Friday, September 3

r.k melapor diri

Hi penulis 100penulis , pembaca 100penulis , peminat setia 100penulis serta mereka yang suka sangat dengan butang 'like' .

Boss , ghua ada soalan .

1. Kita ada 100penulis dan penulis boleh tulis bila-bila saja mereka nak tulis . Dibuatnya pada satu-satu masa , 45 orang tulis dalam masa 2 jam , ada yang serentak ada yang kena tinggal satu tiang . Jadi kebarangkalian untuk 'post tidak dibaca kerana tidak sedar keujudannya' adalah sedikit tinggi , terutamanya bagi mereka yang tidak menggunakan aplikasi google reader . Maka apakah solusi bagi situasi ini ?

2. Mungkin cara terbaik ialah menggunakan label . Tapi , jika post berkaitan makanan ada yang letak label makan , makanan , food , isi perut , sedap , KFC , LFC , kenyang , satay kajang , perut gendut dan sebagainya maka akan terjadi kekeliruan disana . Untuk pengenalan pun sudah ada label intro dan sesi takruf . Maka apakah cadangan solusi untuk situasi ini ?

3. Ghua suka menggunakan label sebagai :p/s .Maka label akan menjadi sedikit panjang , mungkin banyak panjang . Adakah tabiat ini dibenarkan ?

4. Ghua tengok setting masa dekat 100penulis macam tak kena saja dengan jam Malaysia .

Sekian , ghua adalah penulis blog separuh masa berjantina lelaki memandangkan kerjaya ghua sebagai seorang pencari ilmu memerlukan lebih masa walaupun sebahagian besarnya digunakan untuk blogger , tumblr dan facebook . Untuk itu , ghua ucapkan selamat berbuka puasa bagi mereka yang berpuasa , buat-buat puasa dan puasa separuh hari . Buat mereka yang tidak puasa , selamat menjamu selera . 

10 comments:

100penulis said...

nombot 2 telah dicatat dalam guideline (Editor's Area). Saya sedang siapkan skrip+code utk membolehkan editors berdiskusi tertutup.

no 4 dah dibetulkan

no 1 sedang diconsider

no 3 tak faham

R.K said...

haha , 2 dan 3 isu label . jika laman ini menjadi tapak dan post penuh dibaca di blog penulis sendiri , tiada masalah apa-apa rasanya .

:)

Tupai Karan said...

macam gengblogger (contoh), sekali ping, lepas tu nak tengok entry kita dah jauh ke mukasurat seterusnya sbb ramai org ping jugak. so aku rasa normal lah ni.
r.k. kata tu mmg btul, label kena ringkas, xpyh byk2 :)

K. Beyazid said...

cadangan aku untuk label just tulis nama yang menulis entri. cthnye kalau entri 2 ditulis oleh A maka labelnye harus ditulis namanye iaitu A...ok x?

Ratu said...

salam kenal... slamat berkarya RK... :-))

Fina Sophie said...

hi RK. sy tertarik dekat point number 1 tu.

sy rasa kita perlu buat satu sistem publish/ping supaya adil utk smua org. kalaulah 100 blogger ni publish entri masing2 dlm sehari, tak larat nak baca semua 100 tu sekali.

kalu yang gengblogger tu, ahli komuniti terlalu ramai, sukar nak kawal. tp kita ada seratus je. shud be more systematic. pandangan. :)

R.K said...

tak perasan pulak ada discussion dekat sini .. tapi rasanya admin dah setelkan perkara berbangkit .. :) masa mula-mula ni memang slow , tapi dah lama sikit nanti , meletop dah ghua rasa ,

cheers mate , cheers love .

*salam kenal juga ratu , :)

KeCiK said...

weh, lu mcm desperate je. haha. jumpa plak kat sinik. awesome kau!

CikGadis said...

slm kenal. haa.. dh berkurun dlm 100penulis bru nk kenal hahaha.

Jemput singgah teratak saya : Selamat Hari Raya Haji =)

r.k said...

KeCiK : look whos talking mate ?

CikGadis : salam kenal love .