
Ya, kalo datang masa nak perbaharui insurans motor, kereta, perubatan, rumah dan lain-lain, jangan terkejut dengan kenaikan harga yang mendadak. Janganlah marah akak ngan brader dekat kaunter insurans tu tapi marahlah geng-geng terrorist (tak kira agama) dan mat-mat rempit yang banyak buat kacau-bilau, haru-biru di merata dunia.
Nak di pendekkan cerita, dunia kita makin bahaya jadi, syarikat-syarikat insurans makin takut kot-kot kena keluarkan bayaran yang lebih kerap dan lebih banyak kepada pembeli insurans mereka. Untuk meredakan sikit perasaan takut dan menggelabah ni, diorang tenangkan fikiran dengan duit. Duit sapa? Duit kita. Hah...sekarang bayar insurans lebih sikit.
5. Daging
Tak kiralah lembu ke ayam ke. Asalkan haiwan ternakan yang manusia makan, dah tentu akan naik harga dia. Laaa...kenapa pulak?
Oleh kerana pelbagai bencana alam yang menimpa dunia, banyak tanaman (macam kopi dan kapas) rosak termasuklah tanaman-tanaman yang menjadi makanan ruji haiwan ternakan nie. Bila harga makanan haiwan nie naik, harga binatang tu sendiri dah tentu akan naik.
Sapa yang suka ayam tu mungkin kene cuba makan ikan pulak. Tak pun kalau duduk kat kampong atau rumah ada kawasan lapang sikit, cuba bela ayam ke kambing ke kesuari ke. Kalau lagi hero cubalah bela lembu sendiri. Kurang sikit kos.
6. Air, Telefon dan Elektrik
Mungkin ramai yang tak sedar tapi kebanyakan mesin-mesin dan jentera-jentera yang terlibat untuk menyalurkan air, telefon dan elektrik kepada kita, sang pengguna menggunakan minyak tak pun gas. Bila harga minyak dan gas naik, kos untuk menjalankan peralatan ni pun akan naik juga.
Untuk kurangkan kos, cubalah kurangkan sikit guna air-cond (pakailah kipas), borak kat telefon (tulis aje surat) dan kalau boleh, mandilah ramai-ramai...ahaks!
7. Emas
Yang ini memang ramai orang tahu. Biasalah bila masa-masa gawat dan ekonomi merudum ni, orang tak selesa menyimpan harta dalam bentuk wang kertas. Emas lagi menarik perhatian, tegap, teguh dan nampak lagi Bling! Sesiapa yang rasa nak guna duit sekarang, inilah masa dia untuk jual harta-karun emas anda. Tapi berhati-hati, pilih kedai-kedai dan ajen-ajen yang boleh dipercayai saja kalau tidak, memang denagn mudahlah kita kena tipu...
Chip tengah tak puas hati dengan dirinya sendiri pasal tak dapat cukopkan 10 benda yang akan naik harga! Sumbangan anda untuk 3 benda lagi di terima dengan hati yang terbuka luas. Sementara tu, Chip selalunya sibuk mengkaji macam mana untuk menukarkan bulu ketiaknya yang banyak kepada emas. Kalau Chip ada masa terluang lagi, dia akan menulis di blognya sendiri, Hikayat Skuter Hijau...
Gambar kapalterbang: Wikimedia Commons - Chad Teers
Gambar lembu: Wikimedia Commons - Jean-Luc Bailleul
36 comments:
(terpaksa delete yg atas. silap >< )
aku tau satu lagi benda yg mesti naik harga nye la. tak turun2
duit hantaran kawin
hehehehehehe
semua benda memang naik harga. orang pon dah naik harga. mana ada lg kawen hantaran 5-6k zaman sekarang.
T__T
bila tengok benda ni semua naik harga, cam nak ada kapal terbang sendiri,
gali minyak sendiri,
tanam kopi sendiri,
buat kilang kapas sendiri, tanam sendiri,
insurans sendiri.. err..
ternak haiwan utk makan sendiri,
ada penjana elektrik sendiri, loji air sendiri,
hahahahaha... gilossss dah bila semua nak sendiri punya.. =))
apa pun.. kita hidup kena berpada. penyebab benda ni semua naik harga adalah kita jugak. =P
Huhh..
Bayaran masok tandas mesti naik gak kalo dah air dan letrik punya bil melambung..
Kwang3..
ala..kopi pun naik harga ker?huhu favourite tu..tapi nasib baik tak minat g starbucks;)
@humbleyat - sedih kan kopi naik harge. duk impikan saat2 utk mampu beli coffee maker sendiri pastu roast biji kopi sendiri letak dlm tu. kene tunggu lagi le tu nampaknye
@kusut : kusut dah tak payah kusut dah, sebab dah kawen..hehe, duit hantaran yang melambung dah lepas..
@asada : kalau dulu gula-gula 10sen 5 biji, skang dah 10sen 2 biji..kalau dulu tea o 50sen, skang dah 1.50..haishhhh..susah susah..
