Tuesday, August 2

Seikhlasnya Aku

hyeP!!ny first entry dekat sni..harap2 cerpen ni menarik la ye..cerpen ny sebagai tanda permulaan..:)selamat membaca!
By Kyra Ismera

“Dulu awak kata..cinta kita sehangat sup yang mendidih
Awak jugak pernah kata..pedasnya cinta kita kalah sos cili padi..
Tapi sekarang..cinta awak kepada saya macam sup baru keluar dari peti ais..
Cinta kita jugak dah tak pedas macam dulu..rasa macam sos cili padi yang dah expired…
Kenapa awak buat macam ni kat saya?”..sehelai tisu tidak berdosa ditarik dari kotak.Disapunya air mata yang mengalir.Anak patung hadiah pemberian Zack dicubit cubit.



Eh pandai pulak dia lap air mata dia.Sepatutnya biar jela mengalir.Baru betul feelings..he he..

“Faqy..yang kau tersengih-sengih tu pahal hah?ko tak Nampak ke aku tengah sedih ni..kesian la kat aku..Tak guna punya jantan..ingatkan sayang aku tapi..huuuuwaaa”sehelai lagi tisu ditarik.

Adoi.Kalau dalam dunia ni ada sepuluh orang patah hati macam ni.Semestinyalah toke tisu untung.tak pasal-pasal pokok kat hutan kena tebang.Eh tak boleh jadi ni.Aku sebagai Pengerusi Pencinta Alam Sekitar kena la halang.
“Cik kak..sudahlah menangis tu.Buat apa ditangisi?Ramai lagi yang gilakan engkau.Tu pakcik guard depan tu pun minat dekat kau.Pergilah couple dengan dia.Untung!Keselamatan kau terjaga”wah..lancangnya memberi nasihat.
“Apa?kau ni..muka aku punya cun macam ni kau suruh aku couple dengan Pak Manaf tu..ee tak nak la..”

“Eh..sedar la pulak yang kau tu cun..so apa susah..ko cari je jantan lain..Zack tu bukan hensem sangat aku tengok…acting je lebih..puihh”
Oppss~!!aku pulak yang semangat mengata Zack.
Nyza yang pada mulanya terhinjut-hinjut terus bangun bersemangat.
“Ya!! Betul cakap kau Faqy..ramai lagi yang nakkan aku..buat susah-susah je aku menangis..thanks Faqy..meh aku bagi hugs sikit”ceria sudah hati yang patah..=)
Maka berpelukan la mereka berdua.Tapi secara tiba-tiba Faqy merengek.
Eh kenapa pulak??

“Faqy..kau ok ke ?Kenapa kau teresak-esak ni?”
“Kau tau tak Nyza..disebabkan kau pokok kat hutan tu kena tebang “makin menjadi hinjutan nangisnya.
“Eh asal kau kata macam tu pulak Faqy?’bingung memikirkan apabila dia dijadikan punca.
Lantas jari telunjuk Faqy menuding kearah tisu yang berselerakan di atas katil.
MasyaAllah! Banyaknya!

“Sory la Faqy..aku ter emo tadi..maafkan aku kawan”
Nyza sudah masak dengan peel si Faqy.Pantang sungguh dengan kaki perosak alam.

“Zack..dengar kata U dah putus dengan Nyza..betul ke?”si kepoh datang.

“Hurmm”ringkas dan padat,tapi tiada makna di sebalik Hurmm tersebut.
“Kau memang dasar tak pandai menghargai perempuan.Kau ingat kau hensem sangat ke? Kenapa kau buat macam tu ha?”lancang saja suara Nina.
Pantang betul kalau ada lelaki yang suka memutuskan hubungan tanpa alasan yang kukuh.
Dasar lelaki!Sebelum dapat macam-macam cara diorang buat.Itula Inila.tapi bila dah dapat.Di buangnya macam sampah!

Zack bangun tanpa menghiraukan pekikan Nina.Baginya dia punya alasan yang kukuh kerapa hubungan ini harus diputuskan.Langkah kakinya laju mengarah ke tasik.Di tasik itula tempat permulaan mereka bertemu dan di tasik itulah dia..Arghh~!!pergi kau!!

Dibawah pohon rendang.Seorang gadis sedang asyik memerhatikan Zack.Barang kali lelaki ini punya masalah.Ahh..Masalah aku sendiri belum selesai sudah mahu tahu masalah orang.

Hafy.Seorang gadis yang gemar berseorangan.Dulu dia seorang yang cergas dan peramah.Tapi setelah dia dapat tahu bahawa dia menghidap barah.Segala perwatakannya berubah.Baginya untuk apa dia bergelak ketawa sedangkan dia tahu nyawanya di hujung masa.

Nyza masih lagi berteleku.Baginya apa yang terjadi pasti ada alasan yang kukuh.Dia kenal siapa Zack.Zack bukan kaki perempuan.Dia harus berjumpa Zack.Tapi bukan dalam jangka waktu yang terdekat.Biarlah masa yang menentukannya.

