Thursday, August 4

Si Peminta Sedekah yang Demand!

Assalamualaikum wbt..

Kamu pernah didatangi seorang peminta sedekah? Kamu hulurkan atau tidak?

Hukum bersedekah ialah sunat dan digalakkan. Begitu juga dengan hukum menolak sedekah, tidak menjadi kesalahan untuk kita menolak sedekah tersebut jika tiada paksaan. Namun, digalakkan untuk kita menerimanya untuk memberi pahala kepada orang yang bersedekah.

Ok. Saya tidak berniat untuk memberi tazkirah Khamis malam ini. Tapi, saya mahu berkongsi satu kisah yang saya alami sendiri suatu ketika dahulu..

Di stesyen bas Butterworth, on the way nak balik Parit Buntar.Pukul 6.30 pagi.

Dengan perasaan gembira tak ingat dunia sebab cuti semester dah start, saya pun meluru masuk dalam bas sejurus bas sampai. Sasaran saya mestilah kerusi bahagian tengah sebab boleh berangan segala macam haha.

Sementara tunggu bas jalan, saya pun mula la buat aktiviti rutin harian yang pelik, cek duit dalam dompet. Tengah khusyuk mengira, bahu saya dicuit seseorang. Saya mendongak dan sedikit terkejut melihat seorang lelaki muda yang selekeh dan bermuka 'busuk' sedang menadah tangannya kepada saya.

"Dik, nak duit dik. Dah 3 hari abang tak makan".

Sayu pulak hati saya mendengarnya. Lalu, dengan hati yang lapang dan berniat untuk sedekah, saya pun menghulurkan rm5 kepadanya.


Dapat je duit tu, dia terus belek2 duit tu. Langsung tak keluar ucapan terima kasih. Lepas tu, tiba2.....



"Dik, duit ni koyak!"

Terus dia bagi balik duit tu pada saya. Terkedu saya dengan perangai peminta sedekah yang sorang ni. Terus saya ambik duit tu, saya belek2. Ya, memang ada koyak. Tapi, sangat2 kecil dan takkan ada orang yang perasan duit tu koyak melainkan ada yang membeleknya.

Si peminta sedekah tadi terus menadah tangannya pada saya. Saya balas balik;

"Boleh guna la duit ni. Bukan koyak besar pun"

Dia terus menggeleng laju;

"Tak nak duit koyak. Tak cantik!"

Kalau diikutkan hati saya yang baran ni, memang peminta sedekah itu akan dapat makanan percuma berupa kasut pagi itu juga. Kasut jenama Jepun saiz 8 yang memang tunggu masa nak ke tong sampah!

Dengan hati yang sebal, saya masukkan semula duit rm5 itu ke dalam dompet. Lalu, saya ambil duit lain pulak. Si peminta sedekah yang sangat demand tadi masih lagi menghulurkan tangannya.

"Nah!"


Lalu saya hulurkan duit rm1 yang masih berbau baru dan tiada sebarang kesan lipatan langsung. Si peminta sedekah tadi terus terkedu. Lama dia merenung duit itu.

"Ni duit baru ni Bro! Original dari bank semalam! Jangankan koyak, kuman pun takde"

Saya memerlinya. Lama kelamaan, duit itu diambil perlahan.

Saya terus berpaling ke arah tingkap. Langsung tidak mahu melihat wajah si peminta sedekah itu! Ambik kau! Pagi2 bikin hati gua panas! Bagi betis nak peha. Nah!

Sehingga sekarang, saya masih mendiskriminasikan si peminta sedekah seperti ini. Walaupun saya tau, tak semua mereka macam tu.

Apa pun, saya harap kisah ini tidaklah sampai membuat kamu2 sendiri tidak mahu bersedekah. Bersedekahlah dengan seikhlas hati kerana ganjaran pahala bersedekah amat besar nilainya.

Salam sayang dari saya ~dya adriza~

22 comments:

100penulis said...

Pernah jumpa dgn peminta sedekah yang mencarut gara-gara tidak diberi sedekah. Macamana ni? Kejadian berlaku di area orang ramai makan (gerai).. Dari satu meja ke satu meja dia tadah tangan, tapi bila orang buat tak tahu, si pengemis ni terus maki2 tanda geram.

MuJE said...

aku lagi benci yang pesen bajet jual cenderahati yang kecik2 tu tapi rege 10 hengget! ahh!! dahla budak kecik mai jual..

Q said...

dia nak beli air kat vending machine tu...kalau koyak takut tak boleh terima pulak. kesian haus...

kusut said...

ade sorang pakcik buta kat satu maple kat kl selalu pegi table by table mintak sedekah. org niaga kat situ seme tau pakcik tu drive kancil

ade sorang budak pompuan (belasan tahun) dgn adik kecik dia selalu mintak sedekah kat area maple lain kat kl gak (pakai baju buruk n bermuka comot). dia berdua berdiri kat tepi meja makan sambil tadah tangan, muka sedih, tapi tak cakap apa2. satu hari tgh kitorang lepak pizzahut, elok je dia makan dgn family dia gelak2 cam orang kl biasa.

aku mungkin diskriminasi, tapi sekarang ni semua sedekah aku pegi kat official channels je dgn harapan sampai la duit tu kat org2 betul2 memerlukan

dya adriza said...

100 penulis:

Agaknya dah terdesak sangat kot. Tapi kan, x mustahil peminta sedekah sekarang dari penagih dadah, sebab diorang terdesak nak duit.

