Thursday, September 30

Kuching heboh sebentar

Penat gila weh minggu lepas. Mesti ada yang tahu kan, minggu lepas Jom Heboh ada dibuat kat Kuching, Sarawak. Maca biasalah, aku kat sana tolong orang berjual.
Berjual makanan la, makanan panggang2 tu. Macam satay ayam panggang, hati ayam, bedal ayam, Geruk (leher) ayam... eh, pendek kata, selagi ada apa bahagian kat ayam tu lah yang di jual.Kaki ayam jer tak ada ok? hehe

Boleh tahan ramailah kat sana. Biasalah kan kalau2 keramaian macam tu, ramaila bebudak. Sudahlah bersesak, belum lagi di tambah dengan pe'el budak2 sekarang, Yalah, event tu kan di buat kat kawasan terbuka. At least jagalah peradaban tu sikit. Bukan satu, bukan dua bukan tiga contoh yang aku saksikan dengan mata kepala aku sendiri malam tu. Kadang2 aku terfikir, mana ntah pergi adab manusia sekarang kan? Nak kata tak cukup ajaran, mak ayah@penjaga mesti ada kasi tunjuk ajar dan tegur2 apa yang patut. Kalau takde pun, kat televisyen sekarang ni melambak rancangan ilmiah baik dari segi agama ataupun moral. Cuma tak nak amik peduli kot?

Contoh 1:
Dalam ramai, ada satu kumpulan budak remaja ni. Jalan2 sambil ketawa riang berborak. Tiba2 salah seorang terlanggar seorang budak kecik yang tengah beriringan tangan dengan si nenek dia. Kecik lagi budak tu. Dalam 3, 4 tahun kot. Dah langgar, budak kecik tu jatuh tertiarap la kan. Apa salah nya kalau si remaja tu tadi berhenti sekejap. Tak nak tolong pun at least la cakap maaf ker apa. Ni tak, boleh nya lepas budak tu jatuh tertiarap dia boleh macam tolak lagi tangan budak tu yang jatuh ngam2 atas kasut dia camtu je.. Eh.. kesian tau nenek tu nak pujuk cucu dia nangis2. Kawan aku yang lelaki ni tak boleh blah terus jumpa remaja tu marah2. Remaja tu plak buat muka seposen dan terus jalan. Kejadian seterusnya biarlah rahsia.

Contoh 2:
Dalam kesesakan orang ramai, penjual dan pembeli pun mestilah ramai kan. Kebetulan lalu kat satu stall ni. Teringin plak nak makan potato twist. Alkisahnya, stall ni, ramai sungguh orang. Tapi ku gigihkan jua kerana malas la pulak nak jalan jauhlagi tu untuk perhentian potato twist yang seterusnya. Tunggu punya tunggu, sesak punya sesak akhirnya pakcik tu tengok muka aku.

Pakcik A:
mok apa tek? (Nak apa tadi?)

Aku:
Kamek mok potato twist duak igek (Saya nak dua potato twist)

Makcik B:
oo bang, coba kitak laju sikit molah ya lok. Rami gik sidak lain bertunggu ya (Bang, cuba laju sikit buat tu. Ramai lagi orang lain menunggu)

Pakcik A:
*sengih-sengih sambil tangan ligat buat order aku*

1 minit kemudian

Pakcik A:
Nah oder ktk (Ni order kamu) *Sambil baling plastik ngam2 atas meja depan aku*

Dalam hati. eh.. takkan main baling kot?

Aku:
Berapa tek cik? (Berapa pakcik?)

Pakcik A:
duak ringgit jak (Dua ringgit jer)

Aku: Nah cik (Nah pakcik) *Sambil hulur Rm10)

Pakcik A: Makseh. Datang lagik (Terima kasih. Datang lagi) *sambil lempar lagi duit depan aku*

Waiseh. ini sudah lebih.

