Tuesday, September 14

Suka dan Tak Suka

Salam sayang damdamdum bunyi mercun untuk semua :)

Hari nie dah masuk Syawal ke-5 dah, ramai yang dah mula bekerja dengan perasaan masih tertinggal di kampung beserta mood raya. Dan ada pula yang masih menghabiskan sisa-sisa cuti hari raya mereka bersama sanak saudara dan kaum keluarga (tak sama ke dua maksud ni?hoho).

Saya dan family menyambut ala kadar tetapi tetap meriah, beraya di kampung dan jugak area bandar Kuching. Memang beraya kat Sarawak nie akan makin meriah dari hari ke hari. Saya sangat suka apabila time raya nie sebab boleh kumpul ramai-ramai kaum keluarga yang jauh especially kat kampung sebelah mak, meriah gilaaaa >.< Pastu, leh makan masakan yang pelbagai sebab makcik2 memang pro masak dan datang dari daerah berlainan, cara masak pun berlainan, so, boleh makan macam-macam (nom nom nom) :))


Dan, saya masih boleh dapat duit raya (walaupun saya tak berharap sangat akan dapat lagi tahun ni T_T). Alhamdulillah jugak la, sebab ada lagi makcik pakcik kazen mazen yang simpati dgn saya ni dan memberi duit raya yang tidak seberapa (weehoo). Thanks sangat2 okay!. Apalagi yang disuka? Mestila bunga api kan! Walaupun orang dah larang, tak leh main mercun tapi every raya ada je org kasi bunga raya ngan family kitorang. Suroh along main (no!dia perlu jaga baby dia), suroh adik main (no!dia dah tak macam budak2 dah). Sapa yang main dan habiskan, of course lah saya,haha. Daripada terbuang kan?heee :P

Tapi tapi tapi (banyak pulak tapi), saya tak suka raya sebab berat saya naik!!aduyaiii (terkejut time tengok jarum penimbang bergerak ikut arah jam dgn gembira tadi =.=). Jadi, proses penurunan berat badan akan mengambil masa yang lama dan baju2 akan mula mengecil (sedangkan saya yg membesar dgn sihat & kuat). Seterusnya, saya tak suka raya sebab penat nak kemas-kemas rumah (cet, memang terserlah kemalasan anak dara sorang nie,haha). Takdala, kadang-kadang tetamu ni bila kita tunggu tak datang, bila nak datang sekaligus, pastu kita yang kepenatan nak melayan. Eh, saya bukan tak suka tetamu datang tetapi saya sendiri ni yang pemalas nak mampos kemas umah (mungkin ramai dah reject saya untuk jadi menantu, haisshhh).

Oh, saya rasa sampai di sini sahaja entry kali ni. Mood raya jadi entri pun masih berbaur raya. hope korang tak bosan la membaca entry raya ini (wink wink). Jumpa pada entry yang seterusnya.

p/s: saya teringin nak makan laksa penang +___+ pleaseeeee~

16 comments:

ASaDa RyutaRo said...

hahaha.. agak dahsyat malas menghidang tetamu tu. tapi paling seronok bila tetamu yg dtg memberi duit raya. hehe..

byk ke duit raya yg dpt tu? =P

kusut said...

biase lah tu orang mude.. nanti dah tua2 baru reti nak enjoy kot kedatangan tetamu. T___T aku tahun ni enjoy org datang rumah aku beraye.. maknenye aku dah tua.

kata kila said...

kannn kann! kila pun malas nak menghidang.pegi umah orang tak malas pulak +_____________+

~iqbalhafifi~ said...

zaman skrg bdk da xmain mercun..sume main ps3 ngn psp lam blk..kg aku da x bunyi mercun da..bosan plak..haha

anyss said...

Hu hu hu idang rajin je...malas nak cuci segala mak nenek pinggan mangkuk periuk belanga hu hu hu

humbleyat said...

mcm2 suka dn tak suka..tak suka juga tgk jarum penimbang melompat dgn gembiranya huu..down nak mkn lemang yg seterusnya huhu kene diet jgak..T.T

bArdbOO said...

kalo org ramai dtg tu mmg penatlah...tp berbaloi sbb terasa kemeriahan raya.. =)

wanie m'nJ said...

hahaha,mmg mak saya dah reject hang nak jadi mnantu..haha.

p/s : adik beradik semua prmpn..haha

sizuka[Izzati] said...

whoah meriah noks raya.seronoknya.tetiba rindu plak laksa penang.tsk~

nur.sa said...

seronok raya.yang saya tak seronok pulak sebab ada jugak mat2 rempit dok merempit depan umah. sambil pakai baju melayu. adesss. rasa mahu je baling ngan batang lemang. nasib baik raya. saboo aje.

nur.sa said...

haha. bukan kes mengorat. tapi kes perasan jalanraya tu depa punya kot. hoho.

Sumandak Kinabalu said...

bestnya dapat duit raya!

Azza ShanShan said...

Jarum scale tu tipo
je, kan!! Hehe

sYazY_dZaiMa said...

@Sumandak Kinabalu: best2 tapi dah makin sikit dah,huhu T_T

@Azza ShanShan: Betol!!jarum tue tipu,haha~ :D

Fina Sophie said...

raya ni tak payah dulu kawal2 makan hahaha :P

sYazY_dZaiMa said...

@Fina Sophie: haha, memang tak control langsung sebab mata bersinar je tengok makanan macam2,haha :D