Sunday, October 31

Anda Sihat? Ada Masa Tak?

Dengan penuh sopan santun saya menjemput anda berkunjung ke blog ASaDa RyutaRo
Assalamualaikum dan salam mesra kepada semua. semoga sentiasa dalam keadaan yang sihat dan bahagia bersama insan tersayang. kepada yang berada di dalam kesedihan atau musibah, semoga terus tabah menghadapi segala dugaan. hadapi dengan senyuman. semoga dengan ketabahan itu, kita dihadiahkan dengan kebahagiaan.

Peluang dan ruang kali ini, ingin saya berkongsi dengan para pembaca tentang satu hadith yang sangat pendek, akan tetapi memberi makna yang besar di mana hadith ini membawa kita untuk bermuhasabah diri dan mengingatkan kita supaya tidak mempersiakan segala nikmat yang telah dianugerah Allah SWT.

Hadith dipetik dari buku Empat Puluh Hadith Penawar Hati.

Saturday, October 30

Ibu, dengar tak??


 

Ada satu rumah. Ibu kata besar.
Boleh kata macam-macam ada sana.
Sungguh, adik tak tipu.
Ibu kata, makan minum semua elok.
Siap ada pembantu rumah lagi.
Semua pembantu baik-baik belaka. 
Cantik segak segala.
Memang bagus betullah. 

Ibu cakap lagi, dalam rumah tu ada taman.
Cantik! Boleh hirup udara nyaman.
Siap bangku sekali.
Boleh duduk-duduk.
Boleh siar-siar.
Nak buat apa pun orang tak kisah.
Tak ada yang marah.

 Tapi, ibu ada cakap,
Ibu tak mahu ada rumah macam tu.
Besar sangat! Ibu kata.
Adik tak faham, kenapa ibu tak suka.
Nanti bila adik dah besar,
ibu ada orang teman bila adik sibuk kerja.
Padahal ibu cakap tadi, macam suka tinggal sana.
Adik tak puas hati, adik tanya lagi.
Ibu, kenapa ibu tak nak ada rumah macam tu?
Ibu senyum je. Ibu cuma pesan, 
Adik mesti jadi anak yang baik pada ibu, ya.
Sungguh!! adik tak faham.
 
23 tahun berlalu. Baru adik faham. Tiada tempat paling bahagia di muka bumi ini selain hati dan kasih sayang anak-anak ibu. Ibu, adik mengerti. Adik sayang ibu! Ibu dengar tak?


Sedikit untuk pengetahuan kamu anak:


Sehingga 2009, seramai 1,947 penghuni di  RUMAH SRI KENANGAN (Rumah orang tua-tua). Sebanyak  59% adalah penghuni berbangsa Melayu! Manakala 19% Cina dan 16% India. Ketahuilah kau anak muda. Ketahuilah isi hati ibumu.   

Statistik Penghuni Rumah Sri Kenangan (Rumah orang-orang tua) mengikut tahun:

2006 - 1,953
2007 - 2,040
2008 -1,855
2009 - 1,947 
Sumber: http://www.jkm.gov.my
 

Tanda-tanda Lalu Lintas CINTA

Berkenaan dengan tajuk di atas, jangan ingat kat jalan raya je ada isyarat lalu lintas dan peraturan jalan raya. Tapi dalam bercinta juga ada juga lalu lintas dan peraturannya. Nak ikut atau tak terpulang pada diri masing-masing. Tepuk dada dan tanya diri masing-masing. Tapi kalau ikutkan korang kena ikut, itu kalau korang nak merasa sampai ke jinjang pelamin. Lepas tu bahagia buat selama-lamanya. Jeng..jeng..jeng...


Friday, October 29

Simpton-simpton Bila Nak Final Exam

1. Membaca tanpa menghiraukan sekeliling. Yang kepoh jadi pendiam. (ye lah. saya jadi pendiam agak2 3 jam nak masuk dewan. time ni lah nak hafal main point. supaya senang nak goreng)


2. Membaca dengan kadar yang cepat. (tak perlu faham, yang penting ingat. at least kalau takleh jawab, sekurang2nya hati kata..erk, cam pernah tgk je word ni)


3. Nak turun café tu fikir 2,3 kali. Tak pun sekali sehari je. Tu pun bungkus.cepat. jimat masa makan kat bilik. Sambil makan boleh membaca apa yg patut. (selalu memang saya makan kat bilik)


Lagu Saduran dalam Industri Hiburan

Dah banyak entri saya sebelum ini terlihat berat, ilmiah dan terlalu memaksa anda untuk serius. Jadinya, kali ini entri saya sangat santai. Memberi peluang kepada anda berhibur sambil berfikir dan menilai.

Sangat sering kita temukan hasil seni yang seakan-akan sama, terutama dalam penulisan kreatif. Paling mudah dikesan adalah dalam bentuk lagu dan musik. Sejak era 70-an lagi, Syarifah Aini pernah dendangkan lagu yang alunan muziknya sama seperti lagu 'Seasons In The Sun'. Lagu yang berjudul Cahaya Keinsafan merupakan lagu saduran dengan seni kata ditulis Ismail Haron. Jadi, apa kata kalau kita nikmati lagu-lagu ini dalam versi yang berbeza;

The Beach Boys- Seasons in the Sun





Lauk Cinta Kita


Aku tengah baca nota Organologam.
Tiba-tiba telefon genggam aku berbunyi.

"Zara, apa khabar kau sayang?"

Kawan lama aku di matrikulasi.
Selalu habiskan masa bersama - sama.
Dia tanya aku dah makan tengah hari ke belum.
Soalan popular dia terhadap aku.

"Tak, malas aku nak makan. Aku makan biskut aprikot je. Aku tak jumpa lauk cinta pun.",
aku balas SMS dia.
Laju.

"Benci la aku. Kau ingat lagi ya?...", dia balas dengan nada merajuk.

"Mesti la aku ingat. Aku mesti ingat sampai mati."

Selepas itu, perbualan kami berlanjutan disebabkan dia membuat panggilan istimewa
buat aku. Dia panggil istimewa, jadi aku cuma gunakan istilah itu semula.

Takkan la aku lupa kawan aku yang seorang ni.

Pernah korang dengar lauk cinta?

