Tuesday, September 21

Masihkah Kau Ingat?

Elok keluar je bilik air, aku menggigil. Apa pasal pulak ni? Takkan baru kena hujan sikit dah nak demam? Tak macho la gini...

Eh Yang...memang sejuk ke malam ni, ke I sorang je yang tak betol?

Tak. Bukan you aje. Memang sejuk. I tengok Met Eireann tadi, dia kata malam ni 0 ke 6 darjah...
Aku pandang aje isteri aku. Takkan dah nyanyuk pulak bini aku sorang ni? Baru bulan 9, takkan dah cuaca gitu. Nak aje aku jenguk dekat laptop dia. Nak jugak buktikan yang bini aku salah tapi, udara sejuk yang menyelinap dari celah pintu balkoni bilik tidur malam tu seolah-olah menegakkan lagi kebenaran kata-kata isteri aku.

Selesai aje solat Isya' aku memberanikan jugak diri untuk menyelak langsir kain kapas pintu balkoni...


Trajedi Disember

Nasib baik. Taklah seteruk bulan Disember dengan Januari dulu. Masa tu, salji turun berketol-ketol, tiap-tiap satu sebesar penumbuk. Bukak tingkap aje, nampak semuanya putih. Macam segala yang kotor dan tak elok kat dunia nie tetiba aje jadi bersih suci. Adatlah orang Melayu, asal putih aje suci dan baik...ahaks!

Bukannya tak selalu tengok salji ni, dah lebih 10 tahun duduk dekat perantauan lah katakan tapi, tiap-tiap kali salji turun mesti seronok macam budak kecik nampak mainan Ben 10. Berguling-guling dalam salji macam hero dalam cerita Hindustan.

Malangnya, keseronokan tu hanya sementara. Sehari-dua seronoklah. Masuk 3 hari dah mula menyampah.

Kalau jalan kaki tu, salah ke laju sikit aje dah tergelebak. Berkenal-kenalanlah muka ke punggung ke dengan kaki lima yang berais. Kalau nak bawak kereta boleh, tapi kalau kereta tak 4 wheel-drive atau tak pasang rantai kat tayar, elok ajelah kalau dok kat rumah minum Kopi Cap Mesjid...

Berlatarbelakangkan suasana sejuk, salji dan kebosanan maksima inilah aku teringat time first sekali aku secara rasminya menjadi seorang blogger. Taklah dulu kala sangat tapi bila musim dah mula nak berubah ni, teringatlah jugak...

Jadi, kepada para blogger yang membaca entry ni, ingat lagi tak time first korang berkecimpung dalam dunia maya bernama blog ni? Kenangan manis? Pahit?

Selain dari menambahkan lemak di tubuh badannya, Chip kini tengah mencari balik jaket-jaket dan baju-bajunya yang tebal untuk menghadapi kesejukan yang teramat dahsatnya. Bila ada masa terluang dari proses ni, Chip akan meluahkan perasaannya dan membebel pasal skuternya tak pun Liverpool FC di blognya sendiri: Hikayat Skuter Hijau...

30 comments:

Fina Sophie said...

sy mula berblog sejak 2006. itu pun masih di friendsterblog. itupun secara tak sgja kot start sbb hobi suka menulis. sy tulis diari since sklh rndh lagi. hehe :)

then 2007 pndah ke blogger sbb dikenalkan oleh kawan. smpailah skrg. tak tahulah bila nak stop.. :)

r.k said...

ghua mula berkecimpung dalam dunia blogger ni dengan pengisian politik , lepas tu ghua mual .. slow-slow ghua upgrade ghua punya isi , sekarang , ghua nak tulis pasal apa pun ghua tak tahu ...

Hdin Hafizuddin said...

