Wednesday, September 8

Kamu Sedang Diuji

Menjemput anda dengan penuh sopan santun ke Blog ASaDa RyutaRo
Assalamualaikum dan salam mesra kepada semua admin dan pengunjung 100 penulis. semoga dalam keadaan yang sihat dan bahagia bersama insan tersayang.

Berada di hari-hari terakhir Ramadhan ni, suasana seakan sudah hari raya. apa lagi buat mereka yang dah mula bercuti dan bersama family di kampung. pehh.. memang best sangat lah tu. orang yang tak dapat balik beraya macam saya ni, sabar je la ea. kita nyanyi lagu Dari Jauh Ku Pohon Maaf daripada Sudirman je. hehe..

Apa pun keadaan kita, 1 Syawal tetap akan menjelma. cuma yang membezakannya, sambutan dan kemeriahan aidilfitri.

Di sambutan hari lebaran, jangan lupa kepada mereka yang kurang bernasib baik. please.. jangan biarkan mereka tanpa perhatian. Allah sedang menguji kita dengan nikmat rezeki-Nya.

mesti dah baca kisah dua beradik dan seorang anak yang cacat mental ni kan.
[sumber : harian metro]

Betapa sedihnya bila mengenang nasib yang menimpa dua beradik warga emas yang terpaksa makan dedak jagung makanan ayam untuk berbuka dan bersahur. kita punyalah hebat dapat makan sedap time berbuka. ya Allah.. hebatkah dengan membiarkan orang di sekeliling berlapar sedangkan kita sedang kenyang menikmati juadah yang berlebih-lebih?

Apa yang mengecewakan, orang di sekeliling tidak ada belas ehsan pun nak bagi sedikit makanan untuk mereka. mana masjid di kawasan tu? kalaulah ada masjid di kawasan tu, ini merupakan MALU BESAR untuk orang kariah tu. kalau takde pun masjid yang agih makanan berbuka, ke mana insan lain yang sama berpuasa di bulan Ramadhan?

Menurut akhbar metro, mereka sering di cemuh masyarakat sekeliling. astaghfirullah.. kamu sedang diuji! Allah sedang uji sifat syukur kamu wahai manusia..

Alhamdulillah mereka dah dapat bantuan. ini kisah yang dah didedahkan. macamana kisah mereka yang senasib makcik Rahimah ni yang lain? di sekeliling anda, sudah pastikah anda tidak ada yang merempat? sama-sama kita tinjau-tinjau..

Dikesempatan ni, ASaDa ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua pembaca dan rakan-rakan alam maya. silap dan salah haraplah dimaafkan. bulan mulia hari baik ni, sama-samalah kita bermaafan.

Nota kaki :
kepada yang berlebih duit raya tu, agih-agih jugak la kat saya ni.. hehe =)

15 comments:

nur.sa said...

bila baca cerita macam tu, keinsafan tu pasti datang. baru sedar diri yang kita ni lebih beruntung. InsyaAllah,mudah2an setiap dari kita membantu mengikut yang termampu. derma pun satu cara kan? :)

sYazY_dZaiMa said...

aiee, tedah eh, kmk mun nangga benda kedak tok,nang puah aek mata, lalu nangis.

anyway, kita walaupun xmampu dari segi material, dari segi rohani kita mungkin dapt membantu mereka. org seperti andalah yang sepatutnya bertambah bkn berkurangan :)

Aida Ismail said...

asada!! selamat hari raya ya, inshaAllah, ramadhan kali ini benar-benar memberikan kesedaran betapa besarnya nikmat Allah, amin

Fina Sophie said...

insafnya.. terima kasih mengingatkan. tp alhamdulillah setakat ini keluarga tidak makan terlalu berlebih2. kalau ada lebih, selalu ada cara macamana nak habiskan. hehe..

wanie m'nJ said...

Salam lebaran juga...
sedar tak sedar dah penghujung ramadhan dah..
sekejap je rasanya ramadhan kan??
tup2 dah nak masuk syawal..
tgh2 kita dok bergembira dhn mereka yg tersayang,ada lg org yg beraya tnpa mereka yd disayangi..

100penulis said...

Betul kata Asada tu, kita memang diuji.

Jangan kata waktu nak raya2 ja kita insaf, seeloknya tiap waktu kita kena bersyukur atas nikmatNya dan prihatin dengan orang lain.

Tak dapat bantu beribu orang pun tak pa lah, kita bantu seorang dulu.

Bersedekah, berzakat, derma, tanda kita prihatin. Kalau tak dapat memberi dengan wang ringgit, kita beri dengan tenaga/akal/ilmu.

Nice post.

kata kila said...

nice entry asada!LIKE LIKE LIKE

:) selamat hari raya ye semua

miss faten said...

Saya bersetuju dengan pendapat anda Encik Asada, sememangnya kita sedang diuji kini. Astaghfirullahalazim, semoga kita semua tidak lalai dan terus alpa dengan sikap kita ini :'(


Anyways, Selamat Hari Raya diucapkan. Eh kitak sik balit raya kah?? Bukan kitak ada madah dalam belog kitak pegi KIA?? -__- Or aku yg salah baca ni Asada wehh ~ Haha XD

azmihamin said...

bersyukurlah walaupun kita menerima ujian yang terbesar dari-Nya..

jawa.totok.di.bumi.kiwi

NuR si CiKGu RiBeNa said...

salam singgah
salam lebaran

moga aidilfitri yg bakal diraikan membawa 1000 makna tersendiri buat kita semua


selamat hari rayee

kusut said...

bile tengok reaksi org dlm isu iklan tv3 tu.. ujian bulan ramadhan tahun ni aku rase ramai yg dpt point rendah sikit dlm kategori kesabaran+kemaafan

slamat raye lah seme!! jeles dgn org yg bleh fly balik msia tahun ni gak ><

koshary said...

setuju dengan saudara asada.
bersama kita semaikan budaya memberi!

asada kalau ada yang hulur duit raya bagi la 10%? HEHE

cIk JanNah said...

kita memang di uji. sekarang kalau kita tgk org kaya semakin kaya manakala org misken bertambah misken. dah misken dihina dan dicerca. apalah salah diorg tuh. allahuakbar.

sama2 lah kita beringat. yg x mampu jgn dilupakan.:)

btw selamat hari raya asada!

Nurul Zaty said...

betol betol awak..
stiap manusia mmg sntiasa diuji oleh Allah kan.
ujian tanda Allah syang ktat kita..

:)

btw,
selamat hari raya!

humbleyat said...

artikel yg bez..andai kita diuji,itu tanda Allah rindukan rintihan2 kita..;-)