Wednesday, September 22

Sampai Hati Diorang kan??

Baru masuk second entry dah blank tak tahu apa nak tulis. Eh tipu, Idea datang bergulng guling tapi tu time atas katil waktu malan bila nak tido.. tapi pasal dah diapit anak anak kiri kanan camna nak bukak laptop bagai semua. Harus budak budak nie bangun. Tak tido terus lah gamaknya nanti.Tapi pagi nie bila depan laptop.... haish.... kapish... semua  hilang.


Korang pernah ke alami situasi cam akak nie? Eh sesuai ke panggil akak? Akak nie tak de lah tua sangat. Tapi nanti hasben akak jeles pulak kalau akak bahasakan diri akak nie Adik manja ke.. Adik Comel ke.. takut akak kena ngorat. Haha jangan gelak.. ye akak perasan... sekali sekala ahaks....


Anyway, walaupun berada di perantauan tapi semangat Malaysia tetap ada. So benda yang paling akak buat untuk ingat Malaysia ialah dengan membaca suratkhabar online.Aci ke gitu?  Tak kiralah Utusan ke, Berita Harian ke, Harian Metro ke dan lain lain. Tapi 3 surat khabar nie wajiblah. Kira Jauh dimata dekat di hati. Apa yang menarik perhatian akak/merungsingkan jugaklah....... mmmmmmmm




Selain dari berita terkini pasal politik, hiburan dan yang lain2.... yang menjadi kerisauan akak ialah pasal masalah Pembuangan Bayi yang makin menjadi jadi. Ok takdelah risau mana pasal tak de kena mengena pun ngan akak tapi tak paham lah dan sangat sedih apasal lah budak2 zaman sekarang nie berkelakuan cam nie. Di mana silapnya? Sapa yang harus dipersalahkan? Apa yang perlu kita buat sebagai warganegara yang Prihatin? Diorang nie dah gila ke apa? Tak ingat Pembalasan Tuhan ke? Iskh.... Nauzubillah.

Sampai hati diorang kan? Berani buat tapi tak berani tanggung. Akak pun taknak elaborate panjang2. Tapi memang tak paham bayi yang comel yang suci nie diorang campak campak buang buang jek macam anak kucing. Eh Mak kucing pun tak buat cam tu tau. Cuba tengok anak anak kucing yang comel nie? Nie kucng terbiar kat luar rumah....



Sanggup ke korang buang? Akak tak amik kucing kucing nie jadi anak angkat, akak kasi susu segar jek pasal anak anak akak nie Ailurophobia. Hah apa tu?  Rasa cam genius lak guna perkataan canggih canggih nie padahal copy paste jek dari Miss Kira nya entry. Ahaks.

So apa pendapat korangs tentang masalah nie? Pada pendapat akak dari diorang buang baby nie baik diorang buang menda yang mendatangkan hasil contohnya buang kentang yang dah tak terpakai yang dah tumbung akar2 tu.. buang dalam tanah boleh tumbuh kentang baru. Dapat hasil boleh makan. Macam yang akak tulis dalam blog akak tu.Sila sila jenguk kalau nak tengok camna hasilnya...

17 comments:

nur.sa said...

yep. dorang sampai hati buang anak. jangan satu hari nanti anak pun buang diaorang bila dorang dah tua time tu.

Mummy Nana said...

Nur.sa: Tulah sedih kan... :-( masa diorg akan tiba....

Sofia said...

sadissss... baby yg di buang2 sumenya comei n normal belaka!!

kusut said...

pilu

orang2 ni tersangat desperate. tak ada support system untuk lindungi diorang dr malu terhina atas kesilapan sendiri. kesian org2 yg desperate ni dan kesian kat anak yg tak bersalah. honestly kata, a sign that we are failing as a society

Raja Fiqri Fauwaz said...

pasal ni dah tak boleh nak cakap apa dah.

humbleyat said...

kes pembuangan anak dah merosakkan nasab kita sebagai org Islam.sedangkan Islam menuntut untuk memelihara nasab keturunan.Lagi satu,"mereka2" ini telah dicabut sifat malu dari diri mereka.nauzubillahhiminzalik!

✿ismi:Nauratul Nadiah✿ said...

Jahat ouh diorg..
bayi yg xberdosa jadi mangse..huhu

amira said...

kesian.. kat akhirat esok bayi2 tu tuntut nyawa dia kat akhirat esok.. tak cium bau syurga dah!

Danial Ikhwan Jaafar said...

sama-samalah kite memastikan diri sendiri, kaum keluarga dan sahabat2 kite tak terjebak dalam masalah ni.

Cik Liz a.k.a Leza said...

sedey :(

Mummy Nana said...

@sofia: tulah sadis kan... mmg comei2.. nak2 yg kena buang kat shah alam kat sign board tu... ;-(

Mummy Nana said...

@kusut: Mmg Pilu.. kesedaran tu kena dtg dari diri sendiri jugak kot... tapi biasalah manusia cepat lupa... tgh seronok apa pun xpikir ye tak.. Kita sebagai org luar pulak mampu bercakap.... yang kesian baby2 tu semua....

Mummy Nana said...

@Raja & Nauratul : Tulah xreti dah nak ckp apa... mmg jahat, zalim dan kejam diorg nie

Mummy Nana said...

@Humbleyat : Rosak nasab kita, rosak bangsa, rosak segalanya... diorg nie lupa kot pembalasan Allah xingat dosa..

Mummy Nana said...

@Amira: Semoga mereka semua insaf dan bertaubat... Allah tu maha pengampun

Mummy Nana said...

@Danial: Betul betul tu.. apa yg kita perlu buat pastikan diri kita keluarga kita dulu xterjebak benda2 mcm nie... kalau kita care each other mungkin xjadi semua tu. Tapi tulah nama pun manusia. benda yg dlarang lagi best nak buat.. kalau kena tegur mesti melenting ckp jgn campur urusan aku!

Mummy Nana said...

@Cik Liza: Sedey ;(