Mula berkecimpung pada awal tahun ini,baru menjinak-jinak dalam dunia blogger, kenangan pahit manis tu, memang ada,biasalah orang baru mula bertatih dalam suatu dunia baru, walau apapun, matlamat, nak jadikan blog sebagai tempat perkongsian maklumat antara blogger tidak kira maklumat baru atau maklumat yang sume orang dah tahu, tak apa, asal perkara itu perkara yang betul.

kusut said...

cam Fina gak la, dr kecik simpan journal. tu utk personal use. tapi agaknye aku suke menulis dr dulu lagi kot.

blogging lak hmm.. tak tau mane 1st blog aku. mule ade personal blog since myspace. lepas tu pindah ke xanga. (atau terbalik.. dah tak ingat). pastu pindah ke friendster kejap pastu terus ke blogger. kat blogger baru aku post utk semua orang baca. cerita tak terlalu personal.. nama orang tak letak.

chenta said...

mula berjinak2 dgn dunia blog ni bulan september 2008. buat blog masa tu sbb kwn2 suruh..hahaha..kelakar je rasa. kwn2 semua ada blog. so diorg suruh i buat juga..tp sekrg blog i je yg masih berthn even dh 2kali buat blog, sekali tukar link, byk kali tukar title blog.semuanya gara2 stalker..huuuu

cIk JanNah said...

sama mcm fina, I start blogging since 2007. tapi sebelum tuh menggila dengan blog di frenster. maklumlah masa tu frenster tengah popular. then, my ex-bf memperkenalkan blogspot terus jatuh cinta dengan dunia blog. tapi I kejap ada kejap tak ada. macam chipsmore. tapi smua tuh bersebab :)
insyallah selagi ada idea selagi jari mampu menaip selagi tuh blogging diteruskan

T__T

nur.sa said...

bermula di friendster. so kat situ bermula blog saya. then, tambah satu lg blog iaitu yang sekarang before tutup yang friendster. :)

moga, niat menulis sampai akhir hayat tercapai.

anyss said...

Salam,
Dah lupalah bila mula blog hu huhu

Mmmmmm nak mainsalji la hu h uhu

Azwandy Bin Muhamad said...

Salam...

Saya mula berblogging sejak 2008...
Kira-kira 3 tahun yg lepas la...
Memang banyak kenangan manis & pahit bila berblogging ni...
Kenangan manis semestinya blog menjadi tempat luah rasa & diari hdp saya... Menjadi tempat saya menulis kisah cinta saya dgn si dia... Tapi, si dia sudah menjadi teman sahaja sekarang..Huhu...

Kenangan pahit pula, bila terpaksa memadam entri atas sebab menjga perasaan org lain... Rasa mcm x best dah berblogging masa tu... Huhu...

Ada juga disebabkan kecewa dgn seseorg... saya hampir delete blog saya...HUhu...

Di sebabkan sokongan sahabat2 blogger..saya teruskan juga sehingga sekarang...
Hehe...

Thanks sahabat-sahabat blogger...

(Sori panjang pulak komen..Hehe...)

.s.o.f.i.a. said...

i started in 2008.. tapi macam idop segan mati takmau. time tu bukan kenal sesapa yang mem blog. syok2 sendiri jer...... then in 2009 i refer sorang blogger yang banyak bagi tips, ajar macam2... then there was kila (katakila.com) yang tolong buat template bagai...... now me and a few bloggers dah jadik besfren.....

kata kila said...

mule kat myspace.kan ade blog dalam tu.eekekekee

Tupai Karan said...

mula dengan design website ekceli.. around thn 2000.. sebab amek upah buat website untuk band2 muzik (kwn2). Tu pun bodo ja dengan geocities (free web) - skrg xdak lagi.

Sambil2 tu buat jugak web sendiri promot zine (majalah fotostat), tp makin lama makin bosan sbb xdak interaksi. Berkenan pulak tgk org2 dok buat 'blog' sbb visitors blh komunikasi dgn pemilik blog, so thn 2006 br la terbukak ati nk guna blogger.com. Tu pun byk post yg dipadam.Hehe

Tp smpai sekarang, xpenahnya aktif. Post kekadang ja. Mai mood rajin, rajin la. Mai malas, tak pandang terus. Hehe. Tp masih pilih untuk write something yang boleh dikongsi, bukannya personal/private stories utk dijaja (my life's not interesting).