Masa kitorang di matrikulasi, ada satu hari tu, kitorang pergi cafe bersama-sama.
Macam biasa, ambil lauk, ambil nasi, pergi bayar.
Sampai di kaunter, aku bayar untuk makanan aku.
Dia punya belum siap lagi.
Lama benar belek lauk-lauk.

"Pakcik, lauk cinta ni takde masak lain ke? Asyik goreng je."

Aku toleh belakang.
Eh, budak Aii yang cakap dengan pakcik cafe.

Pakcik cafe : Lauk cinta? Lauk apa pula?
Aii : Lauk ni pakcik.
Aku : Lauk apa kau kata Aii?
Pakcik cafe : Ni hati ayam la dik.
Aii : Saya panggil cinta. Hati kan ada kaitan dengan cinta.
Aku : Jangan la panggil camtu kat sini.
Pakcik cafe : (gelak gila) Nanti esok pakcik masak lauk cinta kamu ni pedas ya dik?
Lauk kahwin ada ke?
Aii : (malu)

18 Awesome Tools untuk Check Kelajuan dan Prestasi Website dan Blog!


DSC01385

Korang punya blog laju tak dia punye loading page? Haa...kalau slow, jangan buat tak tau je. Kenapa? Sebab Google sangat2 ambik berat pasal kelajuan loading page website kita untuk letak dalam ranking. Walaupun kadang2 kelajuan page untuk load ni takde la penting sangat, tapi bagi webmaster atau mereka yang pro dalam blogging, benda2 gini sangat penting. Kenapa? Haaa...lagi sekali kenapa. Sebab ada visitor blog kita ni yang rush dan dorang kompem takde mase nak tunggu blog yang fail untuk load.

Bahasa mudahnya, kalau blog kita slow, kita berisiko untuk kehilangan visitor. Kesannya, traffic blog kita pun kurang jugak. Maka, sangat pentinglah untuk kita mengetahui kelajuan dan prestasi blog kita sebelum kita buat improvement. Haha…hebat tak ayat aku tulis ni? Hahaha..

Ok jom kita review the tools.

Sumpahan Bidan Rudaini

Rumah tangga Bomoh Zaquan dan Bidan Rudaini sering bergolak tidak kira siang atau malam. Pertengkaran mereka sering berkisarkan Ilmu perbomohan,Ilmu hitam dan perkara-perkara yang berkaitan. Pertengkaran mereka sering mengganggu kejiranan. Namun tiada seorang pun jiran mereka berani menegur dan pertengkaran tersebut dibiarkan sahaja hingga reda sendirinya.


Pada suatu pagi Ahad, kira-kira pukul 3 pagi mereka menonton perlawanan bolasepak La Liga Antara Real Madrid dan Barcelona. Bomoh Zaquan merupakan peminat Tegar Barcelona dan Bidan Rudaini pula penyokong setia Real Madrid


Kenapa Aku Nak Sangat Jadi Batman...

Aku ingat nak jadi Batmanlah. Bukan pasal aku suka pakai baju ketat-ketat pastu berlagak macam kelawar tengah-tengah pagi buta. Tak. Tak sanggup aku untuk menggadai nyawa aku tak tentu pasal. Bruce Wayne takde anak bini. Aku ada.

Jadi, apasal pulak aku nak jadi Batman? Meh aku ceritakan satu situasi yang mungkin pernah di alami oleh kita semua...

Bila Chenta Terputus Di Tengah Jalan

.salam.

Putus chenta. Bukan pilihan alasan untuk bunoh diri.
Atau mungkin gantung diri.
Putus chenta tidak perlu terlalu serius untuk menghukum diri.
Ingat. Diri tidak perlu dihukum kerana permainan jiwa!

Banyak cara yang boleh dilakukan untuk menghadapi tragedi putus chenta dengan senyuman.
Ya! Dengan senyuman.
Kenapa? Tak percaya?




Pak Mat Tempe vs Keluarga 69

Assalamualaikum..sihat?
Apa first impression korang bila baca tajuk entry kat atas??
Pak Mat Tempe dan Keluarga 69..ala..cerita P.Ramlee tu..scene pekak..


Ini videonya..
Pak Mat Tempe..


Thursday, October 28

Bila Saya Bosan, Saya Akan Jadi Kanak2

Assalamualaikum semua..


Cantik tak picture kat atas ni? Haha inilah kreativiti yang lahir hasil dari kebosanan yang melampau di minggu terakhir kelas sebelum exam. Di IPG ni, memang takde istilah 'study week'. So, boring tak boring, kena datang la jugak. Sebiji macam sekolah..

Mana saya?

Ok. Saya bagi clue. Kartun yang ada love2 tu animasi saya la tu. Nakal tau budak2 ni. Diorang kata sebab saya dalam mood 'nak kawen', so tu kira special edition untuk saya la.

See? Rumusan awal saya, bosan itu penting untuk menjana kekreatifan yang lebih baik.

Cuba tengok yang ni pula.. lebih kreatif sekreatif kanak2 ribena! Tekan read more~



Tahu Salah Tapi Kenapa Buat?


Cara Ini Mungkin Berkesan Hapuskan Seks Bebas

Salam muhibbah semua pengunjung blog 100penulis tak kira silent reader atau ke tak, entri kali ini amat 'ngeri' bagi korang untuk melihatnya. Tapi aku telah cover mata dia,takut korang rasa lain macam pulak bila melihatnya..Peristiwa ini dirakam di negara Nigeria di mana seorang lelaki yang sudah berkahwin telah 'kantoi' ditangkap semasa ber'ehem-ehem' dengan perempuan bukan muhrim. Apa hukumannya? penjara? denda? tidak...semestinya tidak.....!!! jom lihat gambar-gambar di bawah ini...



Negara paling makmur Malaysia no 43


Malaysia kini berada dalam kedudukan 43 dalam rangking negara palaing makmur didunia.Maklumat ini diambil berdasarkan sumber dari Legatum Institute.Legatum Prosperity Index menjalankan kajian terhadap 110 negara di seluruh dunia.

The Prosperity Index atau indeks kemakmuran memberikan penekanan kepada bagaimana asas ekonomi, kesihatan, kebebasan, sistem pentadbiran, keselamatan, pendidikan, peluang perniagaan dan modal sosial boleh mempengaruhi pertumbuhan ekonomi sesebuah negara dan tahap kebahagiaan rakyatnya.

