Monday, September 27

Remaja Sekolah Jadi Jutawan Muda

Salam...

Apa khabar sahabat-sahabat blogger yg disayangi sekalian...?
Semoga dalam keadaan sihat-sihat sahaja.

Hari ini, Poet Dusun Bayu hendak kongsikan satu lagi sisipan berita daripada Utusan Sarawak...
Tajuknya: Remaja Sekolah Jadi Jutawan Muda

Pastinya menarik perhatian andakan?

Jom baca sama-sama...

Remaja Sekolah Jadi Jutawan Muda

NORTHAMPTON, Isnin- Seorang remaja sekolah di Britain, Christian Owens mencipta sejarah apabila dia berjaya memperoleh kekayaan £ 1 juta (RM4.9 juta) dalam usia 16 tahun selepas memulakan perniagaannya dua tahun lalu, lapor sebuah akhbar.
Dia yang berasal dari Corby, Northamptonshire di sini mula menjalankan bisnes dengan duit poket sendiri pada usia 14 tahun apabila melancarkan laman web Max Box Bundle yang menjana perolehan £700, 000 (RM3.5 juta).
Owens kemudian menubuhkan syarikat iklan menerusi Internet, Branchr pada 2009 yang memperolehi £500, 000 (RM2.5 juta) tahun lalu dan kini turut dilanggani firma bidaan ternama, William Hill serta laman web sosial MySpace.
Inilah Owens si jutawan muda yg di maksudkan... (Sumber gambar: Encik Google)
 
Walaupun sibuk, dia hanya aktif selepas waktu persekolahan dan hari hujung minggu namun Owens kini mampu menggaji lapan pekerja, semuanya orang dewasa serta merancang membuka dua cawangan tahun depan. Dia yang kini tinggal bersama bapanya yang merupakan pekerja kilang, Julian, 50, dan ibunya, Alison, 43, setiausaha sebuah syarikat, mendapat idea menjadi jutawan muda daripada kisah kejayaan Ketua Eksekutif Apple, Steve Jobs. -Agensi

Sumber: Utusan Sarawak/17 Ogos 2010

Macam mana sahabat-sahabat?
Owens berjaya menjadi jutawan dengan hanya melalui Iklan di Internet...

Orang kata, kalau hendak berjaya, kita kena berusaha bersungguh-sungguh.
Bukan susah untuk menjadi senang...
Sangat senang untuk menjadi susah...

Harta dunia memang kita boleh cari...
Tapi, hanya untuk di dunia sahaja...

Carilah "harta" yang boleh dibawa sebagai bekalan di akhirat nanti.
Saya pasti sahabat-sahabat semua tahu "harta" yang saya maksudkan...

Sekian...

4 comments:

Raja Fiqri Fauwaz said...

Macam mana sahabat-sahabat?
Owens berjaya menjadi jutawan dengan hanya
melalui Iklan di Internet...

Saya rasa penggunaan hanya tu tak berapa sesuai. :) bukan senang menguruskan sebuah laman web.
Orang kata, hendak sribu daya, pemalas seribu dalih. Hehe..

Mungkin nanti ada anak melayu yang boleh jadi macam itu. Ponteng sekolah pegi cc, youjiz.. Haha

nur.sa said...

teringat pulak satu lagi kisah remaja di us kot, yang menjana wang melalui penjualan jem buatan sendiri. dia buat sendiri dan dipasarkan di pasaraya. hasilnya, kaya! budak lelaki ok.

semua orang nak kaya,kan. :) moga berjaya untuk semua. kejayaan yang pastinya kena diiringi dengan usaha.

kusut said...

bijak budak ni. apa yg dia buat bukanlah website semata2, tapi satu sistem. keyword dia 'sistem'

kalau la kita jutawan cam dia, makin banyak amal jariah kita boleh buat. bayangkan sorang jutawan yg dirikan 100 surau. orang kaya pun boleh beramal jugak kan?

Ahmad Zaki said...

Assalamualaikum..,

Kita digalakkan dlm Islam utk menjadi kaya agar dpt kelebihan utk beramal. Tetapi kaya yg mcm mana? Ianya kaya yg disertai dengan Islam, iman dan ehsan.

Perlu diambil berat ialah sumber sesuatu jalan ke arah kekayaan.., sama ada halal atau haram atau bercampur (HALam). Keberkatan dlm pemilikan harta menjamin manusia ke jln hidup yg bahagia zahir batin, dunia akhirat.

Bila sudah mencapai tahap tertentu, Islam sudah ada mekanisma utk membantu org lain yg miskin zahir iaitu dgn ZAKAT. Ramai org kerap lupa atau tiada kesedaran berzakat. Zakatlah yg menjana ekonomi negara, bukannya rasuah.

Ada juga blogger yang berjaya menjana pendapatan lumayan dari blog mereka tidak ada kesedaran berzakat. Tidak kiralah jika pendapatan itu dtg dari imbuhan, saguhati, bonus mahupun keuntungan, apabila sudah mencapai tahap tertentu, wajib para blogger menunaikan tanggungjawab tersebut.

Saya sudah membuat artikel berkenaan dgn hal ini iaitu di:

http://smskey.blogspot.com/2010/09/pendapatan-dari-blog-terfikirkah-anda.html

Bersihkan harta, Sucikan jiwa