Friday, July 8

Rasa Macho bila Merokok?

Sekarang ni, merokok macam dah jadi trend. Bukan sahaja lelaki ketagih narkotin tu, perempuan pun dah jadi makin hebat. Dah merokok secara terang-terangan di khalayak ramai. Tanpa silu. Tak rasa bersalahpun.

 

Betul ke orang kata (orang yang merokoklah kata), bila merokok mereka lebih nampak macho. Ada gaya. Stylo. Ikut peredaran zaman? Betul ke orang kata, kalau tak reti merokok maka kita akan digelar jakun, prak, ulu,  dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya?

Bagus sangat ke merokok? Sedap sangatkah telan asap dan segala bagai narkotin tu? Padahal kita semua dah tahupun manfaat rokok. Kalau kita beritahu perokok “merokook tu bahayakan kesihatan…” dia orang memang dah sedia tahu. Cakap pun tak guna. Bagi yang belum tahu, bolehlah baca entri yang pernah saya tulis tentang ni di Siapa yang lebih kau sayang?.

 

Soalnya sekarang, kenapa mereka tu suka hembus asap rokok ke persekitaran? Tak kesahlah orang lain boleh terima ke tidak, mereka tetap hembuskan juga asap itu ke persekitaran terbuka walaupun ada tertulis “Dilarang merokok”.  Soalnya lagi, bukan semua orang tak ambil kesah dengan asap yang bahaya itu. Bukan semua orang boleh hidu asap yang busuk itu walaupun wangi pada lubang hidung perokok. Kenapalah mereka ini tak mengerti…

32 comments:

KeCiK said...

Tak mati kalau xde rokoks, tapi mati lah kalau ada rokoks.

I was a smoker jugak. :(

anyss said...

kecik: ada @ x de rokok, mati tetap mati bila dah ajalnya tersurat...hanya kerapkali ramai perokok tak sensitif dengan orang keliling yang dah buat2 batuk pun...buat donno je. Tetap jerebukan kawasan sekitar hingga orang tak selesa.

Kalau hormat orang keliling, dah tentu dia pi merokok jauh2 sikit...x ganggu orang lain

humbleyat said...

orang perempuan merokok dikira menyalahi adat dan tidak bermoral..tak bagus tu...anti btul org prp merokok..rasa nak siram api rokok tu ngan pemadam api..hehe

~iqbalhafifi~ said...

merokok mmg ade GAYA..gaya nak mati cepat2..haha

Aida Ismail said...

kalau kat uk, pompuan smoking macam bnda biasa je, i mean kalau minah saleh tu memang la biasa kan, ni yang tak tahan..student malaysia yang pompuan pun merokok sama..hmmmm, kita tengok pun kita mengucap panjang..

nur.sa said...

kalau yang bertudung litup tu, tapi hisap rokok jugak, kat celah mana nak nampak machonya ek? huhu..

sendiri cari penyakit orang yg suka merokok ni. bunuh diri secara diam/slow.

ASaDa RyutaRo said...

isk.. merokok bukan bahayakan kesihatan perokok je, tp org sekeliling dia jugak.. klu kat Egypt ni, merokok tu haram, tp org jual rokok masih berleluasa.

kusut said...

yg muda je pikir merokok tu macho. yg dua dewasa sikit kata merokok nak melepaskan stress (jugak satu misteri pada aku). yg tua kata merokok sebab ketagihan.

yg nyata kan.. kos rokok kalau sehari rm10, x30 hari = 300, x12 bulan = rm3600. fuh kalau aku pompuan.. tiap2 tahun aku beli handbag designer brand

tu kalau duk kat m'sia. kat adelaide ni rokok 24s sekotak $10. $10 = (roughly) rm30. fuh!

Malek Ku said...

xmacho pun

Raja Fiqri Fauwaz said...

tak macho. tapi kalau dah terlanjur hisap dari sekolah-sekolah lagi nak buat macamana. beso-beso dah ketagih. tak boleh buat ape la..

kusut said...

