Entry Terbaru ~ Special Edition: 20.10.2010 @ 10:20 AM
Pada pendapat aku sebagai belia muda, pemilik2 syarikat bas ekspress harus menggaji pemandu2 bas BUKAN mengikut jumlah perjalanan! Serius ni, sebab kebanyakan gaji pemandu2 bas dibayar berdasarkan jumlah perjalanan dorang. Ini bukan auta, tapi fakta dari sumber yang boleh dipercayai. Pemandu2 bas layak diberi gaji bulanan yang tetap supaya mereka tidak berlumba2 membawa bas untuk mengejar jumlah perjalanan yang banyak. Mungkin bonus boleh diberikan kepada pemandu bas yang banyak membuat perjalanan, namun harus diingat, jadual perjalanan bas dan pemandu perlu konsisten. Selari dengan keupayaan si pemandu dan tempoh masa tiap-tiap perjalanan. Pemandu juga harus diberikan rehat secukupnya sebelum memulakan perjalanan yang berikutnya supaya tiada kes pemandu mengantuk, lalai atau menghadapi tekanan kerja.
Kalau dilihat perjalanan Bas Delima dari Melaka ke Kuala Lumpur mungkin hanya mengambil masa beberapa jam je kot. Tetapi kenapa pemandu bas harus berkejaran? Jawapan ada kat atas tu..! Aku nak bagi contoh kat Sarawak, walaupun tak punya Lebuh Raya sehebat di semenanjung, tapi pemandu2 bas memandu dengan begitu berhemah. Aku sendiri pernah melalui pengalaman menaiki bas ekspress dari Miri-Kuching dan Kuching-Miri yang memakan masa 14jam. Pemandu bas 2 orang. Sepanjang perjalanan juga, sebanyak lebih kurang 5 kali berhenti rehat dan menurunkan/mengambil penumpang. Setahu aku juga, bas2 ekspress di Sarawak telah dihadkan kelajuan sehingga 90km/j je.. Dulu, pernah juga Bas Biaramas mengalami kemalangan yang teruk sekitar tahun 90-an kalau tak silap dan mengakibatkan ramai kehilangan nyawa. Dan bermula dari situlah pengawalan ketat ke atas setiap perjalanan bas2 ekspress di Sarawak.
Penggunaan tali keledar pada bas juga perlu ye..
Ini salah satu bas ekspress di Sarawak, yang sering aku naik dari Miri-Bintulu..
Tempoh masa perjalanan adalah 4 jam dengan kelajuan kira-kira 70-90km/j je..
Kalau tak silap ni bas MTC..
5 comments:
ayah sy tak pernah benarkan saya naik bas dekat smnjung - kalau bas tu ambil perjalanan yg berjam-jam lamanya. or else, he'll worry so much. tp kdg2 terpaksa juga langgar larangan ayah sbb if ada program kan gerak sama2 dgn kwn2 naik bas. bas uni selamat sikit, anyway :P
sbh n sarawak xda lebuhraya, thats the difference. drive dekat lebuhraya memanglah best, nak laju pun best.. tapi........
dulo tyme stdy lau nak balik umh dr kedah - jb memang rasa aku leh hidup ker? boleh ker? lajunye masyaAllah. rasa baru tutup mata then bukak mata dah sampai.
pemandu bas nie patut igt bukan nyawa dia jer yg dia bwk. tp berpuluh yg lain
takziah kepada keluarga mangsa nahas 10102010
dorang kata akibat kecuaian manusia kan kes tu. wallahuwa'lam. tu ada cadangan baru untuk insuranskan semua penumpang bas tiap kali naik bas ekspress.
sudah terhantuk baru terngadah.
sedikit fobia dah skang kalau kena jugak naik bas jauh2. walopun haku seronok mengenang cerita naik bas dolu2
Aku banyak kali dah naik bas ekspress..sebab studu kat perlis..rumah lak kat slgr..amik masa 7/8 jam utk sampai.alhamdulilah takde eksiden..paling teruk pun bas rosak
uish, dulu masa sekolah dekat kedah, tawakal jek bila naik bas. and yup betul diorang digaji dgn jumlah perjalanan, sebab pernah sembang dgn brother pemandu tue.
kalau di mesir ni, lagiiiiii lah. =D
Post a Comment