Friday, August 5

Sebelum Mula Buat Duit Dengan Blogging...

Makin hari semakin banyak blog² baru muncul dengan macam² jenis skop. Tujuannya mungkin kepada for fun saja tapi kebanyakannya bermotifkan cari duit dengan blogging.

Ye buat blog bukan susah. Pilih template, ketuk² keyboard taip apa², dah siap. Paste code iklan banyak². Kemudian dengan berkobar-kobar tunggu duit masuk.

Masalahnya duit yang hangpa tunggu tu bukan dalam sehari dua boleh nampak hasil kalau hangpa belum ada aspek yang satu ni :

Kredibiliti.
Tak guna hangpa buat blog baru dengan keterujaan letak iklan² kiri kanan atas bawah blog, letak servis sms, letak servis itu ini kalau kewujudan blog hangpa belum diketahui ramai. Sapa nak pi blog hangpa? Apa best ke? What if i can get BETTER satisfaction reading other blog than yours even though the contents may be similar?

Jadi perlulah hangpa bina dulu hubungan dengan pembaca-pembaca. Rajin² blogwalk dan tinggalkan komen - di entry, bukan di shoutbox semata². Bagi informasi, selitkan hiburan sikit, yang penting jugak bagi peluang untuk pembaca dan pelawat tinggalkan komen. Kalau hari ni hangpa bercerita tentang boipren hangpa hantaq sms cintan cintun begitu begini, orang nak komen pun fikir 3-4 kali. Last² blah camtu saja. Lainlah hangpa ni seleb(et)riti, korek hidung berapa kali sehari pun ramai nak tau.

Dan pentingkan juga ORIGINALITI. Jangan expect hangpa akan dapat pelawat/pembaca/pengikut yang serius berminat dengan blog hangpa andai kata hangpa hanya copy paste dari sumber² yang slalunya tak dinyatakan. Kalau 2 daripada 10 entri adalah copy paste semata² boleh dimaafkan lagi. Tapi kalau blog hangpa hanyalah compilation hasil cilok hangpa dari emel, web/blog, youtube dan sebagainya, hangpa TIADA ORIGINALITI. Truthfully aku sendiri tak sapot sangat blog² pure copy paste unless you're my favourite blogger/writer. Sifat mata duitan hangpa terserlah sampaikan artikel entry tak berkualiti.

Kekerapan update pun perlu dititikberatkan. Kalau tulis entri pun 3 bulan sekali, kirim salamlah. Nuffnang nak muncul pun jadi segan. Update 12 kali sehari? Serius aku akan kedekut dalam bab melawat blog2 yang aku kira spamming dashboard dan blogroll aku.

Satu lagi pecahan kredibiliti yang perlu hangpa tau ialah motip update blog dengan entry baru. Kalau buat entry nak pekena pembaca (maksudnya tajuk gah gile, tiba² isinya pula lain dari yang diharapkan), kepercayaan pembaca boleh hilang sikit... sikit... akhirnya takde makna pun hangpa nak siarkan iklan kalau trafik sejuk. Yelah orang akan fikir "ah dia ni nak tipu lagilah, tajuk gempak habis. Jgn harap aku nak terkena lagi". Hangpa buleh untung ka kalau jadi camni?

Lastly, kemaskan iklan²/banners di blog hangpa. Kalaulah pelawat sampai dan terpaksa tunggu berminit² untuk loading page dipenuhi iklan² .gif/flash liplap menyakitkan mata, memang harapan cerahlah pelawat tu takkan kembali semula. Sikit sebanyak kredibiliti blog hangpa dah terjejas. Kalau adapun saje nak amek hati hangpa kot. Hohoh

Jadi pastikan hangpa ada dan sanggup bagi komitmen untuk tingkatkan dulu trafik ke blog. Sanggup promosi dengan etika yang betul (less spamming, more on good commenting attitude) sebelum difokuskan buat duit dari blog semata².

So apa pendapat hangpa? Ke mana hala tuju blog(s) hangpa? Comments below.