@RFF (malas menaip nama penuh.. ampun kalau offended) bukan takleh buat ape. boleh je. tapi effort kene lebih lah.

old habits die hard.. it can be killed.

Azza ShanShan said...

Rasa2 nyer, perkataan macho tuh
digunakan oleh bbudak sekolah yg
rase diri dia dah besa sbb dpt isap rokok. Soalnya merokok di kawasan larangan ataupun tidak, itu bergntung kpd thp kesedaran smoker.

maharam said...

Salam,
Apalah sangat machonya kalau...bau rokok mengalahkan bau perfume ;)

anyss said...

humbleyat: jirus je sebaldi ayaq hu hu hu baru meriah skit

IqbalHafifi: Perokok memang dah sedia tau depa ada Gaya untuk cepat Mati tu...tapi, biasanya mereka akan menyesal bila masa dah terlambat

anyss said...

Aida: Benda2 tak elok tu la yang mudah nak tiru...kerja keras minah saleh kat sana tak mau la pulak tiru kan

anyss said...

nur.sa: ada ke pompuan bertudung merokok? Kalau ada...boleh tabik spring kat depa ni hu hu hu

anyss said...

AsaDa: Yang haram itu lerrr tarikannya lebih tinggi. maklumlah...benda terlarang. Lagi larang, lagi la nak

Kusut: Huihhhhhh besar jugak kos benda alah ni kan. Kalau masuk tabung, dah boleh pegi nyelam kat Mabul tu...

anyss said...

Azza: Kalau dah gian, mana nak ingat lagi tempat larangan ke tidak

maharam: Itu yang buatkan rasa geram sangat dengan depa ni...BAU

Chip said...

Rokok memang beshtt. Nie ikhlas dari seorang ex-smoker (dah 4 tahun berenti Alhamdulillah). Tak bole dinafikan ke-best-annya TAPI walau macam mana pun best rokok nie, banyak lagi yang tak best pasalnye.

Kalo kat US ngan Europe, orang dah start pandang hina dekat perokok. Jadi, syarikat-syarikat rokok dah menggelabah pasal orang tak beli rokok diorang. Syarikat2 nie target pulak market Asia.

Lelaki kononnya macho kalo isap rokok dan pompuan pulak kononnnya sophisticated. Takde macho atau sophisticated nya kalo dah bau macam susu masam 24 jam dan gigi dah serupa stalactite dekat Gua Niah tu hah.

Jangan terpedaya. Berentilah isap rokok.

koshary said...

inilah benda yang ramai orang orang kita pejam mata jek.

kalau ikut fatwa Selangor, Kedah dan Pahang. Merokok ni dah kira haram tau.

tapi kita pejam jugak mata. rapat.

-sekolah dulu hisap jugak rokok.=I

Mummy Nana said...

Eh ada org pompuan yg bertudung merokok contohnya isteri penyanyi rock terkenal kat mesia... ehem..ehem.. matilah akak kena banned dtg konsert dia lepas nie.. ahaks.. nasib baik lah kat Ireland nie kebanyakkan semua tempat di larang hisap rokok.... ;-)

Clarky Afif said...

i used to be a social smoker sebab bila lepak among friends, i wanted to feel belonged to each other and cigar/cigarette tastes better when taken with coffee.

now? heyyy...sayang nyawa woh!

wait...apa soalannya?

kusut said...

eheh yg komen sini ramai against rokok ek. adekah perokok tegar memang tak baca post ni atau diorang taknak masuk dlm firing line anti-smokers sini?

anyss said...

Chip: Tahniah. Bukan mudah nak berenti kan? Saya memang tabik spring dgn orang yang boleh berenti sedut jerebu ni ;)

Kat Malaysia, orang yang pandang keji kat perokok kena pandang balik dengan dia orang tu. Macam kita lak yang salah sebab tak sudi sedut asap rokok hu hu hu

Terima kasih dengan pesanan penaja tu...berdasar pengalaman

anyss said...

