Tuesday, September 21

Kenali Trilobit

   Pada entri kali ini, penulis amat berminat untuk memperkenalkan kepada pembaca 100penulis tentang seekor haiwan yang telah pupus berpuluh juta tahun lalu. Tahukan anda, tentang seekor spesis haiwan yang digelar 'Trilobit'? Mungkin ramai yang pernah terdengar dan mengenali gambar yang seiras dengan haiwan yang akan penulis rungkaikan sebentar lagi, namun, masih ramai diluar sana yang masih tidak mengetahui dan mengenali sejenis haiwan kecil yang cukup primitif ini.
Trilobit

  Tahukah anda,Trilobit adalah tergolong didalam filum Artropoda yang terdiri daripada haiwan yang tunggal di kalangan invertebrat dan mempunyai jumlah kaki yang banyak dan bercantum yang digunakan untuk berjalan,berenang,mengumpulkan makanan juga sebagai organ pemakanan. Haiwan ini mempunyai rangka luar berkitin, iaitu sejenis kulit berplastik yang diperbuat daripada bahan organik dan dikeraskan oleh kalsium fosfat, sama seperti yang terdapat pada udang.
   Rangka ini cukup kompleks dan terdiri daripada banyak pecahan yang boleh dipisahkan,manakala badanya pula terdiri daripada beberapa segmen dan setiap anggota merupakan bahagian yang bercantum. Untuk pengetahuan semua, rangka luarnya kuat dan cukup tegar apabila ianya tidak berupaya untuk diperbesarkan dan dengan itu pembesaran haiwan akan tersekat. Akibatnya, haiwan primitif ini terpaksa mengelosorkan rangka luarnya dan membina rangka yang baru. Uniknya, keadaan ini akan berlaku berulang-ulang kali, terutamanya pada peringkat awal hidup, dan berlaku dalam jangka masa yang singkat supaya tidak ada sarung keras yang akan menyekat tumbesarannya.
   Mari kita beralih kepada kelas Trilobita. Kelas ini terdiri daripada artropod dengan rangka luar yang boleh dibahagikan kepada tiga bahagian yang memanjang, iaitu satu bahagian paksi dan dua bahagian sisi yang simetri dan kedudukan melintang pula terdiri daripada bahagian kepala yang di panggil Sefalon, ekor digelar Pigidium dan bahagian badan utama iaitu Toraks yang terletak diantara kepala dengan ekor.Tambahan pula, kebanyakan trilobit mempunyai sepasang mata majmuk pada permukaan atas kepalanya, manakala dibahagian kakinya terdapat siri kaki palsu yang secara keseluruhannya bercantum dan kaki ini digunakan untuk berjalan serta berenang, tetapi ciri ini sangat jarang ditemui pada fosil.

   Selain maklumat yang ditunjukkan, garis cetakan yang melintasi bahagian sisi kepala dan di belakang mata sangat penting kepada haiwan ini semasa proses pengelongsoran rangka luarnya dan ini di kenali sebagai sutur muka. Trilobit ini telah wujud dari usia Cambria hingga Perm berdasarkan skala masa geologi.Dari segi habitat, Kesemuanya adalah hidup dikawasan marin tetapi dalam had ini, trilobit yang wujud sangat berbeza-beza.
   Trilobit yang 'normal' biasanya kelihatan seperti perangkak pada dasar lautan dan pembangkai, dengan jejaknya sering ditemui pada permukaan satah batuan. Trilobit yang lain adalah pengorek lumpur dan sesetengahnya mengecilkan matanya atau buta kedua-duanya sekali. Terdapat juga trilobit yang merupakan perenang bebas atau hidupan yang terapung di kawasan lautan suatu ketika dahulu.Trilobit muncul pada usia Cambria, terbentuk sempurna dan nyata walaupun sejarah Pracambria tidak diketahui langsung.

   Akhir sekali, Trilobit tidak pernah menjadi pembentuk batuan, tetapi berguna sebagai penunjuk persekitaran zaman dahulu kala. Lihatlah, betapa hebatnya Pencipta kita, dapat menghidupkan serta mematikan makhluk-Nya dengan kekuasaan-Nya. Inilah yang dikatakan kesedaran kita terhadap hidupan lain dan persekitaranya. Jika ada yang teringin untuk melihat sendiri fosil Trilobit dan fosil lain secara dekat, anda bolehlah melihatnya di Langkawi Geopark, berbagai maklumat baru akan diperolehi. Tidak mustahil, jika makluk Trilobit ini yang telah pupus jutaan tahun lamanya boleh dijumpai di belakang rumah anda, siapa tahu.
Artikel ini dirujuk dari buku bertajuk ‘Fosil’, ditulis oleh F.A. Middlemiss diterjemah oleh Mohd. Nazrin Mat Noor, Dewan Bahasa dan Pustaka.Andai ada yang berminat, buatlah penjelajahan di mana-mana web yang berkaitan dengan asal usul, sejarah perkembangan serta cara hidup haiwan ini.
Ditulis oleh Hafizuddin, http://hdinhafizuddin.blogspot.com/

5 comments:

anyss said...

Salam,
Fuyoooooo sekali pandang macam lipas. dua kali pandang macam biskut raya tak jadi...tiga kali pandang...huh! hebat betul penulis ni ;)

Hdin Hafizuddin said...

nie hidupan yang hidup kat lautan, lipas terbang-terbang, tak sama...nie same macam belangkas, tp bukan spesies belangkas (: rupe pon dah menakutkan...

kusut said...

ahahaha biskut raya. kalau jumpe fossilized benda ni boleh jadikkan base utk acuan, pastu gune acuan tu buat kuih raye tahun depan. tambah nenas kat atas dia kasik manis sikit :P

kata kila said...

anysss komen tak boleh blah.hahahah..tapi macam lipas lah.errrr

nur.sa said...

sangat geli tengok kaki dia.huhu.

tapi tiap satu makhluk Allah jadikan mesti bersebab kan?

macam satu jenis haiwan ni yang kecik2 tapi bila sentuh debu lekat kat tangan. tak sama spesis kot.