Friday, September 3

Salam persahabatan.

  Assalamualaikum dan salam persahabatan kepada admin-admin serta pembaca-pembaca blog ini. Penulis
merupakan salah seorang admin dalam blog ini, merasa sangat bertuah dapat bersama-sama berganding bahu bersama-sama bloggers yang lain menjayakan 100penulis ini.
   Semoga dengan adanya cetusan idea 100penulis ini, dapatlah perkongsian ilmu dan maklumat disebarkan demi kepentingan bersama. Sedikit biodata tentang diri penulis, masih berjinak-jinak dalam dunia penulisan, sedang belajar dan menumpukan skop penulisan kepada misteri dan warisan alam semula jadi
  Antara objektif penulis dalam penulisannya adalah bagi menuntut usaha penceritaan semula kegemilangan silam kepada masyarakat umum, membangun perasaan kecintaan terhadap misteri alam dan ketamadunan bangsa, mencetus rasa kepunyaan dan iltizam unutk memulihara khazanah bumi serta melahirkan perasaan kebertanggungjawaban untuk diwarisi oeh generasi akan datang.
   Semoga kehadiran blog 100 penulis ini dapat memberi inspirasi kepada penulis-penulis muda berkarya seterusnya dapat menjana pelbagai idea baru serta berkongsi pelbagai maklumat yang berguna.



5 comments:

Q said...

salam kenal dan selamat menyertai 100 penulis din...

cIk JanNah said...

salam kenal.
cik jannah here!

Ratu said...

salam kenal hdin... slamat berkarya ye... :-))

Fina Sophie said...

semoga. :)

slm kenal dari fina sophie ;)

myravea said...

salam kenal dari myravea *winkwink