Koshary: Saya pejam mata masa tdo je ;)

Mummy Nana: Kat Malaysia pun banyak tempat dilarang merokok tetapi ada depa ni peduli? Wat bodossss je! Penguatkuasaan pula tak ada, lagilah depa tak heran. Cuba sesape yang langgar peraturan kena denda ke apa...mesti depa hormat orang lain skit

anyss said...

Afif: Saya lebih suka orang tahu dan hormat dengan pendirian sendiri. Kalau saya tak minum kopi, saya cakap saja saya tak minum...dan tukar dengan neskefe. Bila kawan2 tau saya ada pendirian sendiri, dia orang tak akan paksa, malah boleh terima.

Ramai orang merokok sebab "sosial" macam ni...jangan jadi habit nanti dah lah, kesian saya nak kena hidup dalam habitat yang berjerebu sebab lelaki yang tidak merokok dah makin pupus ;)

anyss said...

kusut: perokok tegar memang dah tahu semua komen2 sebegini akan depa baca bila isu rokok diketengahkan. Mereka lebih cintai rokok itu dari nyawa sendiripun...orang tengah syok bercinta memang tak akan makan nasihat kalau ikut pengalaman2 lalu

anyss said...

Nizam: Saya sokong usaha anda nak berhenti. Sekarang ni ada ubat yang boleh hilangkan rasa ketagih tu. ada jual di farmasi pun. hanya...keazaman yang tinggi je perlu ada.

Mula2 memang susah, tapi kalau azam kuat, boleh berjaya. Dah ramai yang berjaya.

Saya juga selalu berjaga malam yang kadang2 tak tidurpun untuk siapkan kerja. Sometime tak perlukan kopi pun untuk berjaga sampai siang, kemudian pergi kerja esoknya. Kalau simpan $$$ rokok tu dah boleh pergi melancong dengan airasia

kusut said...

haha kesian lak perokok2 kalau baca ni. bukan membenci.. tapi nak mencuba la kot2 berjaya buat kawan2 berenti rokok.

aku personally bukan benci rokok, tapi aku rase sangat gembira kot kalau kawan berenti rokok

lagi satu.. aku rase awek/balak yg baik2 suke kt org yg tak rokok kot

anyss said...

Kusut: sokong 6 juta peratus sebab;
1. sokong orang nak berenti merokok, nanti boleh selamatkan hidung sendiri dari asap rokok. Bagi dorongan kepada kerja2 baik juga...
2. Memang gembirapun kawan2 berenti merokok sebab bila borak dengan dia orang, hidung ni tak hidu asap
3. Susah wooooo nak cari balak tak merokok sekarang ni...

Fina Sophie said...

not against smoker. tp sbgai seorang wanita yang nak kekal lawa lama2 sikit dan nak hidup lama sikit, sy tetap akan memilih seorang nonsmoker jadi pasangan. hehehe.

i am bit particular la about kesihatan dan pemakanan. walaupun mgkin tak 100percent terjaga, tp jagalah juga. utk kebaikan diri sndiri juga. kita ada satu badan sj, tak ada badan lain ;)

i got this one friend, dulu perkok tegar. start mrokok pun awal, sejak awal sklh mngah if tak silap. then dlm dua thn ni dia discover byk pnyakit. dlm usia 22 thn, dia ada mcm2 pnyakit. darah tinggi ada, gastrik, dll. not sure sbb dia tak gitau further. tp yg dia tekankan, dia mnyesal sgt2 tak jaga. jantung dia kena scan oleh doc n dia kata mmg teruk. dia sndiri nmpk hasil scan tu.

now, he's an MA. medical assistant. :)

anyss said...

Fina: Yupppp...utamakan kesihatan. Paling kurang kita dah usaha untuk hindari sakit, kalau dah sakit juga...itu memang dah ditakdirkan.

Malangkan, menyesal bila dah sakit. Apapun, kita doakan kawan Fina tu lebih tabah. Dunia perubatan dah makin maju...kena usaha juga untuk cari ubat