Punca dan cara atasi stress




Stress atau dalam erti kata lain merupakan tekanan seringkali dihadapi oleh individu yang sentiasa dalam keadaan yang tidak terkawal. Hans Seyle (1936) mendefinasikan stress sebagai satu tindak balas terhadap sesuatu perkara yang membawa perubahan kepada perlakuan seseorang individu, keadaan fizikalnya serta fungsi pemikirannya. Kita sebenarnya tidak dapat lari mahupun bersembunyi daripada masalah. tidak kiralah sama ada masalah di rumah mahupun di tempat kerja. Individu yang mengalami stress sebenarnya sentiasa bersikap agresif, murung, keliru, dan ada juga yang lebih bersikap menyendiri. Perubahan sikap individu yang stress kerap kali dikaitkan dengan punca stress mereka. Jadi tak salah kalau kita sama-sama meninjau antara punca yang menyebabkan seseorang individu tersebut stress. 


Singgah di Pulau Pinang Sat!

Sebahagian besar perjalanan dan pengalaman saya ke beberapa tempat sebab kerja. Sambil kerja, sambil melancong dan makan angin, kecuali ke Semporna. Masa pergi Semporna tempoh hari, saya memang bercuti. Kononnya hadiahkan sesuatu untuk diri setelah penat kejar dunia.

Kali ni tengok gambar-gambar dan pengalaman saya di Pulau Pinang pula ya. Saya pergi ke sana selama 4 hari. Dua hari untuk kerja, manakala dua hari lagi saya gunakan untuk berjalan dan kenali Pulau Mutiara itu. Namun, masa dua hari memang sangat tidak cukup sekiranya tiada pengangkutan sendiri.


iDea

idea. Idea. Idea. Idea. Idea. Idea. Idea. Idea. Idea. Idea. Idea. Idea.










Apa itu idea? Kalau ikutkan, idea itu adalah sesuatu yang datang hasil
daripada pemikiran seseorang atas sesuatu perkara. (Pemahaman
berdasarkan ilham sendiri... Ada bantahan?)
Tengah mencari idea dan ilham untuk di postkan sebagai next entry
tiba2 pulak bleh teringat dengan perkataan KBKK.
Ingat tak KBKK? Sekarang kat sekolah masih ke guna word KBKK ek?


[Opt 4] 'Goodbye, sadness…'

Continuation from opt 1, opt 2 and opt 3.

Hi all. How are you? This is the final episode of Hana. Phew~ I hope you all will enjoy this last part and as usual, do drop some sweets and chocolates in the comment box! Zillion thanks to readers that follows this story. I don’t know if this will be the last story I wrote but, don’t miss out my next entries ya? (^____^)

‘Let the rain falls, and drenched on my pain…’

Wednesday, October 27

jom tweet tweet!

Ramai yang ada akaun Twitter tapi tak berapa mahir nak gunakannya..betul tak? termasuklah mira..entah apa-apa je..orang ada twitter .. dia pun nak juga.. hehe
ok..mira dah godek-godek sikit macam mana nak guna secara optimum social networking ni sebab twitter lebih efektif untuk berkongsi apa yang berlaku dengan lebih cepat berbanding facebook.. sesuai sangat la kan untuk annonce entry baru.tapi, takde blog pon boleh je pakai.. takde plak prasyaratnya kena ada blog.. ye dak? huhu

so.......Here are some features on Twitter that you should know.Let's check these out.

1) Follow
Follow bermaksud anda akan menerima tweet dari orang yang anda follow. Tweet dari orang tersebut akan muncul di timeline/home atau application yang anda guna seperti Tweetie atau TweetDeck.
Orang tersebut juga akan diberi permission untuk menghantar direct message/ private message kepada anda.
Nak follow? just pergi kat profile orang tu dan tekat follow, nak block user pon boleh.. block kalau tak maw dia dapat mesej baru. Unfollow kalau tak mahu terima mesej orang tersebut. 
Kalau follower pulak adalah orang-orang yang terima mesej setiap kali kita tweet!

Kuatkan Daya Ingatan anda

Gara gara lemah ingatan juga lah membawa padah. Hehehe pasalnya terlupa nak buat asignment 3 yang dah lama diberi. Tapi tulah macam mak marah anak jugak selagi tak kena denda mesti lupa and tak buat sampai bila2.




Anyway, entry yg dulu akak telah janji nak kongsi tips supaya nak kuatkan daya ingatan. Hah, memang banyak rupanya. Selain dari apa yang akak tahu sendiri atas nasihat mak ayah, cikgu cikgu  dan orang orang sekeliling, banyak jugak kita boleh cari sendiri dan baca terutama sekali di internet nie. Jom.


lagu dulu dan lagu sekarang

salam readers:

aku duduk2 sambil online sambil2 dengar radio via handphone. nak harap dengar radio online??
heh! jangan harap! tersengguk-sengguk lagu tu berjalan karang. connection broadband, macam tu lah gayanya, harap sedia maklumlah.

sedang aku dengar lagu2 yang dimainkan kat hotfm tu, tiba2 dj kata "dengarkan lagu Alamak yang dinyanyikan oleh Salam dan Altimet" lebih kurang macam tu lah gayanya dj tu celoteh. (tapi aku rasa macam skema je ayat dj tu kan??hehe)

masa tu aku dah rasa macam, "hah?! Alamak?! oh, ok.."
oh, paham tak apa maksud yang aku rasa tu? maksudnya, aku macam konfius sikit, sikit je ah. sebab tajuk lagu adalah ALAMAK! macam ada yang tak kena pada tajuk lagu tu. ah! relek dulu.. layan lagu tu dulu.. mana tahu best kan?

5 'Cacat' Lelaki Yang Membuatkan Perempuan Tergoda

Perempuan tergoda dengan 'kecacatan' yang ada pada seorang lelaki?? Mungkin ada benarnya... Macam mana tu??? Sila lihat point-point di bawah:




25 Things :)


25 things you must know about Sumandak Kinabalu...hahahaha
Entry ini telah di ubah suai :)


Fakta @ Auta: Kawasan Berhantu


Minggu lepas aku sudah memberikan sedikit pandangan berkenaan kemalangan ngeri yang membabitkan Bas Delima pada 10.10.10. Tragedi Oktober itu berlaku di KM223 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat. Banyak juga pihak yang memberikan respon masing-masing dan tak kurang juga mengatakan bahawa kawasan tersebut keras berhantu. Sejauh mana kebenaran kata-kata mereka? Jadi, aku pun mencari jawapan di forum carigold. Inilah sebahagian cerita mereka yang pernah melalui lebuh raya tersebut.


