Thursday, September 30

Kenapa perlu angkuh?

Kenapa manusia sangat angkuh? Angkuh dengan kesenangan pinjaman Allah, berlagak sini sana, cuba untuk mempamerkan harta kekayaan mereka, yang kononnya itu semua datangnya dari usaha mereka sendiri. Benar, tidak ada yang menyangkal pun, cuma apa yang perlu diingat adalah hasil yang datang dari usaha mereka itu sebenarnya berkat dan izin dari Allah juga. Semua kesenangan, semua kekayaan yang mereka ada boleh ditarik balik pada bila-bila masa sahaja.

Sekali lagi, ingin cikda utarakan, kenapa manusia mencari Yang Esa apabila mereka ditimpa musibah sahaja? Adakah ketika mereka senang, Tuhan itu tiada? Atau, Tuhan itu sebenarnya semata-mata sebagai tempat mengadu segala masalah yang menimpa? Bukan niat untuk menunjukkan bahawa cikda ini sangat bagus, sama sekali bukan untuk menunjuk cikda ni alim. Tidak tidak. Cikda sendiri punya dosa, besar kecil, bahkan cikda juga kadang-kadang alpa dengan permainan dunia. Situasi ini buat cikda terfikir, kenapa bila susah, masing-masing mula mencari sejadah, cuba untuk sujud dan menadah tangan memohon pertolongan dari Allah. Ego kita dah jatuh ke? Kenapa perlu ada ego dengan pencipta sendiri? Bukankah Allah itu lagi berkuasa dari kita?

Untuk jadi seorang yang berjaya dunia akhirat, solat 5 waktu jangan dilupa, Al-quran dan As-sunnah biarlah menjadi panduan. Susah? Apa yang susah? Yang penting, setiap ibadah kena ikhlaskan untuk Allah. Dalam solat jangan ada yang mencuri. Bukan mencuri duit, tapi jangan mencuri kalimah Allah itu sendiri. Sujud dan rukuklah dengan niat kerana Allah. Hendaklah setiap bacaan itu sempurna. Latihlah diri mengamalkan bacaan Al-quran setiap hari, mulakan hari anda dengan ayat-ayat Allah. Zikrullah, ingatlah pada Allah. Sebutlah lafaz Alhamdulillah, Subhanallah, Allahuakbar. InshaAllah, hidup lebih diberkati dan diredhai. Semoga hari-hari lepas dapat memuhasabahkan diri kita semua, memimpin kita ke jalan yang lurus di masa akan datang.

Wuallahualam

P/s : diupdate guna phone,huhu..internet kat umah ada problem.

7 comments:

.s.o.f.i.a. said...

kadang2 manusia lupa...............

Aida Ismail said...

sofia - betul tu, cikda pun selalu lupa..bila susah baru la nak ingat, walhal selama ni, Allah tak pernah lupa nak makbulkan doa-doa kita..

anyss said...

Salam,
Manusia yang angkuh itu adalah...orang2 yang tak ada apa-apa sebenarnya. Kalau dia ada segala2 yang bertimbun harta, kuasa, kemuliaan dll...dan dia itu ada IMAN, dia akan lebih tunduk diri dan syukuri serta sedar yang semua tu sementara. Pinjam je...

Mummy Nana said...

Biasalah manusia mudah lupa dan angkuh dgn Harta dunia yg dipinjam Allah buat sementara... Kita kena selalu ingat kan diri sendiri... Semoga kita sentiasa dilindungiNYA. Insyaallah

kusut said...

kita manusia takleh lari dari kesilapan. we are only human. dan kadang2 kita kene rajin saling memperingati. thanks cikda for this reminder

Q said...

yup betul kate adi. manusia memang takleh lari dari kesilapan. sama ada besar atau kecil menjadi perbandingan yang perlu diperbaiki. jangan ada hasad dalam hati sesungguhnya itu perkara keji...

humbleyat said...

manusia angkuh kerana tidak punya iman yang kuat.iman manusia ini berkurang dan bertambah.terpulang pada diri kita untuk menentukan prestasi iman kita.tapi adakalanya kita terleka dan ketika itulah ujian datang untuk menambahkan iman kita kembali,sayang kan Tuhan pada hambaNYA?dan rugi bagi kita kerana tidak mengasihiNya dengan sepenuh hati:)