Tuesday, September 7

Simpan peti TV di stor pada Aidilfitri kali ini

   Saban tahun, aidilfitri disambut meriah, bukan sahaja dengan hidangan yang beraneka jenis, malah berbagai kuih muih, rancangan-rancangan menarik dikaca tv serta di corong-corong radio giat dipertontonkan serta diperdengarkan kepada masyarakat umum. Evolusi yang berlaku semenjak 50 tahun kebelakangan ini cukup memberi impak besar dalam kita menyambut perayaan khususnya. Pelbagai perubahan dapat dilihat seiring dengan kemajuan teknologi terkini.
   Bagi kebanyakan stesen televisyen di Malaysia, aidilfitri menjadi platform terbaik bagi memperolehi jumlah rating penonton yang tertinggi , apalagi, di waktu-waktu beginilah, bersempena juga dengan cuti umum, cuti sekolah  yang pastinya, maka ramai yang cuba menghabiskan masa didepan televisyen menyaksikan rancangan-rancangan yang cukup menarik yang hanya boleh ditonton pada musim perayaan sebegini.


   Pada waktu inilah rancangan kegemaran satu Malaya keudara, pada masa ini jugalah, cerita-cerita pemenang anugerah keudara, pada waktu ini jugalah, tayangan filem raya mula ditayangkan. Hingga pada suatu ketika, ada yang sanggup menyenaraikan tentatif program raya yang bakal disiarkan oleh stesen-stesen TV tertentu. Iklan-iklan raya usahlah ditanya, seperti cendawan tumbuh selepas hujan, ada yang membawa mesej tersendiri, tidak kurang juga yang hanya sekadar 'lebih moden isinya daripada mesejnya', dan lebih menyedihkan, tiada mesej langsung yang ingin disampaikan, hanya sekadar iklan kosong semata yang boleh mencetuskan kemarahan serta kontroversi dikalangan penonton.
   Begitu besar sekali pengaruh TV dalam kehidupan seharian kita, tanpa kita sedar, erti dan makna syawal yang sebenarnya. Pada hari rayalah, anak perantau yang jauh pulang ke kampung halaman, saudara mara di bandar datang menjenguk ke kampung, sahabat handai datang bertandang, pada masa inilah terjalinnya suatu ikatan ukhwah yang sedia terbina dahulu, menyegarkan kembali tali persaudaraan yang terikat erat, menjalin rasa kekitaan dikalangan saudara mara, sahabat handai serta kaum kerabat.
      Pernahkah kita terfikir apabila kita sibuk berada di hadapan TV, maka, kita akan lebih banyak menghabiskan masa di hadapan peti TV berbanding kita berkunjung-kunjungan, bermaaf-maafan sambil berbual-bual bagi mengeratkan hubungan yang sedia terjalin. Bukankah Hari Raya adalah hari untuk kita bermaafan serta berkunjung-kunjungan? ramai di antara kita tidak sedar bahawa dengan menonton TV sambil menikmati rancangan-rancangan yang khas, kita sudah terlepas peluang untuk meraikan serta menghayati makna Aidilfitri itu sendiri.
   Haruslah diingat, aidilfitri bukan sekadar cuti umum biasa , waktunya boleh dihabiskan dengan menonton TV , tetapi terdapat makna yang lebih besar daripada itu. Apalah guna Hari Raya Aidilftri diadakan jika waktu-waktunya boleh terbuang begitu sahaja, sama seperti hari minggu biasa. Kita haruslah ingat, pada masa ini sahajalah kita dapat memohon ampun dan maaf serta mendekatkan diri dengan keluarga, sanak saudara, kaum kerabat dan masyarakat khususnya dengan aktiviti kunjung-mengunjungan, marhaban dari rumah ke rumah,rumah terbuka aidilfitri serta banyak lagi aktiviti yang baik dan mempunyai nilai moraliti yang tinggi.
    Harga sebuah perhubungan yang baik tidak dapat dibayar dengan rancangan khas hari raya sekalipun. Walaubagaimanapun, disini, bukanlah niat penulis untuk membantah keras-keras tentang program-program yang disiarkan di stesen-stesen TV kerajaan mahupun swasta, percuma mahupun berbayar, namun, kita perlulah beringat dan tidak leka dengan hidangan rancangan-rancangan berkenaan, tidak salah untuk menonton, tetapi,berpada-padalah dan tidaklah sepanjang hari itu mengadap di peti TV, sehingga makna Aidilfitri itu disalah erti oleh golongan kanak-kanak mahupun mereka yang sudah dewasa sebagai 'hari rancangan istimewa di TV' semata.
     Akhir sekali, jadikanlah aidilfitri kali ini sesuatu yang berbeza daripada tahun yang lepas-lepas. Lebihkan aktiviti kunjung-mengunjung di sepanjang cuti raya ini kerana raya hanya singgah setahun sekali. Tinggalkanlah rancangan khas sempena raya ini, kerana rancangan berkenaan sebenarnya boleh di tonton kembali dengan menggunakan kemajuan teknologi maklumat yang ada. Namun, keberkatan hari raya tidak boleh di ulang siar walau dengan apa cara sekalipun, dab belum tentu kita dapat bertemu dengan Hari Raya akan datang.
http://hdinhafizuddin.blogspot.com/

15 comments:

Raja Fiqri Fauwaz said...

