Monday, September 27

Penerangan kempen CPC, CPM & MCPM Nuffnang



Assalamualaikum (salam sejahtera);

Ramai juga yang telah mula memahami sistem yang digunakan oleh Nuffnang bagi pengagihan pendapatan melalui pengiklanan di blog.  Namun bagi yang belum memahami istilah tertentu yang digunakan dalam Nuffnang, berikut adalah keterangan mengenai CPC, CPM & MCPM :



CPC

Pendapatan anda diperoleh berdasarkan setiap bilangan klik unik oleh pengunjung unik anda terhadap unit iklan yang memaparkan kempen iklan CPC.

Pendapatan anda akan dikredit ke dalam akaun selepas 3 hari kempen CPC tamat. Kempen CPC akan tamat apabila ia telah mencapai sasaran maksimum bilangan klik.

Sekiranya blog anda memaparkan iklan CPC tetapi tidak mendapat sebarang klik, maka tiada pendapatan akan diberikan.


CPM

Pendapatan yang anda perolehi bergantung kepada jumlah purata pengunjung unik yang anda terima dalam minggu suatu kempen itu dibina.

Anda kemudian akan diatur ke “Tahap Kategori Blogger“ berdasarkan jumlah purata pengunjung unik anda.

Bagi setiap kempen, anda akan dibayar kadar yang tetap untuk setiap unit iklan. Jumlahnya bergantung kepada Tahap Kategori Blogger anda. Lebih tinggi tahap anda (atau lebih banyak bilangan pengunjung unik) maka lebih tinggi jumlah pendapatan yang anda dapat.

Segala maklumat mengenai Tahap Kategori Blogger dan jumlah pendapatan anda dapat dilihat melalui halaman Pendapatan CMS anda. Maklumat ini akan dikemaskini dalam tempoh 3 hari bekerja setelah suatu kempen iklan itu tamat.


MCPM

Pengiklan akan membeli sejumlah set bilangan pengunjung unik daripada blog anda untuk memaparkan iklan mereka dalam tempoh minggu tertentu.

Jumlah pendapatan yang anda perolehi akan disimpan sebagai Pendapatan Terumpuk (terkumpul) sementara kempen itu berjalan sehingga ia mencapai bilangan unik yang dibeli pengiklan daripada blog anda. Setelah blog anda selesai memberikan jumlah unik yang dikehendaki, pendapatan anda akan dikredit masuk ke dalam Pendapatan Semasa anda.


Rajin-rajinlah untuk "menyelongkar" laman web nuffnang untuk mengetahui aktiviti terkini dan mengenali dengan lebih mendalam mengenai mereka.  Setakat ini apabila saya berinteraksi dengan pihak pengurusan Nuffnang melalui e-mel untuk membuat pertanyaan, mereka memberi maklumbalas yang segera.

5 comments:

anyss said...

Salam,
Tak retilah dengan iklan nuffnang ni...saje je lekat2 banner kat blog. Tak taupun cara nak kutip $ juta-juta ;) sesiapa yang ada tips tu...bolehlah kongsi ya ;)

Sumandak Kinabalu said...

sama lah anyss, saja je letak iklan tu kat blog...
kalau ada rezeki, ada lah kot...

Fina Sophie said...

sy pening nak faham.. @_@

nora amila ghazali said...

btul2... cita la bagi kami nie phm... huhhh.... crita cm na org bleh dpt byak money.... bkan nak duit sgt... tp tu la plik....

mydata Best said...

nak tanya pada admin

cam mana nak seting MCPM
sebab dah banyak sy buat tp gagal lagi dapat duit dr nuffnag
tolong sy admin apa patut buat

reply to : mydatabest@gmail.com
thanks