Jgn lupa jengok : ~CARA KEJI TINGKATKAN TRAFIK
Artikel ni diambik dari blog aku : ~SEBELUM MULA BUAT DUIT DENGAN BLOGGING...

27 comments:

kusut said...

heheh.. entry garang!

tapi nak menyokong.. banyak sangat blog yg buat aku menyampah.. ye menyampah tau! (... malu sendiri dengan intonasi nyah itu tadi)

paling tak suka bile blog letak gambar tak senonoh, termasuk la gambar tragik orang tak bernyawa. dia ni nak buktikan ape benda la agaknye

what kind of people la yg enjoy tengok gambar mayat aku pun tak tau

anyss said...

Salam,
Bukan senang nak tarik trafik ribu riban...ada masa, bila tengok blog2 glamer tu, bukan semuanya ada apa2 info pun, harapkan tayang gaya mulut je tapi orang serbu jugak. Itu yang tak paham!

Akhirnya kena balik ke nawaitu asal juga...untuk apa buat blog. Itulah juga akan jadi identiti...tiap blog ada pengikut tersendiri. Kalau kita nak ikut orang...tak kekalpun. sekejab dua kejab, ramailah orang terjah...lama-lama bosan juga kalau semua blog sama sahaja gayanya

chenta said...

setuju dgn tupai karan..

memula i start blog ni,tak tahu pun pasal duit, nuffnang semua ni. dh lama, baru tahu. itupun bila banyak blogwalking kat blog otai.. bila dh paham betul2, baru start dgn nuffnang. tp takde la update entry semata2 nak kejar duit. mmg tak dinafikan, kdg2 hampa gak bila tgk duit slow motion je nak meningkat, tp bila pkr blk niat ada blog, so rasa tak kisah sgt la. kalau ada, rezeki la.

tp serius la, blogwalking tu penting. tapi jgn sbb nak tinggalkan jejak, smpai komen entah pape je kat entry tu. mcm i, bila takde idea nak komen, i just baca je blog tu. tak tinggalkan jejak pun. lain kali dtg lg utk baca, kalau ada idea, baru komen.

tp itu cara dan pendapat i la..org lain, lainla caranya..

kata kila said...

uish.entry ni garang!tapi suka bca sempoi.betl jugak. tak suke pgi blog yg berat.arghh

Raja Fiqri Fauwaz said...

Hehe. Ada gaye marah je.

tak semua blogger, tulis blog nak cari duit.

ada yang menulis sebab hobi dia menulis. hehe. :)

nur.sa said...

sampai sekarang masih juga tak teringin mahu buat duit lagi dengan blog. sebab blog saya bukan ramai peminat pun. hahaa. anyway, tatau la kot-kot satu masa nanti teringin jugak nak letak nuffnang. tapi kang pening kepala plak saya nak buat entry untuk tarik orang. T___T

Sumandak Kinabalu said...

setuju dengan chenta
"memula i start blog ni,tak tahu pun pasal duit, nuffnang semua ni. dh lama, baru tahu. itupun bila banyak blogwalking kat blog otai.. bila dh paham betul2, baru start dgn nuffnang. tp takde la update entry semata2 nak kejar duit. mmg tak dinafikan, kdg2 hampa gak bila tgk duit slow motion je nak meningkat, tp bila pkr blk niat ada blog, so rasa tak kisah sgt la. kalau ada, rezeki la."

memang jeles kalau bloggers lain tayang sehari boleh traffik ribu ribu lemon. takpe belum rezeki kot. panas jugak telinga 'copy paste' nie, hahaha...sebab kadang-kadang saya pun buat begitu kalau idea tiada, anyway source/credit mesti dinyatakan ^ ^
rasanya kalau nak traffik tinggi nie, kena spend a lot of time depan komputer. but i don't have that time..kena kerja and balik rumah memang tiada mood dah nak buat entry. kalau nak berjaya tak boleh bagi alasan, so one day maybe i will involve myself seriously and do my best...hehehe
sekarang nie kira budak baru belajar, so pungut experience dulu...