Zack teringat kali pertama dia melihat senyuman Nyza.Manis!Senyuman Nyza seperti air mineral.Walaupun tidak berwarna tapi ia menyegarkan..dan senyumannnya ikhlas..
Kasihnya pada Nyza tidak pernah berbelah bagi.Cuma selepas kejadian dia pengsan di tasik itulah yang membuatkan jiwa tertekan lantas memutuskan perhubungan mereka.
Hafy masih lagi menjadi pemerhati yang setia.

“Mungkin lelaki ini menghadapai masalah dan aku harus membantunya.Biarlah ini pertolongan aku yang terakhir sebelum nyawa terpisah dari badan.Ya Allah..berkatilah aku.semoga pertolongan aku ini merupakan satu pertolongan yang bermakna”menitis air mata Hafy.Namun ditabahkannya juga.Entah kenapa hatinya begitu dekat dengan lelaki ini.Seperti lelaki ini sangat- sangat memerlukan bantuannya.

Kaki dihayun kearah Zack.Dengan lafaz nama Allah dia menegur.
Entah mengapa Zack dengan senangnya mencerikan segala permasalahannya.Tanpa di sedari air mata mereka menitis.Ya Allah beratnya dugaan mereka.

Di satu sudut.Nyza turut merembeskan air matanya.Parah dan perit apabila matanya sendiri melihat Zack bersama perempuan lain di tasik.Niatnya baik.Niatnya mahu menyelesaikan segala masalah.Namun akhirnya ini yang terjadi.Apakah ini dugaan Mu??

Dua minggu selepas kejadian….

Hafy di wad 3 manakala Zack ditempatkan di wad 4.hati zack meronta untuk melawat gadis manis tersebut.
Dipandangnya Hafy dengan wajah yang sangat terluka.

“Hafy..Hafy sihat?Zack datang melawat Hafy ni..”
Mata Hafy terkatup rapat.Seperti yang sedia maklum Hafy tidak dapat diselamatkan.Hanya tunggu masa untuk Allah menjemputnya.

Zack teringat kata-kata Hafy sewaktu di tasik dahulu.

“Zack..hidup Hafy tak lama.Hafy harap selepas ni Zack boleh hidup dengan sempurna.Hafy bersetuju untuk dermakan buah pinggang Hafy untuk Zack.Selepas ni Zack janji dengan Hafy..yang Zack akan jaga Nyza dengan sebaiknya”

Ya Allah sungguh murni niat gadis ini sedangkan kami baru memulakan perkenalan.

“Nyza..Zack masuk hospital..komplikasi masalah buah pinggang.Doktor cakap dia dah tak lama”tenang Faqy menyampaikan cerita.
“Faqy..jika kau ingin ke hospital..sampaikan salam ku kepada Zack.Aku tak sanggup melihatnya Faqy.Biarlah dia menghabiskan sisa hidupnya bersama orang tersayang.Aku tak mahu ganggu dia Faqy”air mata meniti di tubir mata.Terbayang lagi gelagat Zack bersama seorang gadis di tasik.
“Nyza..janganlah macam ni.Lupakanlah hal yang lama.Mari kita pergi hospital”masih mahu memujuk.
“Usah lah Faqy.Tinggalkan aku sendirian”

Sebulan selepas itu..

“Nyza..Zack ada sesuatu nak bagi tahu Nyza”
“sudahlah Zack..Nyza dah lupa pun semua tu.Syukurlah Zack dah sihat semula”
“Nyza..dengar dulu..sebenarnya gadis yang Nyza Nampak tu bukan lah kekasih Zack..bukan pengganti Nyza..tapi sebenarnya dia…”
“Zack..dia sebenarnya apa..”

Nyza Nampak muka Zack sudah berubah.Tubir matanya mengalir air mata.Perasaan serba salah menghantui jiwanya.

“Gadis tu sebenarnya penderma organ.Dia yang derma buah pinggang dekat Zack.Dia menghidap penyakit barah.Dia dah tak da Nyza”air mata lelakinya tumpah.Tumpah di hadapan gadis yang dipuja.

Ya Allah.adakah ini semua kenyataan??Aku sudah salah tafsir.MAafkan aku Hafy.Semoga Rohmu tenang di sana

~nk lagi jom pergi rumah Kyra Ismera spe2 nak bleyh request ok..:)(:

3 comments:

Fina Sophie said...

so dramatic :)

Sofia said...

Bila org yg kita sayang tiada disisi, tiada guna lg menangis disisinya..

waahh.. xsangka hanis ada bakat ek jadi penulis cerpen... ok2.. keep it up!! nnt cube belajar selok belok dunia cerpen dgn org2 yg berpengalaman.. InsyaAllah boleh maju kehadapan.. hehe..

p/s: ayat akak macam cikgu tengah bagi ayat motivasi dalam report kad aje.. hehe

Kyra said...

tq..xpe kak..belajar dr sekarang..nty mmg akak nk tulis repord card pun..:)