The Rebound : Kisah Cinta Asada??

Menjemput anda dengan penuh sopan santun ke blog ASaDa RyutaRo (^^,)Entry terhangat sekarang : Jejaka Hebat Vs Awek Dentist

Assalamualaikum dan salam mesra kepada semua.. semoga gembira dan ceria sentiasa. yeah!

Kali ni nak kongsi movie yang pernah aku tengok tahun ni. kira review movie feberet aku la. hehe.. mungkin ada yang tak tengok atau belum tengok lagi movie best ni kot.

Movie ni keluar 2009.. tapi aku baru je tengok march 2010. sungguh best! bukan sekadar komedi love movie biasa. ini kisah kekeluargaan. kisah cinta jejaka yang sangat muda terhadap janda berusia 40 tahun dengan 2 orang anak.

Suami Sandy telah berlaku curang. kecewa dengan suaminya, Sandy nekad bawak 2 orang anaknya terus berpindah ke bandar. tak nak ada apa-apa kaitan dah dengan ex-suami dia tu.. nak lari jauh-jauh. lalu bermulalah perjalanan movie ini..

PJJ

hidup zaman sekarang, tak sama dengan dahulu. kalau dulu, wanita, iaitu emak-emak kita kebanyakannya suri rumah tangga. dan kalau ada yang bekerja pun, tidaklah ramai seperti hari ni. hari ni kalau boleh saya katakan, hampir kebanyakan wanita bekerjaya. setuju? tak kisah lah pekerjaan apa pun, tauke butik, guru, pensyarah, eksekutif syarikat, penjual insuran dan banyak lagi seperti anda sedia maklum. untuk yang lagi hebat, ada yang bekerja sebagai jurutera, ceo, pengurus besar dan lain-lainlah. bila saya sebut kebanyakan tu maksudnya tidak semua wanita lah, ok? *senyum*
itu baru disebut wanita bekerjaya. mari kita sentuh sikit yang lebih mendalam isunya. lokasi pekerjaan dan sebuah perkahwinan. disebabkan wanita sekarang bekerjaya, maka apabila sesebuah perkahwinan berlangsung, ada antara mereka yang terpaksa berpisah jauh gara-gara lokasi wanita tersebut bekerja tidak sama lokasinya dengan tempat pasangannya mencari rezeki. maksud saya kat sini, mungkin negeri atau daerah berbeza. dan akibatnya terjadilah PJJ, perkahwinan jarak jauh. siapa yang mahu berkahwin dan berjauhan pula dengan pasangan,kan? tentang ini, saya rasa semua akan jawab tidak rela berpisah, betul? tapi, demi tanggungjawab, semua tu diredah. kalau dibuat kajian. saya rasa ramai yang melalui fasa PJJ ni.



The Awesomeness of Seratus

Salam. Gua rasa semua orang tahu hari ni hari Rabu. KeCiK is bek mengembek macam biasa, using his favourite adjective 'awesome' in most of his entries. Hari ni gua nak kongsi betapa awesome-nya nombor seratus ni terhadap gua.


Tuesday, October 26

KASIH SEORANG AYAH



Hello All.....hai

Malam ini...saya nak ajak pembaca semua meluangkan sedikit masa untuk baca coretan tentang Kasih Seorang Ayah..

Saya faham....tak ramai yang suka baca enrty yang panjang...betul...? tapi kali ini...ambil la sedikit masa untuk membacanya....

Kasih Seorang Ayah....




rumah hantuuuuuuuuuu

Assalamualaikum & Salam 100penulis.

bersiaran dari New Zealand, yang mana waktunya 5 jam lebih cepat daripada Msia dan 11 jam lebih cepat daripada Egypt[ yang ni je tahu, negara lain belum habis study.kehkeh.]dalam kata lain, I am from the other side of the world.ecewahhh.haha.dibawakan kepada anda oleh sizuka-world-of-life.
habis segmen ayat skema.mari ke segmen bersantai-santai, bergelak ketawa sambil makan biskut ping pong cicah teh o.perut kenyang, hati senang.tapi hari ni bukan nak cerita pasal perut.apatah lagi biskut.
isi paling penting: dah habis semester.selamat tinggal tahun dua, hai hai tahun tiga.jadi, harus mula buat list how should I spend my summer holiday kerana tidak pulang ke Msia seperti Zack.

one possible destination,

what is this?looks scary though.YES it's scary bebeh.super-scary it is.


Tips-tips kurangkan merokok!

Ini adalah stailo seorang perokok. Aku TakNak letak gambar anti-rokok! hihi

Ini tips untuk perokok tegar. Perokok tegar adalah seorang perokok yang mampu menghabiskan 1 atau lebih kotak rokok dalam sehari termasuk di"pow" kawan-kawan perokok.

Itu definasi aku untuk "perokok tegar" dan aku sendiri termasuk dalam kategori ini.

Kenapa aku kata kurangkan? 
Apasal tak berhenti terus?
Sebab aku memahami. Bagi seorang perokok tegar amat susah untuk berhenti merokok. Macam-macam dugaan dan kesakitan perlu dihadapi. Ini serius. Bukan main-main.

ok2. Berbalik kepada topik.

TIP KURANGKAN MEROKOK BAGI PEROKOK TEGAR!


Tak boleh tunjuk pelangi??

Salam semua. Bersama chenta untuk entry ini. Entry asal adalah di SINI.

Suatu hari tu..Masa nak pergi kerja..I drive, housemate duk sebelah..

Housemate : Eh, ada pelangi la..

I : Mane? Tak nampak pun..

Housemate : Tu la. tuuu..

I : Mana? Ish, tak nampak pun.. (Biasala. Bila tengah drive, bukan boleh tengok sekeliling sangat kan. Bahaya!)

Housemate : Tu la.. (Sambil memuncungkan mulut).. Tu hah..kat sebelah kiri..

I : Oooo..kat situ..

Meh sambung lagi dialog...



Sanggup ke?


Kekadang rasa macam tak percaya diri bakal jadi cikgu.Apatah lagi cikgu BI. Banyak tanggungjawab yang harus dipikul.Tambah pula zaman dah makin maju.Budak pun dah makin pandai.Silap haribulan budak yang mengajar cikgu. At this point, ilmu masih tak cukup untuk didik anak kecil.Banyak benda lagi kena explore.Masih banyak lagi ruang yang perlu diperbaiki.Rasa nervous bila fikir tak sampai 3 tahun dari sekarang, aku bakal mengajar.Bakal ada stok pen merah yang banyak untuk mark kertas student.Bakal sarungkan baju kurung dan sepatu tinggi setiap hari.Bakal dengar budak greet 'Morning teacher', bakal ada name tag sendiri! Wooh.How time flies.

Kenangan ketika melakukan Rancangan Orientasi Sekolah (ROS) di SK Convent Father Barre, Sungai Petani (2009).

Terasa macam nak cabar diri sendiri untuk mengajar kawasan pedalaman.Kutip pengalaman sementara diri masih lagi solo.Tapi, persoalannya, mampu ke? Sanggup ke nak redah hutan belukar dan sungai setiap hari untuk sampai ke kelas? Sanggup ke nak korbankan masa dan tenaga? Sanggup ke nak berpeluh ketiak sampai ke petang?

Err.Sanggup kot.Bukan selalu.Pengalaman berharga tu.

bila masanya sudah tiba

Assalamualaikum kepada semua kawan-kawan. Saat-saat ni, pasti ramai yang kekeringan idea untuk post entry. Samalah keadaannya dengan aku. Setiap malam, sebelum mata lena, dalam kepala ni macam-macam yang berlegar. Salah satunya, nak post entry per yang berkualiti kat blog 100penulis. Selalu berdoa semoga entry yang di'post' boleh beri kesan positif kepada semua blogger. Moga-moga hendaknya.

Hari nie aku nak kongsi cerita. Cerita biasa je. Mungkin makna dia yang luar biasa. Terpulang pada masing-masing punya pendapat dan pandangan. Kitakan berbeza. Semua orang rasa benda ni. Kecualilah kalau tak

sekadar renungan

tak perlu ditanya dari mana aku dapat. tak perlu ditanya siapa empunya badan yang menulis. aku hanya mahu berkongsi.

******************************************
pagi tadi, after subuh aku tak boleh lelapkan mata
tetiba terfikir
kalau aku mati pasni, atau mungkin esok
aku akan masuk syurga ke?

dah banyak info
sudah terang lagi bersuluh
tanda-tanda kiamat sudah semakin hampir
bila dengar, baca dan lihat
buat aku gerun
tapi aku dah siapkan perisai ke untuk menghadapinya?

sentiasa fikir untuk  berubah
tapi belum habis satu hari
aku kembali kepada diri aku yang macam tak pernah belajar agama

entah pukul berapa aku terlelap
kebasahan air mata

bangun pagi tercungap-cungap
sebab mimpi kena kejar ngan buaya
hampir-hampir aku ditelannya
kalau aku mati tadi neraka mana tempat aku?
****************************************** 

p/s : semoga kita tidak selalu alpa

Kenapa couple boleh jadi super annoying.

                                
[Video untuk feel yang lebih ummphh!]

By the time aku tengah tulis entri ni,sesungguhnya first paper final exam aku adalah
dalam masa kurang dari 2 hari lagi.
And yes, first paper kali ni is the killer subject punya.terbaek!
Study week dah seminggu,satu haram jadah apa pun tak boleh nak lekat dalam kepala bhai~
 Baru sekarang aku sedar betapa sesetengah mahkluk yang ber-couple ni
tersangatlah menyusah hidup aku kadang-kadang.

Tak,aku bukan anti couple ke apa,
bukan dah pathetic ke apa sebab dah lama single,
tapi meh nak tolong highlight apa yang korang tak patut buat
even dah in love tahap gaban sekalipun.


Sudah tercemar?

Salam seisi alam yang membaca :D

Oleh kerana sibuk beberapa minggu, hampir saya terlupa nak buat entri. Jadi, sambil-sambil saya buat thesis saya ni, saya nak kongsi tentang apa yang saya kaji.

Tajuk thesis saya ni sebenarnya berkaitan dengan 'Seawater Desalination' atau dalam bahasa melayu nya desalinasi air laut yang bermaksud, proses penyulingan air laut kepada air bersih iaitu yang dapat digunakan oleh manusia terutamanya untuk kegunaan seharian termasuk sebagai minuman atau pembersihan diri.


Monday, October 25

; lagu dan music

assalamualaikum readers.

saya bukan pencinta lagu.
saya bukan pencinta music.
saya bukan peminat lagu.
saya bukan peminat music.
dan saya bukan penyanyi! ahahha..

Yes...tolak ansur kan budaya bagus!

Hidup dengan ramai masyarakat jelata perlu ada satu sifat. Ini kau kena ingat sampai bila-bila. Sifat sabar. Betul, bukan hanya perlu sabar degan makwe yang memang jenis kurang sabar dari segala segi, tapi bila menapak dekat atas bumi pun kena tahu sifat sabar dengan jiran-jiran keliling.

Tapi sebelum sifat sabar disemai, perlu ada sifat satu lagi. Yang ini kau wajib ingat. Sifat toleransi. Satu malaysia....kejap, tak perlu pergi jauh, mungkin boleh aku cakap untuk dapatkan satu keluarga yang ngam, kau perlu ada toleransi. Jadinya, aku ada jumpa beberapa sifat yang boleh apply toleransi.

Bakal Rumah Aku

Bukan pa. Teringin nak jadi pereka pelan rumah tapi malangnya pengajian takat SPM saja. Jangan kata umah, jamban kecik dinding zink lubang pun aku tak layak design.

Tapi takpalah. Teringin punya pasal nak tengok rupa rumah idaman aku so bermulalah episod memindahkan lukisan pelan dari buku tulih huduh aku ke pc. Pelan asasnya camni ar :


Hahah agak 'kotak' kan bentuk pelan aku. Tak kreatif sangat ar nak bubuh segala macam angle2 menarik. Rupa 3Dnya camni :


Goncangan Hati?


