Saturday, September 11

Kau bodoh, aku pandai...

Kenapa boleh wujud kata-kata "Kau bodoh, aku pandai" atau yang sebaliknya?


Semua kerana ada Kelas A dan Kelas E di sekolah. Hahaha. Sebab tu kita dapat tahu menilai kepandaian dan kebodohan.

Tapi manusia bukanlah hidup dalam kebodohan. Cuma manusia hidup dalam ketidak tahuan. Keduanya berbeza.

Orang A berani bilang Orang E bodoh kerana dia berjaya mengecap target lebih awal berbanding Orang E. Padahal kedua-duanya boleh berjaya mendapatkan sukses yang sama tapi pada masa yang berlainan.

Otak setiap manusia benrfungsi dalam kadaran yang berlainan. Jadi tidak adil nak mengatakan orang-orang di Kelas E adalah bodoh.


Tapi sikap menilai "Kau bodoh, aku pandai..." ni dah diterapkan sejak lama dahulu.

Sampai dah mati pun orang nak menilai kebodohan


Pabila diwujudkan kasta dalam pembelajaran, maka wujud 2 sikap buruk. Iaitu bongkak dan benci.

Yang di Kelas A akan bongkak (walaupun tidak secara langsung)

Yang di Kelas B akan benci pada golongan 'Pandai'...

....
..

..

p/s: Tapi orang memang suka membanding-bandingkan. Haha. Gua pun camtu.. ahaha.. Ingat, gua bukanlah siapa-siapa, yang gua bahaskan adalah cuma idea gua setelah menyertai sedikit perbualan bersama teman. Dah la.. Salam Aidil FItri.. hehehe.. gua melalut ape la hari raya sebegini..


Saki baki mengenai penulis ini:
Pert Doherty, merupakan seorang anak jalanan, penulis picisan di ruang maya. Beliau juga bukanlah siapa-siapa. Tiada kelulusan bagus. Tiada ayat yang bagus dalam penulisan.  Dan tidak banyak yang diketahui mengenai penulis ini. Beliau juga merupakan penulis di blog utamanya iaitu Otak & Jantung, kemudian di YM Doodle Art. Beliau ada juga menulis di blog rakannya (Karim) iaitu Country 20 Class.

13 comments:

Aida Ismail said...

cikda setuju, kdg2 rasa down dgn diri sendiri tgk org, teringat plak masa UPSR dulu2..cikda tak jadi student target pun kat sekolah, tapi alhamdulillah cikda dah buktikan pada semua, sama ada target atau tidak, bukan mereka yang tentukan usahakita, tapi diri kita sendiri, dan yang paling penting adalah redha dan pertolongan dari Yang Esa =) selamat hari raya Pert Doherty...

nur.sa said...

belakang parang tu, kalau diasah pun boleh jadi tajam. maka, orang yang slow (bodoh?) pun boleh jadi cerdik dan berjaya kalau berusaha keras.

:) tak ada istilah bodoh dan pandai. semua kena usaha. antara rajin dan malas aje.

pendapat saya :)

Malek Ku said...

sebab adanya org tinggi diri n rendah diri~~

@kamato said...

nice post

Pert Doherty said...

To Aida Ismail, camtu kita ndak, the underdog.. hehe.. Kisah kau bodoh aku pandai ni cuma selingan di hari raya, cuma itulah hukum dunia.. Indah bagi yang di atas.. hehehe..


kalau semua jadi orang 'pandai', orang 'pandai' jadi apa?


ɐɥɐɥɐɥɐɥ ˙˙ıɐɯɐɹ ıpɐɾ ,ıɐpuɐd, ƃuɐɹo :uɐdɐʍɐɾ

Pert Doherty said...

To kata kila, gua juga berpendapat demikian..

lepas ni gua akan buang sikan suka membanding-banding..

hehe.. slamat ari raya ke 3 (kot..)

Pert Doherty said...

To Malek Ku, benar, gua sokong.. Tapi gua pikir-pikir, sikap itu ada kala boleh diubah ya?..

hehe..

