Tuesday, September 28

Menelusuri Permatang kuarza terpanjang di dunia.

Pagi ahad yang indah di ganggu oleh rancangan sekumpulan 12 orang pelajar untuk mencabar diri mendaki, menelusuri dan seterusnya menakluki Permatang Kuarza terpanjang didunia.Umumnya , di ibu kota Kuala Lumpur yang megah dengan pelbagai menara yang tinggi-tinggi yang pernah suatu ketika mendapat mahkota menara tertinggi didunia, namun, apa yang lebih menarik untuk dikongsi bersama pembaca adalah Pematang Kuarza Klang Gates (Klang Gates Quartz Ridge) yang mana ia adalah permatang kuarza terpanjang didunia.
Cerun-cerun yang curam


   Sedikit info mengenai permatang ini: 14 km panjang dan 50 m lebar,terbentuk daripada 4 jenis kuarza yang berlainan dan panorama Ibu kota Kuala Lumpur semestinya dapat dilihat dengan jelas dari permatang ini. Berbalik kepada expedisi menawan permatang kuarza terpanjang di dunia, perjalanan bermula dari Bukit Tabur, iaitu satu kawasan hutan berbukit yang menjadi laluan kepada pendaki-pendaki yang ingin ke permatang ini.
Ibu kota Kuala Lumpur

   Setelah memulakan perjalanan, kami terlebih dahulu diingatkan supaya menjaga keselamatan diri dan kawan-kawan yang lain kerana keadaan kawasan bukit yang curam dan licin ditambah dengan cuaca hujan yang sedikit menggusarkan pendaki-pendaki muda ini. Sepanjang perjalanan menelusuri permatang ini, dapat dilihat pemandangan yang sangat indah ibu kota KL dan empangan Klang Gates di bahagian kiri. Dari puncak permatang juga, dapt ditemui pelbagai batuan kuarza yang menarik dan unik, menjadikan permatang ini sesuai untujk pengkajian yang lebih mendalam.
Empangan Klang Gates

  Sesungguhnya, usaha yang berterusan dalam menjaga dan memulihara aset negara menjadi keutamaan kita kini. Rancangan pembinaan jalan raya disekitar permatang kuarza ini harus dihentikan. Jika rancangan pembinaan ini diditeruskan, maka, musnahlah satu-satunya khazanah bumi yang ada di ibu kota KL ini. Petisyen bagi menjadikan Permatang Kuarza ini sebagai salah satu warisan dunia, seperti langkawi Geopark  juga telah dibuat, jadi, sama-samlah kita menyokong usaha untuk melindungi permatang kuarza terpanjang di dunia ini-Hafizuddin

3 comments:

nur.sa said...

macam karangan 'ceritakan pengalaman anda' waktu sekolah dulu :P

honestly, tak tahu pun wujud kuarza ni dan dekat KL lak tu? pergh. sapa kata takleh nikmati pemandangan best di kl. silaplah, ni dah ada tempat best utk daki.

CikGadis said...

cntik nyer.. subhanallah~

Hdin Hafizuddin said...

cubalah cari kat Pak cik google (: