Sunday, September 26

wanita dan kereta

Hai.
Selamat berhujung minggu.
selamat beristirehat & bermalas-malasan

Wanita dan kereta? Biasanya lelaki sinonim dengan kereta tapi dizaman sekarang wanita pon apa kurang hebatnya kan? masing-masing punya kereta sendiri. Cuma penjagaan dan pembawakkan kereta antara lelaki dan wanita memang amat-amat berbeza mengikut pendapat I lah.

Kalau di atas jalan raya, tengok kereta slow jer kat depan mesti ingat perempuan yang bawak. bila potong "kan betol pompuan, pompuan lau bawak memang macam nie lah". Eh kadang-kadang I pon cakap macam nie taw. Kenapa perempuan (sesetengah) bawak kereta macam nak pergi bersiar-siar? Tak paham betol lah. Bila korang berada di lane kanan tujuannya adalah untuk memotong kenderaan di lane kiri kan? kenapa ada pengguna yang bawa kereta dilane kanan tapi bawak kereta macam kereta lembu? okeh nie paling menggeramkan pengguna jalan raya. Kau dah tahu lane kanan untuk memotong tapi kau stay kat lane kanan dengan rasa bangganya tanpa rasa bersalah sampaikan kereta di belakang terpaksa memotong kereta kau di sebelah kiri. Haish. Bila toleh perempuan juga yang bawa. Perempuan lagi disalahkan.

Bila jem atau pon kena berhenti di traffic light ataupon sedang kau drive dengan hati-hati kononnya tiba-tiba ada sebuah kereta memotong kereta korang disebelah kiri dibahu jalan ataupon di lorong motosikal. Korang rasa apa? menyirap tak? Dia tak tahu ke salah bila memotong kenderaan disebelah kiri? lagi-lagi dibahu jalan dan lorong motosikal. Sikap pengguna penting diri macam nielah yang menyebabkan kadar kemalangan meninggkat dengan jayanya. Biasanya keadaan begini lelaki yang selalu buat jarang sekali tengok perempuan bawa kereta dengan jayanya begitu

Bila bab penjagaan kereta? Rasanya lelaki lebih cermat dan pembersih dari wanita. Eh yer ker? okeh lau bab nie I memang mengaku yang I memang malas nak basuh dan mengemas kereta. Biasanya ayah yang tolong pergi bawa car wash dan membersihkan kereta. Wanita lain bagaimana? Dari segi pemerhatian I, kereta lelaki diorang jaga macam bini. Yang ada bini pulak anggap kereta bini pertama isteri bini kedua. Boleh tengok kat situ? Betapa sayangnya lelaki kepada kereta?

Bila bab enjin? Perempuan tahu bawa kereta tapi tak mengambil tahu penjagaan enjin kereta. Tahu isi minyak bila minyak habis tapi tak ambil tahu penjagaan minyak yang lain-lain. Sebagai contoh, selalunya air dan minyak hitam kena selalu di perikasa kerana nie salah satu penjagaan paling penting untuk sebuah kereta. Okeh yang nie i tahu tapi tak pernah buat. Perempuan malas nak ambil tahu pasal enjin dan penjagaan kereta berbanding lelaki kerana ianya diluar minat perempuan berbanding lelaki memang expert mengenai itu. 

Actually I nak cerita semalam bila temperature kereta i naek sampai ke lampu merah dan berasap. Okeh memang rasa takut kenapa? kenapa? sebab apa? Dah lama tak pergi servis, dah sebulan lebih ayah tak check air dan minyak hitam. Selama sebulan lebih I ulang-alik pergi kerja sejauh 90km sehari tanpa memeriksa air dan minyak hitam dan lain-lain. Betapa tak mengambil beratnya dengan kereta sendiri! Bila radiator bocor, air sampai kering kontang baru teringat kenapa aku nak harapkan ayah sentiasa? Tak boleh buat sendiri ker? pang diri sendiri. melayang RM sebab kecuaian diri sendiri.

Kesimpulannya, wahai wanita-wanita di luar sana marilah kita menjadi seperti lelaki yang sangat cermat menjaga "bini" mereka. Jangan tahu pandai bawak jer tapi tak tahu penjagaan. Hati-hati bila memandu, jangan bawak kereta anda secara bersiar-siar. nanti lelaki akan kata "patutlah perempuan rupanya" . Lelaki pula jangan terlalu ego dan menyalah kan perempuan aja taw. 
T___T


Pandu dengan cermat jiwa selamat.

13 comments:

kusut said...

biasenye org tak marah sgt kalau wanita ni kurang tau pasal enjin.