Ini.

Artikel macam ni saya pernah baca.

Saya setuju. Tapi, ini cukup rebel. haha.

Rebel, sampai dengan tv pun.

"kah kah kah" - Isham tukar tiub.

yui92 said...

mmg tv telah mmbuat some people xmahu keluar rumah beraya.. haha tp zaman dah berubah kan? HD, LED, Plasma dll lg..hard to resist

Clarky Afif said...

oh oh

tv tu dah jadi macam saudara terdekat. kan? :P

for my case, it's the internet. *sigh*

Azza ShanShan said...

Gune je astro beyond (:
Tapi mase raye, show bukan best mne pun. Baek gi jenjalan.

humbleyat said...

nasib baik kg sy mengekalkan tradisi lama..tanpa tv dan talian telefon.klu nak cri line..kene gi area kubur tepi surau..huhu..ada berani?

KeCiK said...

Artis dah raya dulu. Ada orang terkejar-kejar last 10. Ada orang terkejar-kejar ke bazaar.

They think;
"Gila kau, lagi 2 hari nak raya beb,xkan xbeli apa2"

instead of
"Ya Tuhan, lagi 2 hari je Ramadhan?"

Hdin Hafizuddin said...

tapi time rayelah semua orang sibuk berada didepan tv daripada melayan tetamu di ruang tamu...siap bergaduh stesen tv kalau tv hanya satu....lebih baik tv disimpan, anak2 boleh bermain bersama saudara mara, sahabat handai boleh berbual membuka pelbagai cerita, maklumlah, anak perantau pulang sekali sekala ke kg.....lebih mengeratkan bukan...

ASaDa RyutaRo said...

siapa yg patut d salahkan? hahaha..

adakah pihak penyiar atau org yang tengok siaran? =P

ada kebaikannya jugak. masa berkunjung ke rumah saudara mara, boleh tengok tv sama-sama..

sape yg duduk 24 jam depan tv time raya tu, boleh d katakan orang yang sangat aneh dan perlukan rawatan. =)

miss faten said...

Aku pulak tak gemor la weh nak menghadap TV. Satu sebab aku bukan penggemar menonton TV sgt, keduanya, aku dah bosan dengan hidangan cerita/filem/drama yang sama. Balik2 cerita hantu, oh like apakah kaitan cerita hantu dengan semangat Hari Raya right?? -__-


Tambahan lagi, aku tak sanggup melepaskan waktu untuk mengumpul duit raya *cough cough* serta menikmati juadah hidangan yg lazat hanya kerana semata2 nak tengok TV haha XD

kusut said...

dr segi positifnye, tv tu memeriahkan suasana. contohnye kalau tinggal kat negara islam adalah minoriti, takde la iklan/show yg berkait raya. so bile pasang tv, even bile iklan pun, terase mood raya tu.

tv ni macam semua benda2 lain jugak kot.. macam makan, tido, melepak.. kalau berlebih2 memang tak bagus kan?

sYazY_dZaiMa said...

Tv kat umah saya memang jarang jugakla dihidupkan bila ada tetamu sebab parents memang menggalakkan sifat "layan tetamu bkn tv" :). Tv nie selalunya jadi penyelamat bila ada budak2 kecik yang dok menangis taknak dok diam, jadi leh pasang channel kartun, bagi dorang diam. Bkn apa, memudahkan yang lebih tua bermaafan, berkenang kisah lama,hehe.

Sumandak Kinabalu said...

hahahaha...
Mengamuk budak2 wei kalau TV simpan kat stor...
Tapi memang betul, cerita dalam peti tu sama je, pelakon dan latar saja yang berbeza...
Kadang-kadang ada yang boleh dilayan, ada juga drama/filem yang naik muak nak layan (dah 100 kali tayang, camana nak layan??) except filem P. Ramlee, seratus tahun pun masih boleh layan (my mum is the die hard fan of the late P. Ramlee, jangan harap nak tukar channel kalau filem P. Ramlee tengah ditayangkan...hehe)

daripada layan TV, baik makan kuih makmur sambil taip entry...hahaha

anyss said...

Salam,
hu hu hu ni tajuk yang boleh wat toceng naik ni. Kalau simpan dalam stor, akibatnya:
i. mak bapak letih nak cari anak pi merata...sekarang ni musim bebudak hilang tau. keselamatan tak terjaga.
ii. kesian la kat orang yang bersendirian sebatang kara...beraya hanya dengan TV tua je hu hu hu meleleh ayaQ mata dalam kesunyian
iii. Mak bapak umpan tv kat anak2, tak mau budak2 menyibok dok ganggu orang tua gebang
iv...mmmm tak dan pikir dah, sat2 lagi la noooo

kusut said...

raya tahun ni kat tv ade sarkis tak?

Fina Sophie said...

how about, simpan lappy dalam stor? LOL. boleh berguling atas lantai hahaha :D