@cikda : semua benda la naik harga. entah apa je yang turun harga. mybe nokia 3310 je yg turun harga kot. hahaha..
jangan risau..semua benda naik harga..dengan berat-berat badan pon naik jugak..hahaha
nilai duit jatuh,harga barang naik..nilai duit dah hilang..jom beli emas ramai2...
haha..
asada, ko mmg patut ade kapal terbang sendiri...
nak cakap pasal emas,
belilah emas/jongkong emas, syiling emas dr bank negara dan maybank sekarang...itu satu cara nak dptkan emas tulen skrg...
@meera - satu jongkong emas brape ringgit?
chip lupa satu lagi benda. susu. dalam paper semalam susu juga akan naik rege.. T___T
sekejap je orang boleh merasa kenaikan gaji bila brg2 dah nak naik rege semuanya..
yang tak turun-turun adalah darah tinggi kot.huhu
Ah aku tengok telefon makin murah..blackbery makin murah.iphone pun akan jadi murah.
Yg akan jadi mahal adalah bil telefon.hihi
masuk toilet count in tak? hahaha
even bnda free pun sbnrnya kalau fikir betul2, bukan free sgt pun skrg ni... heheh (- -")
grr~ semua harga nk naik, gaji pun kena la naik..
tapi harga emas tu, ain sokong! sekarang ni, org xkesah hrga emas naik. sbb orang buat pelaburan dh xpakai investment wang ringgit.. tapi dorg labur emas plak.. grr ~
woh aku pernah tengok kapal terbang dorang tinggal dekat padang pasir!serius pemandangan yg stylo. =D
tapi betulla, koshary pun dah naik harga woh. heyyyhhh.
@kusut: Apa yang silap tu? Hehehe...
Betol tu, nasib baik aku dah kawin zaman dulu lagi. Nak tambah lagi satu mahal lah pulak zaman sekarang nie...oppppssssss...ahaks!
@cIk Jannah: Tulah mahal benor. Macam jual anak lak bak kata orang kan...
@Asada: Jalan penyelesaian yang memang bagus. Kalau mengamalkan kesederhanaan, demand takdelah melimpah ruah, harga pun taklah melambung sangat
@d_tieah: Kene korek lubang belakang rumah ajelah nampak gayanye...hehehe
@humbleyat: Kalo aku dok Malaysia, nak beli Starbucks pun pikir 3-4 kali, last-last tak beli kot. Gila mahal.
@Pidut: Beli, jangan tak beli. Tapi aku salu beringat - apa yang naik akan turun jugak. Ada chan apply kat emas jugak satu hari nanti...
@meera: Maybank ada jual syiling emas? Bagus tu. Jongkong berat sangat pulak. Syiling tuh just nice lah kot
@nur.sa: Susu eh? Tak perasan lak tapi ada betol dia. OK, lepas hantaran kawin, kita ada 9 benda nah nie... jom kasi cukop 10 pulak.
@fndocka: Company-company nie jarang buat rugi. Kalo dia tak cekik orang belah harga tepon, pandailah diorang cekik kot caj bulanan pulak. No escape punya...
@[z@ck]: Berapa naik dah harga masuk jamban kat Malaysia? Dulu, aku ingat paling mahal kat KL, toilet Lot 10. 50 sen sekali masuk tuuu...sekarang agaknya dah 5 ringgit kot ye?
@Fina: Pikiran yang tepat sekali. Manalah ada benda yang free kat donia nie...
@cik ain: Problem dia, naik gaji salu delay lagi kalo compare dengan harga barang naik kan? Tu pun kalo naik...adeiiii
@koshary: Aku tengok gambar kat US je. Memang pelik bin ajaib...ahaks! Dekat Egypt mesti ada port padang pasir kapalterbang eh?
Cakap pasal koshary...lapar lak. Kau tak penah dapat diskaun koshary ke memandangkan persamaan nama? Hehehehe...
dalam byk2 yang naik...sume barang keperluan...dan ini ada 1 benda yang dok naik tp jgn harap la dia nak turun.... dah berlipat kali ganda naik tp lom pernah aku tgk org bising2 sampai nak demo.... barang tu ialah... jeng jeng jeng...
ROKOK! (nak sebut lagi satu barang tu sah korang pon tak guna) heheh walaupun dah tak ramai yang isap rokok nie...tp tiap kali bajet je naik, tiap kali bajet je naik.... sampai jendul dahi perokok dibuatnya akibat asik ditepuk...ekekek
Salam,
Roti canai naik gak hu huhu -----> ini boleh buatkan aku NAIK angin hu h uhu
upss, kalau ROKOK naik harga sangt2 sokong! biarlah naik harga ROKOK tu mencecah ayam seekor haha!
part hantaran kawen tu setuju..nk kawen lmbt sikit la..nk tunggu naik byk2..hahahahaha
pastu brng pun naik harga, hantaran tinggi pun tak menampung nk beli harga brng yg mahal..kan??
nk kawen lmbt gak. bley kan? hehe.
Jemput singgah teratak CikGadis : Selamat Hari Raya Haji
Post a Comment