Friday, September 24

Team Klik Nuffnang

Ramai dah tahu cara-cara buat duit online dengan kombinasi blog+Nuffnang. Jadi, macam cendawan tumbuh lepas hujan, anda boleh berjumpa dengan banyak blog-blog baru yang masih mencari identiti.

Mengikut pemerhatian yang saya buat, berkemungkinan besar satu lagi team untuk klik-klik nuffnang sesama ahli akan timbul tak lama lagi. Dan pastinya, team ini dipenuhi dengan blogger-blogger newbie yang mahu mengambil jalan mudah menjana pendapatan online dengan Nuffnang. Mula-mula memang tujuan murni, tapi lama-kelamaan tiada motif melainkan berbalas klik-klik saja.


Yang belum kena memanglah berani untuk mencuba team sebegini. Tapi yang sudah kena amaran click-fraud oleh pihak Nuffnang? Macamana rasanya? Sebagai satu artikel contoh untuk tauladan semua yang diambil dari blog seorang rakan :




Jom kita gali dari Google tentang cerita geng-geng ini :


team klik nuffnang? | topotato.com
29 Nov 2009 ... join team klik nuffnang bagus atau tidak? halal atau haram? anda tentukan sendiri.


Motif kewujudan Team Nuffnang? | RJUNA
30 Nov 2009 ... nuffnang, team nuffnang, team klik nuffnang, team keparat, team klik iklan, blogger newbie, blogger freshie, blogger tak berhemah, ...


Klik Nuffnang, Jom Kita Kaya Dengan Klik Iklan Nuffnang! | MEGAT
30 Nov 2009 ... yang menjadi masalah apabila menubuhkan team untuk klik nuffnang ahli2 team tersebut. Itu aku tahu mmg salah. ...


Sudah gaharu cendana pula, Sudahlah kalah di'fire' pula. | Hidup ...
2 Dis 2009 ... Akhirnya Team Klik Nuffnang Rangers telah dihapuskan tetapi masih boleh melihat cache di laman Google [sini] . ...


Pertubuhan Haram:Klik-Klik Nuffnang! [Archive] - CariGold Forum
2 Dis 2009 ... Paling dahsyat dan keji, kalian menubuhkan “Team Klik-Klik Nuffnang” (saya namakannya sebagai pertubuhan haram) untuk memudahkan bloggers ...


Minda Kreatif: Tiga Team Klik-Klik Nuffnang Dicekup Akibat Buat ...
19 Dis 2009 ... Dengar khabar tiga team klik-klik Nuffnang telah berjaya ditumpaskan,aku tahu dari Rjuna.net,bukan main lagi si Rjuna.net tu main maki hamun ...


Amaran Nuffnang Kepada Semua Blogger | Ezy4u (dot) Org
1 Apr 2010 ... Amaran kepada semua blogger yang suka klik iklan sendiri atau yang terlibat dengan Team Klik Nuffnang, kini pihak Nuffnang telah ...


Untuk Team Nuffnang | Fahmishah.com
Setiap ahli perlu klik iklan Nuffnang yang terpapar di blog-blog ahli. Ahli Team Nuffnang boleh dikesan dengan meletakkan banner Team Nuffnang di blog. ...


Ingatan dari NuffNang | Zon Panas
22 Ogos 2010 ... emel ni diterima beberapa bulan yg lalu berikutan terdapat team klik nuffnang.. masa tu ramai ahli blog ini yg bergiat aktif klik iklan,, ...


Komuniti Merapu Klik Klik Nuffnang
Kebelakangan ni saya banyak temui entry sebegini untuk klik-klik iklan ... ni – http://rjuna.net/2009/11/30/motif-kewujudan-team-nuffnang/ ...


Ok, dah puas baca satu persatu? Saya tak nafikan ada di kalangan kita yang suka klik-klik iklan. Tak pastilah hukumnya macamana. Kalau setakat niat nak tolong owner blog, mungkin boleh dipertimbangkan walaupun ia jelas dah melanggar peraturan Nuffnang. Sepatutnya klik janganlah diharap balasannya. Klik semata-mata tertarik dengan iklan (ingin tahu) dan bukan kerana mahu menjana wang.