Drama Akasia "Chinta" mempunyai tarikan tersendiri bagi saya mengikuti setiap episodnya.Sanggup pula saya berkejar setiap petang dan  tidak mahu ketinggalan. Bukanlah kerana saya peminat Fasha Sandha, cuma saya tertanya-tanya apakah mesej yang ingin disampaikan melalui cerita ini.Minggu pertama, kebanyakan watak-watak-watak mati ketika cerita ini baharu sahaja bermula.

Tag Nama Juga Ada Fungsi Dalam Keharmonian Sejagat



Bayangkan satu perkara:

Anda ke 7E.
Anda ambil air kotak untuk diminum.
Anda ke kaunter, letak dan keluarkan dompet.
Cashier tembak air kotak tu guna scanner dia,
dan harga terkeluar.
Anda hulur duit, dia hulur baki.
Anda kata, "Terima Kasih.."
Anda ambil air, anda tebuk, anda minum.
Tamat.

Itu berlaku kepada ramai pelanggan 7E.
Tapi cuba buat begini pula.

Anda ke 7E.
Anda ambil air kotak untuk diminum.
Anda ke kaunter, letak dan keluarkan dompet.
Cashier tembak air kotak tu guna scanner dia,
dan harga terkeluar.
Anda hulur duit, dia hulur baki.
Anda kata "Terima Kasih, Cik Misnah!"
(nama dia merujuk kepada tag nama yang dia pakai.)
Anda ambil air, anda tebuk, anda minum.
Tamat.

Nampak bezanya?
Tapi apa kesannya?


Dajal itu kacak (Part 2)



Burung tukang masih berbunyi di kala dinihari itu. Bun dan Ijat pastinya sudah dibuai mimpi bila gua sudah dengar denguran serta bunyi asahan gigi. Pasti roh mereka sudah keluar bersuka ria di Amsterdam. Sedang gua masih terkebil-kebil memikirkan tajuk yang dibualkan awal malam tadi. 

*      *      *

"Agak-agak macam mana cara dajal pancing orang join dia?", gua tiba-tiba bertanya kepada Bun yang sedang menyalakan api rokok.

"Ntah la ek, mungkin dia berdakwah ke camne la kot", Bun cuba memberi jawapan, tapi nyata beliau kurang yakin dengan jawapannya.

Ijat pula sedang menghadap komputer riba tanpa ada berbuat apa. Nampak kosong pandangannya.

"Aku rasa dia pancing guna makanan la", gua cuba memberi idea.

Bun mengerutkan dahi, sementara Ijat juga mengalihkan pandangannya kepada gua. Tanda kurang mengerti terhadap maksud pandangan gua.

"Macam ni..", gua mulakan penerangan persis Don Vito Corleone. Dengan suara yang perlahan tetapi masih boleh didengari dalam jarak dekat.

"Aku rasa waktu dajal menjajah bumi adalah waktu manusia berpuasa", gua terangkan pendek dalam satu ayat.

Muka masing-masing masih berkerut.


Angin Kata...

Kata pujangga, jika mahu lihat tamadun bangsa, lihatlah binaan mereka. Tentang bunyian yang mengisi vakum deria. Semalam dan hari itu, yang dulu dulu tentang udara yang sifar dan kari yang berbau... Lupakan saja.. kenapa mesti berkokok bila siang dah dilewati... kenapa nak menjerit kalau suara tak cukup tinggi...kenapa mesti marah bila yang lain berjaya merubah.. tepuk hati tanya diri sendiri... selamat berjaya buat sahabat.


Kongsi Knowledge - banners

kusut, G4, author blog kusut-blogs. lain2 info pasal kusut bleh cari kat blog tu ye



almost semua blog ade header banner btul tak? and aku rase ramai la yg rasa 'kalau boleh aku nak design banner sendiri' tapi kurang reti. even kalau dah buat pun end product dia kurang cun pulak

okeh, harini aku decide utk buat satu guideline utk buat banner yg proper la. guideline je bukan step-by-step tutorial utk guna certain program ye. yg tu aku sediakan link ke tutorial yg OK kat bawah.

jom mula


Ta'aruf : Penulis Sebagai Wartawan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,

ALHAMDULILLAH, ini adalah entri pertama saya di dalam blog 100penulis. Entri ta'aruf (berkenal-kenalan).

Kali ini saya ingin berkongsi (ringkas sahaja) tentang diri seorang penulis yang boleh digelar sebagai seorang 'wartawan'. Wartawan apa? Bergantung kepada apa yang ditulisnya. Sumber yang sahih (tepat) atau sebaliknya.



Untuk lebih jelas lagi, mari kita lihat sebentar laporan Sang Hud-Hud kepada editornya, Sulaiman. "I have grasped (the knowledge of a thing) which you have not grasped and i have come to you from Saba' with true NEWS (an-Naml : 22).

Jika seekor burung boleh amanah dalam apa yang disampaikan , bagaimana pula dengan kita, semulia-mulia mahkluk ciptaan Allah S.WT? Tepuk dada, bertanyalah kepada diri sekuat mana keimanan kepada 'Editor' Agung kita semua.

Realitinya, di tahap mana kualiti sumber penulisan kita sekarang? Masing-masing ada jawapannya.

Wallahu'alam.

Minivan Ninja Turtle ditemui!


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Korang suka tonton cerita kartun tak?
bagaimana korang suka tengok cerita kartun 
macam tu jugalah Britney Schney, 23 tahun
yang telah mengubah van mini keluarganya
kepada sebuah mini van yang stylo..

Tag Daripada Kak Lyndawawa

Salam...

Apa khabar sahabat-sahabat...?
Semoga semuanya sihat-sihat sahaja...
Hehe...

Kali ni saya ditag oleh Kak Wawa...
Kakak yg comel..Hehe...
  Inilah Kak Comel tu... Hehe...

Kasyaf




Hari ini Kira nak cakap pasal Kasyaf.. Apa itu kasyaf??? Apasal plak tetiba tak ada angin rebut, Kira nak ckp psl benda ni..

Alkisahnya, baru-baru ni Kira baca enovel yang bertajuk Kasyaf.. Cerita dia memang best.. 

Tergerak di hati kenapa penulis dia meletakkan tajuk Kasyaf sebagai tajuk..

....Kasyaf...


