Friday, September 10

Kongsi Meriah Raya

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Selamat Hari Raya Aidilfitri,

Hari ini 1 Syawal, Hari Raya Aidilfitri; hari kemenangan kepada seluruh umat Islam yang berpuasa. Kalau tak puasa, bermakna dah kalahlah ya. Tahniah kepada anda yang berjaya lalui ujian sepanjang sebulan berada dalam bulan Ramadhan.

Suasana Raya memang meriah. Lain tempat lain cara meraikannya. Mesti seronok kalau kita boleh tahu kemeriahan dan keunikan sambutan raya di merata tempat kan?


Biasanya pada hari raya, kita akan berpakaian baru, saling bermaafan sekeluarga, menikmati hidangan sebelum ke masjid mengerjakan solat sunat Aidilfitri. Menziarahi kuburan ahli keluarga dan sahabat handai yang telah pergi mengadapNya terlebih dahulu, saling kunjung mengunjung dan ziarah menziarahi sanak saudara. Itu sambutan raya secara standard. Namun, dah tentu ada juga cara yang unik dan tersendiri di merata tempat.

Saya suka menulis, jadi apa kata kalau kita sama-sama kongsi suasana dan cara sambutan hari raya di tempat masing-masing dalam ruangan komen kat sini. Ramai dikalangan kita nak juga tahu cara sambutan raya di tempat lain. Jom kongsi!

12 comments:

nur.sa said...

tinggal di kampung berbeza dengan tinggal di bandar yang kebanyakannya tinggal di taman. jadi kalo kt kampung saya ni, td lepas semayang raya, kitorang bermaafan sambil membagi duit raya. 8org adik beradik mmg meriah ditambah dengan kakak ipar dan anak saudara :)lepas tu, kami beraya di rumah jiran kiri kanan depan dan belakang, kejap lagi barulah nak ke rumah yang jauh sedikit iaitu sedara mara. sebut pasal makanan, di tganu mesti ada ketupat daun palas dan ketupat nasi. makan dengan kuah kacang dan rendang ayam. oh ye. juga ada nasi dagang. hamikk. panjang saya komen. macam dah entri sendiri. minta ampun maaf ye :D

selamat hari raya mahamram..

Q said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri..
memang seronok.
kalau kat sini meriahnya lain. kat negara lain meriah mereka pun lain.

koshary said...

kalau balek trngganu beraya, pagi2 dh melantak nasi dagang dgn daging, dekat rumah nenek jek boleh dpt.=D
ke Nur.sa boleh masakkan?

dan dngr cerita, kalau orng mesir beraya, leps solat tu diorng dengn family ramai2 nenek atuk pakcik kakak pergi bersiar siar dekat taman. cool gak!=p

Aida Ismail said...

selamat hari layaaaa, ehh silap2..hari raya..hehe =)

nur.sa said...

erk.. minta ampun la koshary, nasi dagang belum expert saya masak. haha

koshary said...

Alaaaa. Takpe nur.sa! Tukang rasa pon sy sanggup jdi.asalkan FREE! = D

maharam said...

nur.sa: Dah lama tak makan nasi dagang...beraya dengan keluarga besar memang sangat meriah.

Tak apa tulis panjang2...kan kongsi pengalaman namanya ;)

maharam said...

Q: mudah dan senang ingat je nama anda:D
Berbeza cara sambut buatkan tambah pengalaman kalau kita kongsi dengan orang. Beza itu jadikan sambutannya unik.

Selamat hari raya aidilfitri

maharam said...

koshary: Orang ganu jugak ya...bolehlah gi beraya rumah nur.sa ya...eratkan silaturrahim

Cool jugak raya pergi taman macam tu...malaysia ni kan banyak taman, jom reramai kita serbu...mmmm jem kat tamanlah pulak nanti ya

maharam said...

Aida: Selamat hari raya

nur.sa: tapaw je dari rumah nenek, pas tu cakap je lah masak sendiri la la la

Koshary: haaaaa kan dah dapat lampu ijau tu...dah pandai masak, jangan lupa lak jemput saya. Saya suka nasi dagang ;)

maharam said...

Nizam: Ada duit raya tak?

CikGadis said...

ahakz. skrg dah raya haji. =)

Jemput singgah teratak CikGadis : Selamat Hari Raya Haji