Tapi kalau sampai tubuh komuniti, blog rahsia segala, lambat laun kegiatan anda dikesan oleh pihak Nuffnang (yang sebelum ini cekap menumpaskan team-team/perancangan sebegini). Kalau sempat cash out, tak mengapa lagi. Tapi kalau tak sempat?

Ketua-ketua perancang sebegini mungkin tercapai target untuk penuhkan tabung Nuffnangnya. Kesian dengan ahli-ahli yang terjebak, tak tentu dapat capai first cashout.

Belajarlah etika blogging dengan betul. Banyak lagi cara halal untuk anda tingkatkan trafik (kalau itulah yang anda kejar) dan ramai bloggers lama yang boleh anda jadikan kawan tempat rujukan.

Bantu saya sebarkan artikel ini (like/share/retweet) dan harapannya sampai ke perhatian blogger-blogger baru yang teruja dengan faedah Nuffnang. Sekian terima kasih.

39 comments:

si conget berbicara said...

bila terbaca ny..terdetik satu persoalan..cash out tu halal ke haram..sebab kita bukan bekerja kerasa untuk mendapatkannya..cuma klik dah dapat 25 sen or sebagainya..hurmm..so how??

nabilah_2908 said...

baru tau pasal team klik2 nuff nih..

tak sangka lak boleh tertubuhnya tema mcm ni...haih..mcm2..

blogging la dgn cara yg betul...

jom ke APA KATA HATI pulak,
WATAK ATOK DALAM ESC

100penulis said...

@hanis,
ikutlah dengan cara kita dapatkan 25sen tu.. kalau dengan suruhan, paksaan, umpan lu klik gua, gua klik lu, meragukanlah jugak..

apa pun rujuk yang lebih pakar dalam bab-bab hukum ni. Saya tak nak tersalah bagi info

100penulis said...

@nabilah

rasanya ramai yg sign up ngan Nuffnang tak baca Terms And Conditions. Ingat nuffnang xleh detect la kalau buat2 macam ni.

Yang peliknya, tau kegiatan tu salah, tapi nak dirancang lagi dan tarik kawan-kawan lain yg jujur jadi bengkok jugak

Azman Roslan said...

benda ni akan memburukkan dunia blog..

Hdin Hafizuddin said...

saye dah beberapa bulan daftar ngan nuffnang, lagi rm0 jer, tp, ape nak buat, kite kene lebih berusaha untuk mendapatkan sesuatu tu...selain tu, ade tips lain cam mane nak jana pendapatan melalui blog selain pengiklanan?

sYazY_dZaiMa said...

hurm, btol jugak kn, kdg2 saya pun takut2 jugak nk klik dkt iklan sendiri sebab tertarik tgk iklan tkt nanti "diiktiraf" sebagai team klik2,haha..anyway, saya memang tak kisah sangat dgn berapa yg saya dapat sebab tujuan saya blogging just untuk luahan hati & berkongsi pendapat. :)

Mummy Nana said...

wah.... ada team cam nie jugak ek?? Akak nie buta IT... blog peribadi akak pun kawan2 akak xtahu psl akak nie pemalu orgnya... xnak bgtau diaorg...tapi xsangka ada jugak org wat camnie tuk dpt duit.. iskh..iskh..iskh.. padanlah akak nya nuffnang slow jek.. tapi takpe.. kalau kita ikhlas menulis adalah balasan nya... ramai kawan apa... kan tu best jugak...

nur.sa said...

kalau belum bersedia, tak payahlah letak iklan nuffang kat blog,kalau sekadar nak balas-balas klik.

niat tidak menghalalkan cara.

cIk JanNah said...

ada jugak erk team klik2 nieh? adoy. saya nye nuffnang x pernah pon naik. kadang2 pon pelik kenapa. tapi malas nak amek pot sgt sebab saya berblog sebab minat bukan sbb nak cari duet.

ASaDa RyutaRo said...

hahahaha... kalau dah kena warning, berwaspada je la.. kang kena lagi sekali, naya je..