Slamat ari raya..

sYazY_dZaiMa said...

yup2,sekarang org memang ska membandingkan. darjat, kepandaian jd ukuran bkn setakat di sekolah hingga ke jinjang pelamin pn begitu tp kepandaian yg ada kalau tidak digunakan sebaiknya pn xda gunanya, kalau bodoh dan terus bodoh pun memang tak akan membawa apa-apa perubahan, yang penting hati dan diri harus perlu berusaha dan mengubah diri sendiri. salam kenal Pert Doherty :)

Pert Doherty said...

To sYazY_dZaiMa, Kadang kala orang tak paham benchmark sebenar untuk kehidupan.. jadi yang 'pandai' dan terus kononnya berjaya mengecap kepandaian akan terus sombong diulit dunia yang hakikatnya mimpi-mimpi. Yang 'bodoh' terus berasa rendah bagai dunia penuh mimpi ini sudah tamat ketika dilabel sebagai orang Kelas E.. Masakan tuhan itu hilang jika kau di Kelas E ataupun G ataupun Z. Tuhan sentiasa bersama kamu.

Jadi usahalah. dan doalah. Kerana bodoh-bodoh itu, rendah-rendah itu cuma di mata manusia..

Pandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua..

p/s: gua dah melalut..

~iqbalhafifi~ said...

perbandingan mmg pnting utk improve diri msing2..kalo msing2 rasa sama level,kita tak ade usaha untuk majukan diri..tp,mcm mane seseorg itu menerima and respond kpd prbndingan itu lg pnting..hehe

koshary said...

kalau ikutkan sistem pembelajaran dekat Malaysia ni, kita focus more on theory and facts, siapa dpt kuasai bnda ni maybe boleh cemerlang masa sekolah.

tapi yang tak cemerlang, 'budak-budak kelas belakang' yang smpai 'benci' pada budak 'pandai', tak semestinya diorang tak pandai, cuma kadang2 mereka lebih hebat/minat dalam perkara yang require hand-skill berbanding books and notes.

definition 'pandai' tk semestinya hanya pada kertas kn?

p/s-masa sekolah mngah dulu, group kelas 1st malu msuk kelas 1st sbb asyik kne perli.(selingan)

miss faten said...

Benar benar, sebab terwujudnya sistem kelas A dan E itulah melahirkan pemikiran2 yang tidak elok itu. Jujur mengatakan, dahulunya saya juga bersikap sedemikian, bongkak dan takbur namun semuanya tinggal kenangan, menjadi memori silam yg tidak ingin diungkit semula.

Cuma di sini saya ingin melontarkan pandangan saya juga, sesungguhnya tiada manusia yang dilahirkan bodoh, cuma rajin dan malas sahaja yang membezakan mereka. Siapa yang rajin dan sikap ingin tahu terlalu menebal maka mungkin bijaklah dia, tapi kalau malas dan lebih prefer benda - benda such as pergi tempat2 hiburan selalu or buat benda2 yang gembira hanya sekejap tapi tidak memberi efek long term, maka well rugilah dia -__- Life's like that.

Lagipun kalau sekadar "pandai" tapi hati buruk tak elok juga kan?? -__- Dan belum tentu "pandai" itu berterusan, adakalanya kalau dok sibuk membongkak diri dengan kepandaian itu takut suatu hari nanti tanpa diduga ALLAH menarik balik kepandaian itu, mungkinlah tetiba dia jadi cacat otak ke, who knows? :)

So yeah, diharap istilah bodoh dan pandai itu tidak digunakan sangatlah. Cuma rajin dan malas je kot -____-

Aniza said...

salam

saya pun pernah alami situasi macam ni tapi bukan saya dibandingkan, kawan saya. adakala sampai kawan ni berkecil hati tak nak bertegur sebab cikgu bandingkan antara saya dan dia tapi saya biasa2 dan selalu bantu dia. tapi dia buktikan yang dia juga dah berjaya sama seperti saya sekarang.sebagai guru, rasanya tidak patut banding membanding keterlaluan sebaliknya cuba asah anak-anak murid sebaik mungkin supaya menjadi bijak pandai untuk manfaat negara. tak gitu?