Monday, September 13

Pelayar internet / web popular di musim raya



Dengan bantuan pelayar internet / web seperti Internet Explore, Mozilla Firefox, Opera, Google Chrome dan beberapa lagi "jenama" yang agak asing bagi pengguna di Malaysia, dapatlah kita menziarahi blog sahabat-sahabat kita pada bila-bila masa.  Sekiranya kita tidak dapat untuk berkunjung ke rumah mereka, maka blog boleh juga dijadikan alternatif persinggahan kita.  Inilah keistimewaan blog jika berbanding dengan laman web rangkaian sosial yang lain.  Berlainan dengan Facebook yang dikhabarkan pengguna setianya terutamanya di Malaysia sudah ada yang mula kebosanan, media blog boleh diberi imej yang lebih bersifat peribadi, seolah-olah melawat ke rumah sahabat blogger kita.


Dengan meninggalkan komen yang berkaitan dengan artikel di blog yang kita lawat, ia merupakan teknik yang mudah tetapi berkesan untuk "blogging" serta ia amat baik untuk menjalinkan "silaturrahim" yang berpanjangan.

Berbalik kepada tajuk artikel, saya telah meneliti jenama pelayar web yang digunakan oleh pelawat untuk menziarahi blog saya iaitu smskey.blogspot.com.  Berikut adalah susunan mengikut jumlah peratusan populariti pelayar internet ( pelayar web ) yang "masuk" ke blog saya :

Firefox  -  45%
Internet Explore  -  26%
Google Chrome  -  18%
Opera  -  3%
Java   -  3%
Simple Pie  -  1%
Jakarta Commons  -  <1%
Safari  -  <1%

7 comments:

kata kila said...

kila guna firefox.ekekeeke

miss faten said...

Saya pengguna tegar Mozilla Firefox untuk berkunjung ke blog - blog seantero dunia ;D


Tapi adakalanya tetap memerlukan khidmat encik Chroome. Hoho. Itu sebab blog terlalu advance. Miahaha XD

koshary said...

saya pengguna setia chrome. melekat degn jiwa gitu.

setuju jugk blogging boleh jadi rumah maya, dh kita ni semua jauh2, mai nak raya 'rumah' hangpa maih! ready duit raya na!=D

kusut said...

chrome pilihan utama tapi bukan set as default browser. mungkin satu kes 'denial' atau mungkin juga poyo je.

yg pasti.. bukan pengguna IE.

sYazY_dZaiMa said...

pengguna chrome yg tegar sebab macam comel je (takda kaitan langsung,hee)

humbleyat said...

sy pengguna mozilla..tp baru 2 ni mcm dgr server baru .."google instant" belum habis taip..dah terserlah apa yg kita nak cari ;-) canggih2

Ahmad Zaki said...

Assalamualaikum,

Mungkin nanti sampai masanya kita semua akan ada akaun seperti Paypal. Bila nak beri duit raya, terus je transfer dlm akaun.

Ataupun gantikan duit raya dengan "topup raya". Paling kurangpun boleh beri topup raya RM3.00, tapi kalau ada yang sudi nak transfer kredit RM1.00 sebagai duit raya pun boleh juga...