Saturday, October 23

50 Bloggers Diperlukan!


Wah mencari lagi? Kali ini bukan tawaran untuk menjadi editors tetapi untuk memenuhi list blogwalking di 100penulis.com.

Kenapa ya, saya perlukan link anda?

Begini, katakanlah anda ada sedikit masa lapang untuk blogwalking, apa yang anda buat? Anda akan lawati berpuluh-puluh malah beratus blog untuk bertukar-tukar trafik.

Masalahnya berapa banyak link yang tidak aktif?

Sebab itulah saya mahukan link anda untuk memenuhi senarai blogroll di 100penulis.com. Bila links blog dimasukkan dalam blogroll maka lebih mudah untuk melihat update terkini (feeds) dari anda. Bukan saja anda akan terima kunjungan dari saya malah dari 80 orang editors lain di blog 100penulis.com ini. Untung kan? Belum campur dengan kunjungan dari pembaca blog ini lagi.

Memang terdapat ratusan hingga ribuan blog yang menarik tetapi saya hanya memerlukan 50 buah blog sahaja untuk senarai pertama. Anda mahu senaraikan blog anda di sini? Syaratnya, senang saja.

1) Pilih banner blog 100penulis.com untuk menyemak di sidebar blog anda. Dapatkan kod dari sini : http://www.100penulis.com/p/our-banners_22.html

2) Buat satu entri ringkas bertajuk "50 Bloggers Diperlukan" dan ceritakan kenapa anda mahu menyertai blogroll 100penulis.com. Jangan lupa selitkan link pengumuman ini juga : http://www.100penulis.com/2010/10/50-bloggers-diperlukan.html

3) Respons segera di bawah dengan format :

Banner yang anda pilih : 1/2/3/4
URL Entri anda :

Itu sahaja yang diperlukan. Peluang ini dibuka sehingga 20-Nov-2010 (Sabtu). Saya dan lineup 80 orang editor mengucapkan : "Cepat bertindak! Haippp!"

Pstt : kalau rajin follow sekali lah ye ;p

EDITED 24/10/2010 : Teruskan menghantar link anda, satu lagi list akan disediakan :)

Friday, October 22

Lelaki sentiasa disalahkan.wuwuwuwu



Betol kew ? kekeke
http://malas-terbang.blogspot.com/

Don't Break My Heart --->Mission Impossible

Hmm...minggu lepas, terlepas. Minggu ini, aku di sini =P
Kali ni mungkin tak banyak ingin aku blog kan. Baru sampai KL dari Terengganu. Macam macam musibah melanda. Benarlah, kita merancang, Allah merancang, perancangan Allah lebih baik/bagus. Tolong betulkan jika salah ye?




10 petanda itu...

10 PETANDA DIA JODOH KITA.......
Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)
Gunakan seluruh pancaindera
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?
Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

Menulis Blog dengan Beretika


Blog bagaikan satu fonomena kini. Kemunculan blog sebagai wadah baru penulisan bagaikan satu cara untuk menyebarkan pemikiran kepada umum. Kegilaan menulis di blogpun bermula. Bagaikan tidak lengkap hidup kita apabila tidak mempunyai blog, tambahan lagi apabila bergaul dengan rakan-rakan lain yang gila menulis blog.

Kegilaan berblog kian bertambah apabila ramai yang menyedari bahawa blog adalah antara perkara yang boleh menyumbang sumber pendapatan. Lalunya, semakin ramai yang berlumba-lumba untuk mempunyai blog sendiri, mempunyai komuniti sendiri dan mempunyai pengikut yang tersendiri hingga akhirnya ada yang muncul sebagai idola dalam dunia blog.


Teruskan menyokong !!

Pasukan juara liga perdana Inggeris musim lalu , Chelsea akan bertandang ke Malaysia tahun hadapan dalam sesi menjajahjelajah . Pasukan bimbingan Carlo Ancelotti itu akan turun untuk menentang pasukan Malaysia yang pastinya akan berlangsung di Stadium Bukit Jalil . Chelsea yang sebelum ini pernah ke Malaysia menyaksikan stadium dipenuhi sama-rata dengan warna biru dan kuning .

Tidak seperti dua perlawanan terakhir diantara Manchester United dan Malaysia , stadium kelihatan dimonopoli oleh warna merah dan minoritinya berwarna kuning .


Artis Hollywood Dibelasah Teruk


Berita terkini. Sebilangan artis barat ditemui mengalami pendarahan yang teruk di muka. Saksi mengatakan bahawa mereka kelihatan bergaduh sesama sendiri. Puncanya, tak siapa yang tahu. Mengikut doktor yang ditugaskan, beliau berkata bahawa artis2 ini sekarang berada dalam keadaan stabil dan ditempatkan di bawah kawalan pihak polis. Mereka telah ditangkap dan dimasukkan ke penjara selama-lamanya. Berkenaan kecederaan muka mereka itu, ada yang teruk, ada yang tak teruk sangat. Berikut adalah gambar2 dari pihak polis.

Sedut Lemak Laju-Laju


Aku lepak dengan D.
Ya, kami golongan yang anggap bersantap bersama adalah lepak.
Kami suka dan bahagia.

D sedut air dia.
Nyaman cuaca waktu itu.

D : Kan seronok kalau sedut air ni macam sedut lemak?
Aku : Apa gila kau ni?
D : Aku nak sedut sikit lagi.
Aku : Kau betul ke tak ni? Lemak apa kau nak sedut?
D: (gelak kejam) Adalah…
Aku : Gila kau ni...

Makanan aku sampai.
Aku dah nak mula makan - D bangun ambil sudu dan garfu.
Ya, kami malas guna tangan.
Ini kan waktu lepak kami?

Abang Kedai sampai…

AK (Abang Kedai) : Ni yang adik pesan kan?
D : Ya bang. Terima kasih.
AK : Sama-sama.

Abang Kedai pergi…
(aku sedang makan dengan tekun)

D : Zara, aku serius nak sedut lemak ni.
Aku : Sedut lemak apa lagi? Kau kuat merepek!
D : Lemak ni lah (tunjuk mangkuk dia)
Aku : Kau memang sengal.

Nota : D makan sup kotak gear (baca : Gear Box) hari itu.