Sori gak komen terlebih ;p

Chip said...

@Fina: Tulah, aku ni kira baru je start tapi dah macam addicted. Tak boleh nak stop. Kalau sehari tak masuk blog boleh jdi gigil, macam withdrawal symptoms lah pulak...ahaks!

Chip said...

@rk: Politik? Menarik tu. Kat Malaysia tu kalau takleh nak borak politik online, mana lagi kan? Kenapa tak teruskan aje? Line panas ke?

Chip said...

@Hdin: Haaa...sama-sama newbie lah kita ye. Betol tu, integrity kena ada.

Chip said...

@kusut: Aku tak pernah ada journal tapi, bila pikir-pikir balik best pulak kalau ada dulu. Sekarang ni macam best pulak bila baca entry-entry lama (walaupun takdelah selama mana!)

Chip said...

@chenta: Ada stalker? Horror eh?Ceritalah sket dalam entry bila-bila ke... boleh dijadikan nasihat untuk blogger-blogger baru.

Chip said...

@Cik Jannah: Apa problem Friendster ye? Dulu aku pun ada sign-up dekat Friendster tapi, tup tap tup tap...semua orang dah menghilangkan diri ke MySpace lah, Facebook lah, Blogger lah...

chenta said...

@chip : huuu...stalker mmg ada tambah2 bila blog mula dikenali ramai. masa tu mula la org tak dikenali, tetiba email or PM kita ckp kita bukan2.ckp mcm2 psl blog kita..tp itula lumrah blogger...

nak buat entry ye??erm..tak terpikir lg ^_^

Chip said...

@nur.sa: Time transfer blog leceh tak? Ada tips untuk blogger baru? Bukan nak berpindah blog tapi, manalah tau. Tengok gaya ramai kat sini yang dah perpindah-randah...

Chip said...

@anyss: Nak main salji ye? Memula memang best tapi lama sikit...sakit hati. Tapi yelah sesekali nak jugak try kan...

Chip said...

@Azwandy: Eh, takpe komen panjang. Aku nie seronok lagi dapat komen bebanyak gini...ahaks!

Anyway, kenapa delete entry tu? Kalau "save as draft" ke buat protected entry tak best ke? Ataupun time tu perasaan dah terover-over...?

nur.sa said...

bab nak transfer blog tu maybe boleh tanya fina, rasanya dia pernah transfer blog. yang saya tu, tutup blog friendster dan terus mula baru yg blogspot :D

Chip said...

@sofia: I register dekat Blogger 2008 jugak tapi lagi terok, tak start-start until 2 years later...ahaks!

Tima kasih rekemen servis katakila. Terpikir jugak nak customise lagi blog Hikaya Skuter Hijau tu...

Chip said...

@kata kila: OK, nanti akan di selidik dengan lebih lanjut...

Chip said...

@Tupai Karan: Hahaha...Geocities. Ada orang pakai lagi tak? Aku ingat dulu ada pakai FreeWeb punya template buat website sendiri (nama dia pun dah lupa). Dah penat-penat setting layout dia pastu sampai habis tak buat apa...

Life's not interesting? Itu semua relative kan...?

Chip said...

@chenta: Oh, geng-geng Anonymous lah nie ye? Salunye yang Anonymous nie lah yang antara yang paling dekat dengan kita.

Kalau tak terpikir lagi, pikirkan lah sekarang ye. Buat cam citer misteri gitu...ahas!

Chip said...

@nur.sa: OK, thanks for the info.

kusut said...

@Chip - aku rase personal journal adelah satu benda paling best pernah aku buat sepanjang hidup aku ni. aku ade 3 buku yg identical journal tu (journal.. tulis bile ade event penting. bukan mcm diary). cerita dari zaman sekolah sampai zaman uni.

sekarang wife aku pegang buku2 tu sebab dia sangat suka baca. memalukan kadang2 tapi takde benda yg lagi jujur dr journal tu. ^^

CikGadis said...

owh. nak tergelak guling-guling time mula2 stat blogging. hehehehehe