Tuesday, September 28

Rewang kenduri kahwin

Peh.
Sudah dua hari berlalu, sakit badan tak hilang lagi.
Kesan-kesan kenduri masih dapat dirasai.
Penat belakang cerita, yang penting rasa kerjasama dan persaudaraan erat tu sama-sama kita rasa.
Ini kenduri kahwin dekat kampung bang. Orang tak kisah kalau kau nak pakai katering, tapi kalau kau buat gotong-royong lagi orang suka.

Itu pun kalau keluarga jenis yang bercampur dengan orang kampung. Kalau jenis yang kenduri orang nak nampak muka kau pun susah, mintak maaf la, ada ke yang nak tolong?
Kenduri kahwin kali ini, di rumah bapa saudara saya, cukup meriah. Dua ekor lembu habis. Nasi minyak dua kawah. Nasi putih tak sempat kira berapa periuk.
Kali ini budak-budak muda paling gembira sebab kami dapat ambik bahagian acara gulai kawah. Bukan senang orang lama mahu kasi budak muda jaga gulai, tapi jaga dan gaul sajalah, yang buat ramuan tetap orang lama.
Ah, yang penting kami orang-orang muda sudah dapat kepercayaan jaga gulai. Lain kali boleh cuba lagi.
Saya pun tak ada benda lain dah nak cerita. Gambar dengan video kenduri saya akan upload di blog saya. Jemputlah ke blog saya kalau nak tengok. :)
Raja Fiqri

4 comments:

Mummy Nana said...

Tulah penyakit masyarakat melayu sekarang... tak macam dulu.. nak tolong menolong antara satu sama lain pun susah. Tapi mmg best pengalaman gotong royong buat kenduri kendara nie....riuh sekampung... arrghh.. rindunya..

KeCiK said...

Siang kenduri, malam lagi happening. Main rebana sampai pagi buta. Borak2 ngan sedara sepupu sepapat pekena kopi. Acara buka hadiah dan angpau.

Kat setengah tempat panggil berkampung. Kak Leha provide telur, Kak Lijah provide gula, Kak Milah provide minyak. Makciks2 bwk pisau sendiri berbalut sotkabar. Masing-masing giv n take.

This is what I call solidarity. Perpaduan dude!

Q said...

selagi ada gunakanla. teringat dulu-dulu rewang. budak lelaki khas basuh pingan je. mane la tak pecah. hahahah....

✿ismi:Nauratul Nadiah✿ said...

Woahhh bestnye knduri kawen kt kampunggg..
rindu nk gi knduri kawennn...huhu