100penulis said...

@azman roslan,
bukan kata dunia blog sj, advertisers pun berkurangan sbb tahu iklan diorang bukannya diklik oleh yang betul2 berminat tp semata2 nak kaut untung.

100penulis said...

@Hdin Hafizuddin,
sabar, br bbrp bulan tu tak pe lagi. Kalau dah nak dekat setahun, camna? ya, berusaha rajin-rajin dan bina kredibiliti.. Selain pengiklanan, boleh cuba paid-to, contohnya paid-to-review ke, paid-to write ke, mesti ada..

100penulis said...

@syazy_dzaima,
rasanya kalau tertarik nak klik, takpa la tu. Tp kalau byk kali tertarik, maksudnya kat blog A, klik Digi, blog B dan seterusnya pun klik lagi Digi. Nuffnang boleh detect semua aktiviti camni. Harap awak tetap pendirian dgn tujuan asal, jangan tergoda untuk join jenis-jenis team macam ni sudah le

100penulis said...

@Mummy Nana
Ada kak.. kalau dah gelap mata.. memang ada skim macam ni. Selalunya yang buat tu memang teruja gayanya, sebab matlamat dia blogging sebab nak buat duit. Mau pulak sana sini blog orang lain tayang screenshot cek nuffnang, makin tak senang duduk la sebab nak kejar target cashout cepat. Walhal setakat lima puluh hingget ja.

100penulis said...

@nur.sa
betul tu, yang penting contents blog, baru fikir nak letak iklan segala.

100penulis said...

@cik jannah,
adaaa... selalunya ramai yang tergolong dalam acara klik secara solo saja, tapi team-team macamni berazam nak balas-balas klik dalam kumpulan. Trafik, trafik juga. Tp biar betul caranya.
Erm, betul blogging bkn sebab nak cari duit, ramai yg ada prinsip ni, tp lama-lama tergoda jugak kalau dah ada yang offer nak tubuhkan team terancang. Isk3

100penulis said...

@asada
haha sebab tak pernah kena warning dan tak peka dengan pengalaman bloggers lain yg dah kena, maka team macam ni sentiasa tumbuh. bukannya ingat blogging nak kumpul ilmu dulu, tp ingat nak kumpul duit cara mudah.

.s.o.f.i.a. said...

wahhhh!!! klik2 nuffie pun dah ada sindiket????

.s.o.f.i.a. said...

wahhhh!!! klik2 nuffie pun dah ada sindiket????

ron said...

thanks review papankekunciku...
boleh tarik trafik ke tempat aku cam ni...
jadi pada korang semua berhati² lah semasa memandu...hehehe

kusut said...

like dan RT!

click-fraud (jenaha cyber) ni bukan je boleh kene ban by NN,adsense,advertlets,etc tapi jugak boleh diambil tindakan mahkamah

click-fraud boleh melumpuhkan NN sebab nanti bile pengiklan rugi (sebab iklan2 semua sampai kat orang2 yg sama sahaja) dan tak lagi melanggan servis NN. bila jumlah pengiklan kurang, nanti NN pun boleh rugi atau mungkin tutup terus

100penulis said...

@s.o.f.ia.
This isn't something new. Benda ni dah lama ada sejak Nuffnang glemer. Berapa kali kena banned pun, mesti muncul lagi team-team baru. Tak kena lagi, tak serik la.

100penulis said...

@ron
Trafik je yang ingat... hehe

100penulis said...

@Kusut
If only these people know.. Betul.. sebab tak kena lagi, tu yang tak serik. Jangan kata blogger baru, yang lama pun ada jugak. Sebenarnya tak sedar dah terbuat jenayah cyber ni, pi ajak pulak kawan-kawan lain bersekongkol sekali.