KeCiK said...

Td baru check nuff, baru 25sen. :)

So apa pendapat hangpa? Ke mana hala tuju blog(s) hangpa?
25sen. Hala tuju jauh lagi kak. haha.

Tupai Karan said...

kusut,
mana lak garang.. serius tuh. hehe. owh blog gambar ngeri2.. aku pun xgemar.. kononnya 'untuk pengajaran dan tauladan' la depa letak camtu.. xpatut.. byk lagi kan cara lain kalau nk bg tauladan pun.

Tupai Karan said...

anyss,
betul tu. tapi yg sy peratikan, byk blog santai2 info copy paste memang byk orang follow, maksudnya kwn2 biasa pun baca dan sudi share. tapi kalau blog2 berisi ni, slalunya jadi perhatian sesama blogger ja, susah nak tarik perhatian kelompok pembaca lain.

ya ikut nawaitu, serta ikut kemampuan. Kalau paksa diri nak update walaupun tawar hati pun xbest jugak.

Tupai Karan said...

chenta,
itu lah syasya, sy pyn ada masanya block jugak takde idea nak tinggal komen kat entry, maka jadi silent reader saja. Kat chatbox tu bergantung pada mood jugak

Tupai Karan said...

kata kila,
garang ke? hehe stail sy memang camtu

Tupai Karan said...

RFF,
entry sy ni kalu RFF baca kat perenggan first skali, khusus untuk yg buat blog semata2 kejar duit. Utk blog for hobby/fun, entri ni xreleven sgt. hihi

Tupai Karan said...

nur.sa,
memang betul tu, kalau nak duit masuk, blog pun tak buleh buat gitu2 ja, kena stadi mcm2 utk tarik trafik. sampai terguna taktik keji pun nanti kita tak sedar. ngeh3

Tupai Karan said...

sumandak kinabalu,
hehe panas telinga ke. sowie.. sy tak maksudkan sesiapa, cuma tuju umum sj.

sy tengok trafik tinggi datang dari promosi dan satu lagi dari kawan2. utk org yg xdak kawan real life, mmg susah. blog pun sawang. org xglemer. jadi nak tak nak cari kawan dlm internet.

tu yg sy join blog ni, sesuai sgt la utk org2 yg kurang masa cam kita ni kan :)

koshary said...

blog pertama sy adalah blog friendster, yg sy buat atas dasar sbb dulu sy percaya sy kena join the internet community to change the world, one word at a time. (waktu spm mmg sy semangat mcm ni)

jdi sekrng sy mula berubah untuk menulis life stories, hoping yg ia akan inspire people one way or the other.dn kdng2 mmg tersasar objektif. (harapan tinggi)=p

dan sejak blogging ni sy jumpa dgn satu site ni, http://www.adfreeblog.org/
(sebab tu ada icon 'add free site' dekat blog saya.)

dengn meletakkn icon tu sy katakan;
By using this icon on my website I am stating...

1. That I am opposed to the use of corporate advertising on blogs.

2. That I feel the use of corporate advertising on blogs devalues the medium.

3. That I do not accept money in return for advertising space on my blog.

signed,

koshary.

apa pendapat anda?

Tupai Karan said...

koshary,
bagus, tetapkan pendirian, keep inspiring people :)

mungkin utk org2 lain pulak yg takde sumber pendapatan lain (kerja tetap luar rumah) dan memilih blogging (surirumah, oku, penganggur dsbgnya) tetap kena buat keputusan nak jadikan arena blogging ni satu yg mendatangkan pulangan $ atau sekadar mengisi masa.

soalnya nanti kalau trafik ke blog semakin meningkat, tak tergugat ke sikit pendirian? hehe

Chip said...

Aku setuju sangat dengan prinsip Ad Free Blogs yang koshary highlight kan tu. Malangnya, aku lebih tertarik dengan wng koporat juga!

Pepahal pun, keep it up. Bagus prinsip tu.

