Thursday, September 16

Midnight entry









Assalamualaikum semua, ini adalah 'midnight entry'. Masih fresh lagi, terus di'publish'. Entry kali ni macam serius je, tapi tak ada la serius sangat, cuba untuk bermonolog dengan diri sendiri. Sedih memikirkan tinggal beberapa hari lagi nak tinggalkan Malaysia, sedih bila tengok mata Ma dan Abah, sedih bila terkenangkan 2 bulan bersama. Apa-apa pun, perjuangan ni kena diteruskan.





Tahun Depan?



Asalnya, ikut plan nak balik tapi risau jugak kalau-kalau tak boleh nak balik, 2nd year dah makin busy, ada dissertation yang perlu disiapkan, exam lagi. Entah la, kita tengok je la macam mana.

Me : Adik, kak eda tak tahu lagi balik ko dok tahun depan, tengok la gano
Adik Izani : uhhh, kak eda balik la, tiket berapo rial? kak eda naik la Air Asia ko.
Me : Bukan masalah duit adik, kak eda takut kak eda busy, kalu dok gak, kak eda balik lagi 2 tahun la deh. Time tu adik tingkatan dua dah.
Adik : ikut kak eda ah, kak eda kena balik jugak

waduhhh, sedih hati ni. Dengan adik bongsu yang lelaki ni memang suka manja-manja. Walaupun umur dah 12 tahun still nak tidur sama-sama, siap nangis lagi kalau tak dapat tidur sama-sama. Kalau pergi shopping, mesti pegang-pegang tangan. Tadi je buat gedik nak cium adik. Sekarang ni pun adik ada kat tepi, dah tidur. Sedih kan bila jauh-jauh. Hmmm..

Mesti rindu

Cikda akan rindukan semua yang ada di Malaysia, Ma Abah, abang-abang, adik-adik, baby dan semua-semua. Cikda pasti cikda juga akan rindukan sahabat yang selama cikda cuti ni banyak buat cikda senyum. Rindukan KB Mall, rindukan main bowling sama-sama dan cikda pasti akan rindukan semua senyuman tu. Jaga diri ya semua. 

Hari Malaysia 

Esok cuti kan, 16 September. Cuti umum sempena memperingati hari penggabungan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak sebagai sebuah negara Malaysia. Bagus jugak ada hari macam ni, nanti kalau masuk exam sejarah, ditanya pasal tarikh penggabungan, semua confirm dapat jawab dengan betul. Kan kan? 1 Malaysia Menjana Transformasi. Tapi transformasi macam mana yang kita semua harapkan? Semua seakan-akan blur. Apa yang penting adalah perpaduan. Hidup bersatu-padu, sama-sama menghormati antara satu sama lain. Jangan ada yang mempertikai sesuatu yang tidak layak untuk dipertikai. Jangan juga ada yang menghina agama orang lain. Apa salahnya kalau masing-masing memahami, dan cuba untuk hidup aman dan damai. Tak usah harapkan  usaha kerajaan je, yang penting kita ni sebagai rakyat kena jalankan tanggungjawab ni. Kita kena ingat, rakyat adalah aset utama dalam pembentukan sesebuah negara. Tak ada rakyat, tak ada la kerajaan. 

Dah tak mahu tulis panjang, mood pun kurang stabil. Next week yer tulis best-best sikit. Buat 100penulis, salam ingatan dari cikda. Thank you for everything and sorry for anything that hurts. 




21 comments:

anyss said...

Salam,
Perjuangan perlu diteruskan...demi agama, bangsa, negara, keluarga dan bla bla bla

Semua tu kan perjuangan...adat menuntut ilmu. Sila kuatkan mental dan fizikal untuk pergi uni semula ya :D

Miss Kira said...

selamat pulang ke uni..
teguhkan semangat..
=)

humbleyat said...

cikda, jgn sedih2..kuatkan semangat.kita belajar pun untuk ayah dan ibu juga kan?

Att Ashburn said...

study kat mana sekarang?
ouh betul. dengan adik lelaki sy tu pun, sy rapat. esok bile sy balik pun, die dah tingkatan 4. 2 tahun takdpt jumpe. hehe

Aida Ismail said...