Harap yang terjoin atau ter jadi perancang ni sedar akan consequences dari tindakan diorang. Sebab lambat laun yang kena efeknya ialah kita sebagai publishers. Jangan ghairah nak kaut duit sampai guna cara tak berkat ni.

anen said...

uik mende ni salah ek???
taktaw pon..sy dulu pon xde la nk klik2..pastu g blogwalking tibe2 tgk kat shoutbox dye.."nuffnang n follow u" yg sgt byk...pastu curious to know la..then wat akaun n letak mende2 tuh pastu suh org klik..upe2nye salah mende tuh ek..so kne padam ke iklan nuff tuh??or biar je but tayah suh org klik2???

~yg xbape pandai~

100penulis said...

@anen,
klik tu jangan keterlaluan.. kalau sebab berminat, takpun klik bukan harap balasan dan merancang/pakat klik, tak mengapa lagi.

100penulis said...

@nizam,
sy tak melayan komen dengan link. Harap maklum.

blogsyarih said...

Saya cukup bimbang dengan pelbagai taktik nak kaya ni...harap jika ada advise ke atau info leh la bagi komen kat blog sy...tq

koshary said...

tweeted!=D

setuju dengan usaha elakkan diri daripada click fraud nie, kita pun tak pasti hukum dia macam mana kan.

yang dekat shoutbox tu, 'nuff and follow', mungkin diorang belum faham.maka diharapkan lepas baca artikel ni diorang faham.=)

kan niat tu bicara utama amal, kalau clikclik tak tentu pasal tu tak wajar, tapi kalau tengah baca blog then nampak iklan nike plus run mas vs sg, minat! eden click!mcm tu baru betul ye dak.

kusut said...

a'ah.. macam iklan kat tv la. kalau kita berminat kita beli. so kalau kat online.. nampak iklan yg berminat, klik la. tak salah

senang cerita..
kalau klik semua iklan, tu click-fraud
kalau klik iklan kat site milik kita, tu click-fraud
kalau suruh org klik iklan semata2 utk duit, tu click-fraud

anyss said...

Salam,
Macam-macam!
Penah tahu jugak orang dok kepoh pasal gejala tak sihat ni, tapi tak tau la pulak depa buat macam mana...mmmmm pakai grup gini ya

Oklah ahli2 100penulis...sila ke blog saya dan klik2 iklan sorang sekali untuk sekali sehari ya...Opsssss iklan pun payah nak timbul, apa yang nak kliknya weh hu uhu hu ---> leh gitu?

Danial Ikhwan Jaafar said...

tak sangka ada team klik ni. perghh.. tak suke la kalau orang datang hanya untuk klik kemudian harapkan kita klik balik. blog gue untuk dikongsi pendapat aku, cerita aku, jadi apa salahnye kongsi pendapat ke, bagi feedback atas penulisan aku ke. =/
ade tu datang cakap, "dah klik, harap balas klik balik" di shoutbox. kecik hati gak, macam tak baca langsung ape aku tulis. tapi layan la jugak, ye terima kasih. =P

humbleyat said...

saya pun cukup pantang.klu dtg blog semata2 untuk klik..pastu minta klik kat tempat die plak..adoi, tak berbaloi langsung..

chenta said...

ye..isu ni dah lama dah. tapi bagi blogger yg baru, mmg diorang tak tahu la..

so pape pun, baca la terms and conditions (TAC) sebelum join..semua tu penting..kalau tak penting, buat ape dia buat TAC tu kan?? paham kan TAC betul2, baru join..jangan bila dh kena banned or warning, baru sibuk nak tahu kenapa, baru sibuk nak baca TAC..

-sollehahn- said...

sgt bengang kalau org dtg shout semata-mata untuk suruh klik dia nyer nuff...grr

MuJE said...

wah, post ni paling top kot kat masih lagi panas...hehe

ps: baru pasan boss edit post ni.. siap highlight2 kuning tuuu...=)

Aida Ismail said...

benda ni at first,semua mmg semangat nk buat..mahunya tak, dapat duit..siapa tak nak kan? sibuk nak naikkan trafik masing2..minta orang click dan macam2 la..cikda sendiri dah tak kisah..kihkih..tak dapat pun takpe, inshaAllah Allah dah sediakan jalan rezeki yang lagi baik.. =) thank you boss share info nie..

Arieon Maison said...

Pendapatan dengan cara itu tidak akan kekal lama.