IMHO, utk para wanita lah kan.. kalau kurang tau pasal enjin etc, mintak bf (atau bakal.. atau skandal) tlg tengokkan n ingatkan kalau nk kene servis ke ape (ayat manis2 jgn lupa). boys ni suke la bile rase cam boleh diharap.. and suke bile boleh tujuk skill

Fina Sophie said...

same goes to me. byk sgt bnda pasal kereta yg saya tak tahu. bukan stkt tak tahu, cikjannah, tp mls nak ambil tahu. basuh keter n kemas tu me rajin lagi. tp nak amik tau fungsi2 dalaman tu, waduh, nak kena ada boyfriend or scandal lah kalau macam tuuu hahaha.. =D

humbleyat said...

situasi yg biasa.tp bez juga jd diver prp.sekurang2nya klu silap, kita ada defemce sbg driver prp kan?
bab bersihkan kereta sy suke.maklumlah itu je harta titik peluh sendiri.bab enjin, klu takde skandal, kena la rajin bertanya,be independent, rajin surf internet mengenai function sparepart dan penjagaan enjin.;-)

Danial Ikhwan Jaafar said...

wah..reminder yang bagus untuk semua sebenarnya. sebab ada jugak lelaki yang kurang tahu pasal benda2 ni sebab takde kereta lagi ----->diri ini. hahah =P

MuJE said...

sbb tu kalo aku bawak kete then tetibe ade kete buat taik tengah jalan, aku cek dulu driver.. laki ke pompuan.. kalo laki sah2 kena maki. kalo pompuan cool je la.. tambah2 lak kalo yang cun...hehe kami memahami anda semua insan yg lemah...haha

gurau je!

Encik MT said...

kekeke....biase arr pompuan taktau pasal enjin...tapi klau pasal kemas kereta diorang rajin kot! hoho!

CikGadis said...

xaci2! smua org kutuk pmpuan ek. ktorg bkn xtau ttg kete, cma mlas jer nk amik tahu bnda remeh2 nie. wakakaka.

Cik Ayen said...

boleh terima kalau laki sayang kereta smpai jaga kereta dorang mcm bini ke-2.. tapi kalau dh smpai lebihkan kereta drpda bini, aishh makan asap jugak nie..

kalau perempuan buat mcm laki, syg kan kereta jugak, alamatnye laki kena la sabar yea.. hehe layanan utk laki jadi kurang :p

wanita, kite mmg kena jaga kereta lebih2 lagi pengetahuan pasal kereta :)

.s.o.f.i.a. said...

aku buta kereta.

malas cuci kereta.

sebab aku pompuan.

he he................

anyss said...

Salam,
Saya pompuan, nape ek saya boleh buat semua benda tu? hu hu hu sebab tu la lelaki takut nak ngorat, x jumpa ayat POWER yang boleh buat aku lemah hu hu hu

chenta said...

dulu memula ada kete, rajin la i basuh sendiri..tp lelame, car wash je la yg basuh..hahaha..bila balik rumah parents, mmg ayah la yg checkkan kete..tp bila pergi antar servis, mmg i sendiri yg antar sbb nak tau ape yg dia buat.i takde bf or scandal nak tolong tgk/checkkan..so ayah je la yg bykkkk sgt bantu ^_^

tp i duduk sendiri..so kena la blaja semua tu even tak tahu..

lelaki mmg sgt sinonim dgn kereta.. sama juga perempuan yg sinonim dgn make up, shopping barang..kalau ckp psl kereta, from 1 to Z lelaki tau..tapi kalau cakap psl barang, shopping complek, confirm perempuan menangkan??itula beza lelaki dengan perempuan..

tapi pasal bawa kereta tu..ada je lelaki yg bawa kereta mcm bersiar2..pastu bila tahu perempuan bawa kete depan dia, lg la dia nak buli2..nak cocok2..tp igt i takut ke??ghhahahahaha..i boleh buli blk la.. :P

cIk JanNah said...

kusut :
kan?
tapi bf sya pon x tahu psl kete
tahu bwk jer.
hik3

Fina Sophie :
kene cr bf/scandal yg tau psl kete taw fina. lau yg tak tahu nnti jadi macam saya
T__T

humbleyat:
saya bab kemas pon malas apatah lagi bab enjin. tapi bila dah terkena btg idung sndri baru lah mengelabah. lepas nie memang kena alert la psl enjin kereta sikit2

Danial Ikhwan Jaafar:
sebelum ada kereta belajar dulu lagi better. nanti dah ada kereta boleh apply. kan?

MuJE :
hahaa,
memang macam 2 selalu eh?
kalau lelaki boleh makin? lau pompuan cool je. mana taw leh ngorat ker kan??
hik3

Encik MT :
lumrah kan?
kalau lelaki boleh whole kereta dia nak jaga. lau boleh nak tdo dlm kete
:)

CikGadis :
cik gadis, bukan kutuk. tapi kadang2 ada kebenarannya disitu. perempuan lau bab kereta memang amek mudah berbanding lelaki :)

Cik Ayen :
wanita lau syg kereta lebih dari laki memang lelaki kena redo lah. hik3. tapi saya belum pernah jumpa kes sebegini.
saya sokong, wanita memang kena amik tahu pasal penjagaan dan enjin2 kereta sebab kalau jd pape senang nak manage.

.s.o.f.i.a. :
kita samalah!
saya tahu bawak kereta jer
:)

anyss :
waah yer ker? special betol nie. best lah lau awk leh buat macam lelaki leh buat. atleast lelaki tak adalah lah ckp pompuan tak boleh. bukan lelaki takut nak ngorat. nanti adalah lelaki yg power dtg...sabar :)

Miss Kira said...

hahaha... pompuan ni bukan tak nak taw..xp malas ja sbb dah taw nnt bf or ayah or suami akan tlg checkkan.. hahahaha