@anyss : betul betul betul (gaya comel) hehe, inshaAllah, cikda doakan yang terbaik juga buat anyss =)

@miss kira : teguhkan semangat? aiyakkk! hehe, nak kena cari semangat dulu nih..hehe, thank uuuu kira =)

@humble ayat : nak tips untuk tak sedih, tapi cikda kira tak dapat la, mesti sedih jugak, haishhh, anyway, thanks..hehe

@ashburn : cikda study kat kent,united kingdom..sedih kan bila tak dapat jumpa, ashburn study mane? hehe =)

nur.sa said...

selamat belajar kembali cikda. kak tau cikda mesti budak rajin. :)

nanti ada cuti dan tak busy mesti boleh balik jumpa family semula.

selamat hari malaysia, cikda.

ASaDa RyutaRo said...

hahaha.. selamat balik semula. ngee =P

perjuangan yg perlu d teruskan. chaiyok!

Happy Malaysia Day.. =)

Aida Ismail said...

@ nur.sa : budak rajin? harap-harapnya macam tu la..hehe, thank uuu! will be missing 100penulis..hukhukss =(

Aida Ismail said...

@asada : kamu tak mahu balik ke?hehe, jgn lupa datang london tau, nanti boleh jumpa2, cikda belanja =) hehe

Azza ShanShan said...

Sedey dgr cite cikda.
Tingat doludolu nk balik upm jer
msti sayu ati nk tinggalkn adek.
Padahal umh kat kajang jer pn. uhukk.
Tp cikda laaagi jauh, an! Tabah jer lar cikda. Kalau windu, skype kn ade, bw tdo ngan lappy skali ok!

maharam said...

Salam,
Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Selamat sambung semester baru ya...sila belajar dengan rajin. Gunakan peluang ke perantauan sepenuhnya. Bukan mudah nak pergi lagi, so...timba ilmu dan pengalaman sebanyak-banyaknya

pssst: bawa bekal kuih raya sama ;)

maharam said...

Salam,
Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Selamat sambung semester baru ya...sila belajar dengan rajin. Gunakan peluang ke perantauan sepenuhnya. Bukan mudah nak pergi lagi, so...timba ilmu dan pengalaman sebanyak-banyaknya

pssst: bawa bekal kuih raya sama ;)

koshary said...

seronok jadi adik cikda. =P
eh eh gurau2. hehe.

yup, berat hati nak balik merantau lepas bermanja di rumah sendiri.

jom kita teruskan perjuangan!
best of luck!
and selamat hari Malaysia.

Mummy Nana said...

Salam Cikda..
Xpe.. janganlah bersedih hati.. kita kenalah berkorban demi masa depan.. tuk ibu bapa kita jugakan... Akak pun dah lama diperantauan.. Insyaallah... Allah permudahkan segalanya... Selamat Datang ke UK... jalan2 Ireland nanti bagitaulah ye boleh jumpa2.. hehehe...

Aida Ismail said...

@azza : kalau rindu kat azza boleh skype jugak ke? hehe, thank uuu azza ! azza pun sama, take care tau =)

Aida Ismail said...

@maharam : cikda nak tart nenas!! hehe, boleh tak? kuih ni susah nak cari sana..hehe, apa-apa pun, thank u sangat..salam kenal ya =)

Aida Ismail said...

@koshary : koshary pun nak jadi adik cikda ke? meh sini yer, ololor comeeelnya adik koshary ni..hehe =D
nanti kalau pergi london jgn lupa gtaw yer, nanti cikda belanja koshary juga =)

Aida Ismail said...

@mummy nana : akak, hehe..ishaAllah, ingatnya tahun ni nak ke ireland, jalan2..nanti cikda contact2 akak boleh kan? hehe.. salam aidilfitri akak =) thank you sangat..

sYazY_dZaiMa said...

tiba-tiba lak sedih baca, teringat time hantar adik syazy gi blaja ritummg nangis laa sebab sangat rapat dengan adik bongsu (dh memang ada sorang adik je pun,hihi)

Aida Ismail said...

@nizam : aiyakkk! commentator tegar sudah muncul! hikhik..betul tu, biasalah first time sambut hari malaysia..diharapkan lepas ni lebih meriah, dan yang paling penting rakyat malaysia sendiri punya kesedaran yang lebih =)

@syazy : mesti syazy lagi sedih, yer la..ada adik sorang je..huhu, tapi tu la kasih sayang seorang kakak kan? hehe

Fina Sophie said...

tersentuh la pula bila cikda mention pasal adik lelaki cikda tu. isk tsk tsk T_T sayuuuu