Tuesday, September 21

Sepanjang minggu perayaan.

Cerita Raya

Salam Aidilfitri. Maaf zahir dan batin. Selamat Hari Raya, jemput makan, minumlah, sirap je, hari ni rumah terbuka mane?, makan apa. - "ayat-ayat biasa dengar minggu ini"

Lemang, Nasi Impit, Mee Hoon sup, rendang, bermacam-macam jenis kuih, kerepek pisang masin, kuih gunting, kuih siput, karipap mini. - "makanan biasa jumpa minggu ini"

Sirap, Ribena, Oren Sanquick, Tropicana Twister, Teh O suam - "air biasa jumpa minggu ini"

Sampul duit raya, kad raya, kulit kacang, kotak rokok, puntung rokok, kulit rambutan, buluh lemang, jari kanak-kanak, bangkai kenderaan lepas eksiden, - "sampah biasa jumpa minggu ini"




Pakaian stok bau kedai. Kalau yang baju kemeja ada juga yang jenis terlupa nak cabut plastik yang ada dalam kolar tu. Kasut tu kadang-kadang ada yang lupa nak cabut harga dekat tapak. Kah kah kah.

Saya? - Tahun ini tema ala kadar. Tahun ini tahun pertama saya raya sendiri. Perbelanjaan sendiri. Berjalan sendiri. Kawan sendiri. Bajet duit raya untuk anak sedara tu belum ada lagi.

Raya pertama, macam biasa. Salam-salam. Maaf-maaf. Makan nasi himpit lauk kerepek pisang. Basuh motor. Pergi masjid. Berborak sampai tak dengar khutbah raya.

Pembaharuan tahun ini, saya bayar zakat fitrah. Rasa macam bangga pula ya. Kah kah kah.

Beraya? Macam biasa. Rumah kawan. Rumah makwe. Rumah abang sedara kawan. Rumah sepupu kawan. Rumah silap rumah.

Itulah segala macam hal saya minggu ini sampai "ter"burnt satu turn minggu lepas. kah kah kah.


"wa dah kata, ejos besi lu ni memang tak boleh blah dah" - pomen. balik raya

Ini jam tuan rumah sudah garu kepala dekat dapur.
Kuih siput sudah tinggal habuk dalam balang.Baru raya pertama dah kena serang. 

16 September 2010
Selamat Hari Malaysia. Selamat buat Sabah dan Sarawak. Selamat buat Singapura.
 
Cerita gangster
Kisah bom orang, apa cerita?
Budak hilang tak jumpa-jumpa. Buang anak tak payah cerita, bersepah-sepah, apa cerita?
Dekat-dekat nak raya, sambung lagi kisah bakar orang bisnes, apa cerita?
Lepas ini, apa cerita?
Blogger kena buang kelaut pula?
kah kah kah.

Balasungkawa
Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham M.Rajoli yang telah meninggal dunia pada 18/9/2010.

Al-Fatihah.

***

p/s : kepada semua editor, pembaca, pengunjung, peminat (ceh!), disebabkan nama saya ada tiga patah perkataan, jadi saya agak berbesar hati jika kamu, kamu, kamu, dan kamu memanggil saya "fiq" sahaja. Terima kasih. :P

Editor, 
Raja Fiqri Fauwaz 
http://rajafiqrifauwaz.blogspot.com 

11 comments:

kusut said...

rindunye raya kat kampung kat karak, pegi rumah nenek atas bukit, lepas solat raya ramai2 pegi beraye rumah sedara2.. pegi rumah moyang T_T

best nye tengok gamba raya kat m'sia

nur.sa said...

haih. bila masuk je ofis dah tak nampak dah bayang lemang ketupat. yang ada cuma biskut dan serbuk biskut raya. T____T

kata kila said...

harini masuk keje.arghhhhh

Miss Kira said...

yang bab air tu mmg betul..
sebulan raya..sebulan la dok air tu aja..
hahahaha

Raja Fiqri Fauwaz said...

kusut - sabor. bukan tak balik dah sampai bile-bile. hehe. karak kat mane? dekat dah tu dengan lanchang.

nur.sa - hehe. betul la tuh.

kata kila - saya minggu lepas lagi dah masuk keje.

miss kira - tau tak pe. twister tu ade lagi 3 peti tak habis rumah ayah saya. hehe.

kusut said...

tu gambar raya kat lancang ke? patut le dinding rumah nampak cam rumah orang pahang!

hehe. kampung karak setia.. bukan karak highway ye (orang bukan dr pahang kalau kata karak diorang tau karak highway aje. haih.)

Cik Liz a.k.a Leza said...

bestnyer beraya kat kampung...hehe

anyss said...

FiQ: Selamat hari raya aidilfitri...sakannyeeee raya hu huhu

koshary said...

yeah fiq! (seronok takyah eja nama panjang)=D

silap rumah tu yg tak tahan tu, sbb ak pernah gi raya sekali, salah rumah sebab member tu dh pindah. nasib baik tu member pada member aku. hah. small world. =)

berpeluh jugak wooh.

sYazY_dZaiMa said...

haha, kita serupa kerana beraya sakan,hoi hoi!! tapi,kat sarawak lain sikit, ada banyak kek lapis + air bikarbonat, memang confirm byk yg demam lepas tue,haha!!anyway, selamat hari raya FIQ (nama pendek) haha.

p/s: Al-Fatihah untuk yang telah pergi.

Raja Fiqri Fauwaz said...

kusut - erk, ade dinding jenis orang pahang ke? hehehe. ye la kot..

cik liz - tau tak pe. memang seronok sesekali bekumpul budak-budak kampung.

anyss - selamat hari raya. Memang sakan habis. :)

koshary - keh keh keh. silap rumah tu paling tak boleh blah. time dah balik mula tanya, "rumah kawan sape tu?" masing2 angkat bahu. haha

syazy - a'ah, lupe nak isi air gas, hehe. ada satu rumah tu pergi siap hidang 100+ lagi..