Friday, July 29

Semangat Jiran Tetangga dan tolong menolong sesama manusia

Assalamualaikumwarahmatullahiwabaraktuh.... tak jawab salam dosa...
Bertemu kita kembali di pagi pagi Rabu ini. Semoga hari ini diberkati Allah Insyaallah.

Mingu nie tak produktif langsung. Blog sendiri pun jarang update kalau ada pun buat contest2 jek. Hehehe.... Tak sempat nak bukak lama lama sebenarnya tu yang jarang tinggal komen kat sini macam selalu. Anak anak tak berapa sihat sebenarnya...

So apa topik kita hari nie?  Semangat Jiran Tetangga dan tolong menolong sesama manusia. Halamak topik pun macam makcik2 sebab tu kena bahasakan diri akak.. Walaupun sebenarnya akak nie takde lah tua mana.



Hari nie genap 11 tahun akak berada di bumie Eire nie nanti akak akan update blog akak pasal nie kalau sempatlah. Ahaks. Anyway, pada hari minggu lepas beberapa kawan akak datang ke rumah. Salah seorang dari mereka memberitahu sesuatu

Eh you tahu ke keaadaan  isteri Abang B dah makin kronik?

Setelah berbual panjang lebar kami mengambil keputusan membuat sesuatu untuk membatu apa yang patut bagi meringankan beban beliau. Jadi hari semalam sehingga hari nie.. perbincangan telah dimulakan melalui email oleh beberapa penduduk melayu yang tinggal di kawasan berhampiran. Alhamdulillah. Walaupun xkenal satu sama lain tapi semuanya tidak keberatan untuk membantu. Seronok betul rasanya. Yelah sedara mara jauh kalau bukan kawan kawan dan jirang tetangga yang membantu sapa lagi kan?


Mungkin di Malaysia masih ada amalan2 sebegini tapi rasanya macam dah kurang. Berdasarkan pengalaman,  boleh dikatakan jiran tetangga pun tak tentu kenal sesama sendiri . Kalau ada pun setakat tegur Hi dan Bye jek. Semua tak ambil tahu dengan alasan tak ada masa atau pun malas nak jaga tepi kain orang. Tapi disebabkan mentality inilah gejala gejala buruk yang tak diingingi sering berlaku di negara kita tanah tempat tumpah darah kita. Sebab tu kes kes buang anak dan kes dera budak depan mata kita pun tak de sapa nak bantu. Dah meninggal barulah semua nak bersuara.

Hari makin hari di suratkhabar semakin banyak kejadian yang tragis berlaku. Masih ingat, sewaktu zaman kanak kanak dulu dulu kala, kita tak pernah ada masalah nak keluar main basikal kat luar rumah dari pagi sampai petang tanpa pengawasan orang tua. Siap kena kunci pintu pagar lagi pasal main tak reti nak balik.  Tapi sekarang, rasanya semua ibu bapa jangan kata nak kasi gi taman kanak2 kat hujung jalan nak  kasi main kat luar depan umah pun dah rasa seriau. Ohh.. tu akak sebenarnya masa balik bercuti kat Malaysia hari tu.. ahaks..

Risau kan? Apa kata korang? Korangs semua kenal ke jiran masing masing? Kalau rasa rasa ada benda yang mencurigakan adakah korangs akan pegi kepochi tolong jiran korangs secepat mungkin? Atau pun korangs semua akan cakap
Emmmm takpelah xpayah sibuk sibuk... orang tu tak suka kot kita amik tahu pasal dia. Jangan Busy body.


Renung renungkanlah... buat pedoman kita bersama. Bertemu kita lagi di minggu hadapan. Majulah Sukan Untuk Negara.

9 comments:

100penulis said...

offtopik skit : sepatutnya publish pukul 3:00 am.. hmm

Mummy Nana said...

halamak.. sorry boss. rabun IT sikit.. masa nak publish tu dok pikir jugak between 12-6 am.... errr.. nak kena adjust ke? I don't mind.

kusut said...

dah duk kat negara org baru la aku betul2 nampak betapa tak rapat nye komuniti tetangga kita.. especially kat bandar2 lah

dulu jiran sebelah rumah pun tak tau nama.. harap2 nanti bile dah balik msia balik aku nak ubah perangai la.

nur.sa said...

sejak bekerja baru merasa duduk di rumah taman yang mana semua jiran-jirannya tak berapa kenal sangat. dari kecik sampai besar sy ni dah biasa duduk kampung yg jiran semua macam saudara mara.

so, sebab untuk kebaikan sendiri, saya cuba jugak untuk berbuat baik pada jiran sebelah kanan rumah. yang kiri dan depan langsung tak kenal,cuma kalau terserempak senyum2 aje..berbuat baik dan kenal dengan jiran ni bukan apa,kalau apa2hal mereka juga yg kita cari dulu,kan.dah rumah paling dekat..

KeCiK said...

Pinjam beskal jiran sebab nak gi kedai beli tikam. Kental.

Fina Sophie said...

me jenis yg tak rajin sgt nak bergaul dan beramah mesra T_T tp mcm kusut, kena ubah perangai ni :P

Mummy Nana said...

Kusut & Nur.sa: Betul betul... dah duduk negara orang nie baru terasa beza... akak balik mesia sekali sekala pastu dah pindah dari tempat lama...mmg tak rasa mcam dulu lagi.. semua buat hal masing2... nasib lah mak akak nie peramah orgnya.. kalau diorg xnak tegur pun mak akak akan meramahkan diri berkenalan dgn jiran2..

Mummy Nana said...

Kecik: Kalau kena kunci gate xleh masuk rumah sendiri dgn xmalu gi tumpang rumah org tido.. hahah

Fina: Betul2.. kita kena ubah perangai... untuk kebaikan kita bersama...

Fyzal said...

dekat kampung aku.. kenal gak la sebelah menyebelah yg dekat dekat. kat rumah sewa shah alam. mmg tk kenal lah even yg sebelah pun. ahhh.. mentaliti kita kena ubah.