:: meaning of rose colours ::




women dan roses macam tak dapat dipisahkan kan......???? tapi korang tau tak apa makna disebalik setiap roses yang diterima......???
here's a guideline untuk si jejaka memilih rose untuk si dara, dan untuk si dara memahami maksud tersurat dan tersirat yang ingin si jejaka sampaikan.........


Misteri Kem Bina Semangat

Setelah beberapa hari berkampung di kem bina semangat, Cikgu Shahrul berasa lega yang teramat sangat. Sempena menghadapi perlawanan peringkat negeri, Cikgu Shahrul membawa skuad bolasepak sekolahya ke kem tersebut bagi melakukan latihan fasa terakhir dan sessi motivasi. Begitulah rutin sebagai jurulatih setiap tahun andai pasukannya layak ke peringkat negeri.


Thursday, October 21

Wanita dan Tempayan~

Assalamualaikum!


Salam 100 penulis. Kepada student universiti dekat Malaysia tu, good luck in your exam. Aim high, usaha pun high jugak lah k? Sekarang di bandar Kaherah masih belum masuk musim winter. Tak sabarnye. Mungkin sebab tak tahan panas kat sini. Dengar cerita France dah start sejuk walaupun tak masuk winter lagi? Ish, tak aci.. tak aci..


Aku nak share satu cerita pendek ni. Aku dapat dari slideshow yang lecturer General Histology tunjuk baru-baru ni. Cerita tu ditulis dalam bahasa inggeris tapi aku translate. Lagipun aku tak berapa ingat sangat apa yang ditulis but i've got the point lah. 


Tentang hobi membaca.

 
Saya adalah salah seorang penggemar buku. Bukanlah obses mungkin, tapi tiap kali ke Kota Kinabalu, biasanya akan stop by dekat mall yang ada bookstore. Kadang-kadang, ke Eaton's, selepas tu kalau sempat ke Popular. Kalau tak beli apa-apa pun, still masuk juga untuk tengok apa-apa yang baru. I can spend hours dekat dalam bookstore kalau tak kena tarik keluar okey. Dekat Ranau ni, pergi library saja, tapi dah lama tak luangkan masa membaca buku. Selalu browse dekat internet saja untuk cari bahan bacaan. Kelebihan rajin membaca, otak kita akan sentiasa berkembang, proses pembelajaran tak akan berhenti. Bila kita berhenti membuat perkara-perkara yang boleh mengasah otak, tu yang kes nyanyuk awal tu. Mungkinlah. Hipotesis saya. Heh.


"nanti waktu nak tolong ni, jangan mengorat isteri dia pulak"

Kedengaran orang terjerit-jerit di luar rumah, aku pun menyelak langsir sliding door untuk menjenguk apa yang terjadi, kelihatan macam ada orang bergaduh di luar rumah, nampak macam seorang suami sedang memarahi isterinya. Ayah mengajak aku keluar, mungkin ingin membantu. Dalam perjalanan keluar, ayah pun berpesan, "nanti waktu nak tolong ni, jangan mengorat isteri dia pulak".

Padan Muka Aku!

Assalamualaikum..

Kisah bermula hari Rabu yang lalu.. kelas English Language dengan Puan Dashima..

Puan Dashima: Ok! Who wants to read the text?!! Any volunteer?? Cepat habis cepat balik..

Masing2 senyap.. tapi kami..

Sufiah: Eh Saufi!! Kau la baca. Cepat sikit balik hari nih..

Saufi: Tak boleh.. aku sakit perut.. (sambil pegang perut)

Dya: Alasan.. (buat muka menyampah)

Sufiah: Abrar.. baca la! Aku dah ngantok dah ni.

Abrar: Tak boleh la.. sakit kepala (sambil pegang kepala)

Dya: 2x5 je.. (jeling2 sikit diorang)

Last2.. ada jugak volunteer.. tak lama lepas tu.

Puan Dashima: Ok! Now.. you choose any place and do the same thing as the text. But, it must not be same with your friends. I'll call some of you and present in front of the class.

Sedang2 buat kerja.. tiba2 Saufi bangun..


Barang Pilihan Lelaki?


Lucu Kan????


lucu kan, rm 20 yang kita sedekahkan kepada masjid terasa amat besar tetapi tak terasa apa2 bila kita belanja di pasar.

lucu kan, betapa sukarnya mengeluarkan perkataan untuk mengeluarkan beberapa perkataan mengajak kawan ke arah kebaikan,tetapi amat mudah menyebarkan dan mempercayai gosip.


Entri Ini Penuh kasih sayang..sila baca

Wah..sungguh comel bebudak di dalam gambar ini kan...comelnyeeeeeeee...Penuh dengan kasih sayang...saya suka dengan kasih sayang...terasa banyak bentuk hati yang mengelilingi saya..wah..sungguh teruja...


Kenape Allah temukan kita dengan orang yang salah



Idea hilang, mencari-cari tapi tak jumpa. Sejak dua menjak ni memang mood jiwang jer. Hailaaa. I really have to stop this madness. Apa-apa pun, cikda nak share sedikit mengenai tajuk kat atas la kan. I do not own this, diambil dari Sebutir Mutiara Seindah Wanita. Dengan niat berkongsi =)

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

1. Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.



OPOchOOTT !!!!

Salam..

Sudah dua kali aku terlepas peluang tuk menulis disini, disebabkan terlalu full schedule aku di ofis... balik umah jer trus 'karamm'..... Erm, smpai skrg ni masih lgi tak tahu ntah bila keje2 aku nk setel.. arghhh tension nyer...

Bercakap pasal tension ni, selalunyer kita dpt release dgn tgk mende2 menarik, lucu, lawak dan juga cara lain cam berborak. Tapi KEJUTAN ialah salah satu perkara yg leh kita buang tension ni jauh2, tak kira lah kita yg terkejut atau kita yg kejutkan orang..hiks~~ tul x?


ni haaa watak yg slalu diguna... huahuahua

Best Kalau Dapat Bercinta di Langkawi

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Gara-gara tak berapa nak sihat, terlepas entri minggu lepas walaupun dah siap tulis. Mata tak berapa nak jelas tengok AM ke PM…adussssss! Apapun, kira lekat baliklah entri yang patutnya dilepaskan untuk minggu lepas ya…

Hari ni saya tak sihat, jadi…layan gambar ajelah. Boleh gitu?