Monday, August 1

Borak2: Single itu tak best ke?



Jom baca ni 7 fakta SINGLE ITU BEST:
1. Nak keluar dengan kawan2 lelaki/perempuan bebas..
2. Nak mesej/call dengan kawan2 lelaki/perempuan takde limit..
3. Tak perlu nak fikir pasal orang lain..
4. Tak akan mengalami masalah gaduh dengan bf/gf..
4. Mendapat tidur yang secukupnya..
5. Telinga tak sakit dengar bebelan..
6. Duit boleh simpan, takde nye nak topup untuk kapel ke, belikan hadiah ke kan..
7. Single is simple.. Double is trouble..




SINGLE ITU TAK BEST KE? Honestly aku sendiri pun single gak.. So, peduli lah ape orang nak cakap kan.. Lagipun usia aku masih muda.. Baru 21 tahun, banyak lagi tanggungjawab yang harus aku lunaskan sebelum bergelar seorang isteri dan ibu.. Ehem2.. Aku nak bagitau ni, sepanjang aku hidup hanya 2 orang lelaki je yang aku betul2 cinta dan sayang. Chewahhh.. [Malu] Dua2 laki tu pun sama je karakter.. Pandai aku pilih kan? Haha.. Bongok kau.. Tapi lelaki tu pilih kau ke? Tetttttt.. %##@!**&^%$ Lelaki F aku kenal masa tingkatan 4 dan sampailah kehadiran lelaki S, barulah aku dapat melupakan lelaki F.. Macam cinta Kasyah yang begitu mendalam terhadap Ayu plak kan.. 5 tahun aku simpan perasaan terhadap F, dia suruh aku tunggu dia. Tetiba aku jumpa S.. Perghhh, karakter dorang sama! Bakat dorang memang aku suka.. Dengan fesyen rambut yang lebih kurang dan pakai spek bingkai hitam yang sama.. Cuma F sama negeri dengan aku, manakala S orang Johor. Ok, sampai situ je kot cite pasal mamat tu Memang aku tak nafikan, kawan2 salu je tanye sape pakwe ko? Ko kapel dengan sape ek? Sape nama bf ko? Eh, aku dengar ko dah ade yang punye .. Bla bla bla.. Naik muak gak wei aku dengar soklan klise tu.. Tolonglah, aku agak rimas. Dan persoalan aku SALAH KE SINGLE? Kenape mesti tanye semua tu? Nasib baek la aku bukan jenis yang cepat melatah.. Aku kan cool.. Aku sekarang lebih selesa untuk berkawan je dengan someone.. Cuma kadang2 meluat tengok sesetengah yang suka sangat mengeluh lagi2 soal percintaan dalam fb.. Waklu.. Belajar dulu ok! Kemain lagi aku kan.. Bukan ape, sengal je aku rasa bila bukak fb tengok relationship status yang bertukar2 dalam masa 24jam.. Sekejap single, sekejap in a relationship, pastu tukar balik single, then tukar its complicated la, married la.. Last2 sekali single jugak.. Belum campur perihal post status lagi.. Erk.. Banyak kelebihan tau hidup SINGLE ni.. Bukan aku maksudkan korang tak perlu kawen ek.. Merujuk kepada remaja la, yang terlalu mengejar cinta daripada cita-cita..

Yang menulis,

13 comments:

Att Ashburn said...

ok. i love this post so much.
ok. macam giler. sama giler dgn kes i dulu.
5 tahun. pastu 2 org je yg betul2 suka ahaha.
tapi sume dah move on. sekarang, umur 21, baik kita cari husband, bukan sekadar bf.,

KeCiK said...

Tepuk dada tanya selera. You never know what's coming for you. Chill.

Kyra said...
This comment has been removed by the author.
Kyra said...

single tu tak salah..malah ianya best!!..saya pun single..lalala..:p

benci jgak tgk yang gediks2 dekat fb..:)

nur.sa said...

nikmati masa single selagi belum bergelar isteri/suami.

single dan married, dua-dua best,ada kelebihan..

chenta said...

saya pun masih single..rasanya dah hampir 2thn kot hidup single.takde masalah pun..takde la nak kata sunyi ke apa sebab masih ada kwn2 yg happening dan sekepala..

cuma bila seorang perempuan tu dah habis belajar, dah bekerja, dah mula kumpul harta, orang mula la tanya bila nak kawen..macam keadaan saya sekarang even saya baru berumur 22tahun ^_^

nasib baik la parents saya memahami dan tak pernah paksa untuk kawen.. my mum kata kumpul harta dulu, enjoy hidup bujang ni..hehehe

kusut said...

hehe macam ruangan berkenalan kat majalah urtv :P

single ke double ke couple ke triple ke.. yg penting tau jaga diri

yg single kene bijak, jgn terlalu biasa dgn status single nnti susah nak adjust to married life

yg couple lak tricky sebab takleh terlalu ikutkan perasaan. couple bukan kawin, bukan jugak single.

yg dah kawin tu kene tau la tanggungjawab (termasuk la diri aku sendirik :D)

CikGadis said...
This comment has been removed by the author.
CikGadis said...

hurm...ssah nk komen nie.

sbnrnya single or kaple xkn ada msalah kalo kta pndai handle situasi kter tue.

slalunya org nmpk kaple tue mmbebankn, tp kdg2 berdua tue lbey baek. adek dh 21 kn. muda lg.. bnyk msa lg.. tp jgn prnah ptus asa dlm mncari :)

allah jadikan 2 mata utk mlihat, 2 kaki utk brjalan, 2 tgn utk memegang, tp allah jdikan cma stu hati, utk kta mencari hati yg stu lg.. :)

sYazY_dZaiMa said...

Single, single but not available, taken, couple..semua maksud lain2 kan. yg penting, kena pandai jaga diri, jgn ada yg mengharap lebih dari kita. kalau single tp ramai yg mengharap ssh jugak,ada yg patah hati ulam jantung nanti..tp kalau nak cari pasangan, biarlah yg betul2, yg boleh jga kita, n naikkan semangat kita contohny tak salah kapel time blaja, myabe leh study sama2, bg semangat, tgk pointer sapa lagi tinggi. kdg2 tanpa kita sedar, ada hikmah semua benda ni..so, semoga kita semua ditemukan dgn jodoh yang baik-baik. AMIN :) (perghh, komen ni gila mcm doktor cinta,hahaha)

d_tieah said...

Byknye advise..
X brmksd pun nak bgtau satu dunia yg aku ni single..
Haha..
But, thanx ye ats2 komen anda semua terhadap entry ni..

Fina Sophie said...

muda nye korang. ada yang 21, 22,.. rasa mcm tua sgt. haha :D

Nsyzwni said...

yeah ! wani jugak single ! cam da serik narnye