Friday, September 10

Layakkah aku menjadi anakmu?

Salam.
Bardboo nak ambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga 100penulis dan juga kepada semua yang melawat blog ini. Macammana dengan raya anda, pasti meriah kan? =)
________________________________________________________________

“Seorang ibu boleh menjaga sepuluh orang anak, tapi sepuluh orang anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu”

Mesti korang semua pernah dengar kata-kata di atas ini kan? Pada pendapat korang, betul tak?
Bagi pendapat saya, kata-kata ini teramatlah benarnya. Kalau kita tengok dalam drama di TV, banyak sangat memaparkan tentang isu ini. Nak yang realiti? Hanya pandang sekeliling korang, dan perhatikanlah. Semuanya dapat dilihat dengan jelas.




Kenapa agaknya anak-anak ini tergamak melakukan hal yang sedemikian? Kalau dulu, ibulah yang mengandung dan melahirkan kita, ibu juga yang menyusu dan memberi kita makan secukupnya, dan ibu juga yang menjaga kita bila kita sakit.





Tapi bila ibu sudah tua dan tidak berdaya, kita enggan menjaga mereka. Bila ibu memerlukan kita, kita tidah mengendahkannya. Sampaikan sanggup bergaduh dengan adik-beradik yang lain untuk menentukan giliran menjaga Ibu. Kenapa?

Adakah kerana kita tidak sayang ibu? Atau kerana kita terlalu sibuk dengan hidup, kerja, dan keluarga sendiri? Ataupun memang kita ini, anak yang tidak mengenang budi? Tepuk dada, tanyalah hati.

Alangkah besarnya pengorbanan Ibu selama ini. Tapi kenapa bila Ibu tua, kita tidak mahu menjaganya? Susah sangatkah mahu menyediakan makanan buat Ibu? Sedangkan Ibu telah menyediakan makanan buat kita selama bertahun-tahun. Susah sangatkah mahu memandikan Ibu, dan membersihkan najisnya? Sedangkan Ibu telah terlebih dahulu melakukan semua itu buat kita.

Lapangkan dada anda, fikirlah. Semoga kita semua menjadi anak yang soleh dan solehah. InsyaAllah.



4 comments:

koshary said...

great post!
setuju dgn bardboo.
semoga kita banyk berdoa agar menjadi anak yang soleh.

pertenghan ramadhan haritu sy berpeluang mlwat rumah orang tua di puchong, mmg ada kisah pakcik makcik yang ada anak, tapi hantar mereka di sana.

Aida Ismail said...

kadang-kadang anak2 lupa akan pengorbanan seorang ibu. mungkin seorang ibu tak penah meluahkan rasa kecil hati nya, tapi kita sbgai anak kena peka dengan keadaan tu..pernah tengok tak air mata seorang ibu? cikda tak pernah, tapi cikda pasti seorang ibu mengalirkan air matanya ketika dia sujud dan berdoa pada Yang Esa. semoga kita menjadi anak-anak yang soleh & solehah. amin

nur.sa said...

saya sayang mak saya. moga saya tidak tergolong dalam golongan yang melupai jasa ibu.

sYazY_dZaiMa said...

congrats!!saya suka post ini.

memang betul mak sgtla disayangi dan perlu dijaga, selagi hayat masih ada. walaupun mak xpernah mengeluh, xpernah mintak tapi apa salahnya kita memberi untuk membahagiakan mereka. semoga mak sentiasa bahagia, sangat syg kt mak (tiba2 emo plak dh,uhuk =.=)..