Orang macam tu tak pernah jumpa lagi. Tapi, Abah saya pernah jumpa. Lepas dia maki2, Abah bagi la jugak duit. Tapi, bila tengok duit RM1 je, dia maki hamun juga. Kata kedekut la, apa la. Huh! x bersyukur betul!

dya adriza said...

MujE:

Hehe. Tapi, biasanya yang jual macam tu mesti bawak surat yang diorang ni dari mana2 tempat. Selalunya, diorang ni anak2 yatim.

Macam ni la, kalau jumpa diorang, x payah beli. Tapi, kita sedekah je ikut apa yang kita terdaya. Sekurang-kurangnya, kita x rasa terpaksa beli barang dari dia kan :) lebih2 lagi, pahala sedekah pun kita dpt..

dya adriza said...

Q:

Terfikir dengan alasan bernas kamu. Tapi kan, kat situ takde langsung vending machine. Macam mana ek?

Yup.. memang kesian. Tapi, saya jadi hilang kesian bila dia terlalu demand macam tu.

dya adriza said...

Kusut:

Terdesak sangat kot pakcik driver tu. Tapi, mesti ada orang yang hulur jugak kan. Kalau tak, takkan dia asyik minta sedekah kat situ je kot.

Wow. Kes menarik. Entah2 pelanduk 2 serupa kot? Tapi, kira hebatlah sampai boleh makan pizza..

Yup.. saya sokong. Itulah cara terbaik. Kita tenang, duit pun tak rugi..

nur.sa said...

ramai sangat peminta sedekah yang menipu sekarang ni.

tapi, kalau saya, bagi setakat saya nak bagi dan ikhlaskan sahaja.

kalau dia nak kutuk ke apa ke, biar ajelah. dah bukan urusan kita.

kusut said...

@dya tapi kalau pakcik tu buta camne dia boleh drive?

yg pasal budak pompuan tu, tak silap org rasenye. sebab adik kecik dia pun ade masa tu.. dah cam pelik la kalau bukan org sama. tapi kemungkinan tu tetap ade

r.k said...

untung ada muka ganas macam ghua . dari jauh kalau ghua takde niat nak bagi , ghua dah angkat tangan tanda 'pegi carik orang lain ' ..

kalau ada niat nak bagi , dari jauh ghua dah prepare wang siap-siap ..

niat tu penting luol .

dya adriza said...

nur.sa:

Memang ramai sangat yang menipu..kalau tak tipu pun, demand!

Betul3.. kalau nak bagi tu, kena la ikhlas. Dia nak tipu ke, apa ke, tu urusan Allah.

Hmm.. macam kes saya ni, dah bagi pun cerewet. Haih!

dya adriza said...

Kusut:

Oo.. sebenarnya pakcik tu tak buta la kan. Kalau buta, mesti dia tak leh drive. Tapi kan, sekarang ni cam ada je satu auto khas untuk orang buta. Tak tau la plak kalau pakcik tu guna benda ni. Tapi kalau dia guna benda ni, mesti la dia kaya kan. Tak pun, dia minta sedekah sebab nak bayar hutang beli benda ni..
(jauhnya aku berimaginasi)

Hmm.. terpikir gak tadi. Entah2, budak2 ni kurang kasih sayang kot. Nak minta duit mak ayah, mak ayah tak bagi. So, dia pun guna la inisiatif sendiri nak cari duit..

dya adriza said...

r.k.:

Terbaik kau bro! Tapi, kenapa memilih nak bagi ke tak?

Oo.. sebab niat kan? hehe betul2..

(aku dah makin merepek)

Chip said...

Aku tengok orang tu sendiri. Kalo cukop sifat, lengkap anggota tubuh badan ngan takde cacat-cela, aku tak akan hulur duit walau se-sen pun. Dah Tuhan bagi semua elok, pegilah carik keje dari memintak sedekah. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih...kan?

Tapi, ada sekali nie, aku kesian jugak. Peminta sedekah tu tak nak duit. Dia mintak aku belikan dia terus makanan aje. Macam nie takpe. Koman-koman aku tau dia takkan guna duit aku untuk beli dadah ke tuak ke...

ASaDa RyutaRo said...

adeh.. ini yg d namakan bg betis nak paha.. padan la muka dapat tulang je..

kusut said...

penah dulu keluar kat paper pasal sindiket pengemis

dia nye income sehari boleh cecah rm100 (100x30hari=3000) bile musim raya etc. gile betul

tapi kalau dia tipu pun, kite yg memberi ni ikhlas, dapat jugak pahala nye. janji ikhlas lah.. bukan sebab takut kene marah dgn pengemis/rasa terugut :P

dya adriza said...

Chip:

Betul2.. Yang saya jumpa ni pun, spesies sempurna and masih gagah lagi. Ntah la.. macam2 manusia zaman sekarang ni.

Tapi, yang minta belikan tu memang sedih. Memang diorang betul2 lapar. Mesti lagi sedih kan bila diorang makan dengan rakus sebab lapar sangat T.T.. sedih..

dya adriza said...

Asada:

Tau x pe. Kalau diikutkan, tulang pun tak nak bagi. Demand sangat huhu

dya adriza said...

Kusut:

Wey.. memang gila tu. Kalah orang yang kerja kerajaan and swasta.. haih tercabar..

Betul2. Yang penting hati mesti ikhlas. Dia nak buat apa dengan duit tu, buat la.

Sumandak Kinabalu said...

Padan muka, demand sangat!

Fyzal said...

dah maju dieorang ni. duit koyak sikit taknak. bagi duit syiling dah tentu tak koyak punya.