Berbalik pada topik asal, blog-blog yang paling aku benci adalah blog-blog copy-paste. Copy-paste kira OK lagi (tak semua orang ada original ideas dan kengkadang memerlukan sumber ilham) tapi bila copy pastu tak bagi credit kat penulis/photographer asal, itu memang bagi aku hangin...

koshary said...

betul jugak, sbb kita tak boleh nafikan yg blog boleh jdi sumber pendapatan. untuk orng yg xde masa ni mmg tkde harapan sngt la.=p

advertising brainwash tu mmg debate hangat komuniti dunia, kita fikirkan je lah buat masa skang ni.

tetap pendirian atau tak, itu kita kena tunggu trafik naik dulu baru boleh jwb. hehehe. =D

sYazY_dZaiMa said...

amboi, garangnyee, auummm :)
tapi,sangat setuju, saya dulu buat blog sebab mmg minat menulis, cita2 nak jd penulis tp tuptap amik course lain plak. dah dkt setahun camtu, baru saya tahu, ada nuffnang & mcm2, knal semua blogger2 otai. sedikit rasa malu sebab saya ni setakat menulis apa yang terlintas, kadang2 merapu. time mula2 dulu, siap marah org kat blog (tp sy dh delete semua post2 itu). sebab saya tahu org nyampah baca kan,haha..sekarang, blog dah bersih kot,hihi..anyway, thanx sebab entri ni slh 1 cara utk memperingati sesama kita,ngeee >.<

kusut said...

respek pendirian koshary pasal ad free blogs. if you believe in it man, stand up for it.

pasal copy paste kan.. plagiat (plagiarism) itu adalah satu crime. kadang2 kita copy post orang lain, paste, letak credits.. tapi still boleh masuk kategori plagiat tau. bukan 100% selamat bile letak credit.

aku rase paling bagus la, instead of copying and pasting, baik tulis pendapat kita pasal benda yg biasenye kita akan copy paste. lepas tu letak link to that post je. takde la banyak sgt artikel berita dr utusan.com (contohnye) kat blog seme orang

Fina Sophie said...

me letak ads nuffnang baru thn ni. haha :D sblm ni sejak 2006 blog, tak ambil tahu apa itu nuffnang. i don't blog for money of course, sbb utama saya sy reg nuff sbb saya nak guna report statistic dia, plus, iklan2 nuffnang cntikkan design blog i haha.

dan adalah juga naik sikit demi sedikit. cukup 2 atau 3 thn nti leh la guna utk bayar yuran tahunan domain utk stahun hoho. kalau nak jadikan income utama, kirim salam je lah.

chenta said...

terima kasih ye sumandak kinabalu sebab setuju dgn i..siap copy komen i lg..ehhehe

part yg copy-paste tu...

kalau buat assignment pun bila ada copy paste, lect pun suruh letak rujukan semuakan? so same goes to blog...

bagi saya, kalau saya ada buat copy paste (mengaku ni!hahaa), saya tetap akan beri pendapat sy. selalunya apa yg sy copy tu, ada sebabnya... so mestila nk ltk gak sbb sy copy tu..ada gak tak ltk pndpat i sbb itu mmg baca umum yg tak tahu dr mane sumber. cuma forward2 dr org..

papepun, tepuk dada, tanya tuan punya blog...hahahahaha ^_^

LePaK SiNi said...

entri yang menarik..bab copy-paste tu mmg x bole elak,maklum la baru belajar menulis blog..hehe

Fyzal said...

nice killing entry. ini baru kena setepek pada mereka yang berkenaan. once the mindset of blogging is wrong, impossible to succeed in it.

tp ini memang fenomena yang berlaku - terutamanya masalah entry copy and paste tanpa bagi link atau kredit. jadi sama-samalah kita ubah attitude dalam berblogging semua aktivit ni jadi benda yang lebih bermanfaat dan dapat bagi maklumat dalam cara yang ada "moral".

Amirul Amin said...

bagus2..tq

iam_JoyDee said...

Memang best entri ni... klu sesiapa bca bley terasa!!! ^_^ good job bro...