Monday, September 13

Rinduku Pada Ramadhan.....

Assalamualaikum semua..
1000 kemaafan andaikata pos kali ini tidak mencuit hati kalian..Bukan apa, sebaik sahaja mendengar alunan takbir raya, hati saya rasa sayu sangat. Ramadhan telah pergi dan saya bimbang amalan-amalan yang kita amalkan sepanjang Ramadhan akan terkikis sedikit demi sedikit dek hasutan syaitan yang terlepas dari  dirantai.

Detik ini, hanya iman kita yang akan menentukan sama ada kita akan terus istiqamah atau tidak. Tambahan pula kita pula masing-masing seronok berhari raya sampai boleh lupa solat di awal waktu, tidak menutup aurat, pergaulan tanpa batas, makan yang berlebihan dan sebagainya. Nauzubillahimin zalik!

Jadi, apa kata kita semua mengambil semangat Aidilfitri dengan;
  • Berpuasa sunat pada hari Isnin dan Khamis.
  • Membaca Alquran (kalau boleh 5 mukasurat setiap kali lepas solat,InsyaAllah dalam sebulan boleh khatam)
  • Biasakan berselawat dan berzikir.
  • Solat Sunat Malam.
  • Mengurangkan Perbelanjaan.
  •  Solat berjemaah
  • Mendengar ceramah agama, kuliah (Youtube pun boleh, tetapi lebih afdhal di masjid dan tempat yang diberkati)
  • Mengurangkan makan minum dan mudah berlapar.
  • Bersedekah.(Sentiasa bawa duit kecil untuk besedekah dalam poket)
 Kalau kawan-kawan semua ada cadangan lain, kita sama-sama kongsi yerk..

SELAMAT BERPUASA ENAM!;-)


4 comments:

~iqbalhafifi~ said...

bagi duit raya kt bdk2..(sedekah)..

kata kila said...

nice entry!!!!

sYazY_dZaiMa said...

senyum (kan sedekah). tapi saya suka entri ni, dapatlah mengingatkan kita mana yang terlalai :)

humbleyat said...

iqbal:yesza..harus banyakkan sedekah...
kata kila:tqvm..;-)
syazy: moga kita tak tegolong dalam dalm golongan yg kerugian.
nizam: yela..biasanya kita semua ni asyik nak pikir seronok jer...boleh nak seronok tp perlu lah secara bersederhana...apa salhnya smbil shbt 100penulis berseronok, kita saling ingat mengingati..;-)