Wednesday, July 6

Saya Dah Bertaubat Encik!


Sambil baca entri oleh fariehan ibrahim di 100 penulis , teringat pula saya satu kisah benar dari pengalaman bekerja saya.Kisahnya begini, seorang peguam didatangi oleh dua orang klien lelaki yang berpakaian wanita yang agak seksi kerana dituduh dalam kes penyundalan. Buat pengetahuan rakan-rakan, kakitangan-kakitangan di pejabat juga hampir keliru untuk memanggil gelaran "Encik" atau "Cik" terhadap si klien ini dan betapa "cantiknya" si klien ini. Apa saya yang dapat tahu, si tertuduh ini memang tidak bersalah kerana dia hanya berlalu sahaja di kawasan kejadian, jadi seharusnya pembelaan terhadapnya dilakukan.
Segala maklumat diambil, si peguam ini menasihatilah si klien, "kenapa berpakaian macam ini, cubalah berubah"  .Mungkin mengambil kesempatan untuk berdakwah sambil mencari pahala. Si klien hanya tersenyum dan mengangguk.

Beberapa minggu kemudian, datanglah seorang wanita, lengkap berpakaian menutup aurat dan bertudung dan mengenalkan dirinya kepada si peguam "Terima kasihlah En. Peguam, Saya dah bertaubat dan insaf. En. juga yang menasihati saya supaya berubah." katanya sayu sekali. 

Si peguam tercengang, siapakah gerangan si wanita ini, memang anggun dan bersifat muslimah, rupanya, si lelaki yang berpakaian wanita yang telah dinasihati olehnya supaya berubah menjadi lelaki sejati, bukanlah berubah untuk pakai tudung!Aduh,si klien salah faham rupanya.Ada ke tudung itu tanda keinsafan?

Namun begitu, nasib tidak menyebelahinya di dalam kes penyundalan tersebut.Dia dituduh bersubahat membuat penyundalan dan berpakaian seksi dan dijatuhi hukuman denda.Pada hari keputusan tersebut, saya diarah oleh majikan saya untuk mewakilinya bagi mengurangkan hukuman. Dia juga berpakaian lelaki dan jelas nampak sifat kelakiannya.Sudah insaf agaknya.

8 comments:

nur.sa said...

adeh.. ayat kena lagi terang,jelas dan nyata kot. hahahaha.

kalau dia berubah alhamdulillah. :) hensem tak?hahaha..

Mummy Nana said...

kisah benar eh??? Xamik gambar ke?? mcm curious lak nak tgk... heheh.

anyss said...

Salam,
Baik letak gambar dia yang ensem tu...senang nak lariiiii kalau dia ngurat hu hu hu

humbleyat said...

@nur.sa;ayat dah terang, kembali ke pangkal jalan.tp dah salah faham..hehe mcm tu lah jadinyer..
tapi dah jd lelaki, hensem la..and tak sangka die adlh "wanita yg cantik"

@MumMy Nana:
ye, kisah benar, gmbr ek, kene rahsia la..kita kan kene jaga aib org hehe

@anyss:
hoho..takpe anyss.mungkin time die ngurat anyss die betul2 dah berubah kan?hehe

kata kila said...

alamak.bahaya ni.ekeke

Fina Sophie said...

pengalaman2 mcm ni yg mematangkan kita sedikit demi sedikit ;)

humbleyat said...

kata kila:
hehe memang bahaya.ada banyak lagi pengalaman bersama golongan ini.kelakar la..kene kejar sampai kena baling kasut pun ada.;-)

Fina sophie:
pengalaman mematangkan kita dalam menasihati golongan yang mcm ni.take it as our social responsibilty;-)

Q said...

bukan orang luar. muslim itu sendiri menjatuhkan maruah islam. hm...