Aku:
Pakcik, tauklah kastemer kitak rami, Tapi sikkanla barang2 tok semua nak main tikam. Sik malu ka di tangga kastemer lain. Sak sikda org datang sitok agik baruk tauk
(Pakcik, tahulah customer pakcik ramai. Tapi takkanla barang2 ni semua pakcik nak main baling je. Tak malu ker kalau customer lain tengok? Sah2 nanti tak ada org datang baru tahu)


Pakcik:
*sengih2* sambil cakap "sorry nak, kamboh gilak asa pakcik tok. Sorry gilak2 ow. Nah, tok pakcik berik jaklah. Sedekah :) <-smbil buat muka senyum" (Sorry nak, busy sangat2 dah pakcik ni, Sorry banyak2 ek. Nah, Yang ni pakcik kasi jer. Sedekah :) ) Ek? Boleh pulak camtu ek? Senang2 jer minta maaf. Apa pun time tu, dia kasi extra sayap ayam panggang2 (walhal aku sendiri dah jual kat stall sendiri) tapi orang dah kasi tak baik hampakan perasaan orang tau :P Contoh2 lain, tak payah cakaplah eh. Biarpun masih ramai lagi yang mempunyai budi pekerti kat dunia ni. Tapi kalau dah sorang dua tu mencacatkannya. hmm... pikirlah sendiri. Dalam ramai2 tu, sempatlah aku jumpa beberapa org artis (artis la kot). Kalau tanya kat aku, memang aku kurang pasti sebab aku tak kenal sangat artis2 ni. Kecuali kalau tiba2 jer aku tertengok filem/drama lakonan sekian2 artis. Memangla aku kenal. Yang paling aku kenal... ally iskandar jer. Yang lain kenal muka, tak tau nama. Hehehe.. apa2 pun. tgk la gambar2 ni ek. Gambar2 artis dan bukan artis dan kawasan sekitar.















Sekian, terima kasih :D

p/s tajuk tak bleh blah kan? hehe...

7 comments:

Sofia said...

Bila kita semakin bermasyarakat, semakin byk lagi kerenah2 manusia yg kita dapat lihat.. Tapi, inilah realitinya... Bila kita punya kesedaran, jangan kita jadikan diri kita macam PKCIK A, dan REMAJA tu..

P/s: dapat lihat jom heboh dalam TV aje.. huhuhu..

100penulis said...

adab dan sivik.. masyarakat kita selalu terlupa nk jaga dua benda tu. tak kira tua dan muda. Bg saya, saya panthang peniaga-peniaga tak beradab juga.

Bagus ztie berani menyuarakan teguran kepada pakcik tu.

p/s tak pernah pegi jom heboh. sangat antisosial.

chenta said...

erm..pasal adab ni, mmg ssh nk diajar..nak diperli pun, takkan makan saman punye..

tp sekarang kat sekolah dh ada pelajaran sivikkan??harap2nya akan lahir la manusia yg lbh beradab

Mummy Nana said...

MMg betul pun.. kadang mmg rasa tension jek... malu pun ada.. xpaham pun ada.. kenapa lah orang melayu yang kaya dgn adab boleh jadi camgini..

ztie said...

sofia, 100 penulis, chenta dan mummy nana:

memang kat sekolah sekarang ada pendidikan sivik. Macam2 di buat pun pokoknya balik kat individu tu jugak. Dari dulu lagi pendidikan islam dan pendidikan moral dah ada kat sekolah. Still, kes2 yang tak patut terjadi tetap terjadi.
Bukan berniat nak biadap dengan pakcik tu. Cuma tak suka cara dia layan customer.

Sofia:
Takpe. Dalam tv lagi senang. Dok rumah sedap2 jer. hehe

100penulis:
antisosial? geng writer kan ada :)

fndrocka said...

Teringin nak blaja bahasa sarawak..nak kelakar sarawak.

ztie said...

FNDROCKA:
BOLeh jer nak belaja bahasa sarawak. No hal :)

kelakar hehee... lebih tepat kalau 'kelaka' or 'klaka' tanpa R