Tuesday, July 5

Kami Akan Jadi Seperti Che

Aku termenung kejap. Bukan apa tapi tengah plan dalam otak aku yang tak sebarapa nie apa yang aku nak buat malam tu. Hari Raya dah masuk hari yang ketiga. Isnin dah nak masuk balik keje. Baju untuk minggu depan nak kena gosok. Itu dah tentu. Tapi, apa yang aku patut buat untuk menghiburkan diri aku sementara menghadap helaian baju kerja dan baju sekolah anak aku?

Tanpa berfikir panjang, tangan aku mencapai remote TV aku.
Mesti ada cerita best malam ni. Takkan takde...
Lepas beberapa minit aku menukar dan menukar pilihan channel yang ada, harapan aku makin pudar. Takde pulak cerita best malam nie...


Aku pandang pulak ke arah hi-fi NAD kegemaran aku. Selalunye, memang rumah aku akan bising dengan bunyi hi-fi ini nak-nak, time aku menggosok baju tapi, entah kenapa malam tu terasa bosan pulak. Kemungkinan besar pasal aku dah nak masuk 50 kali repeat lagu-lagu yang sama dari album Florence + The Machine.

Aku pandang balik TV aku dan kotak hitam dekat bawahnya. Media player aku. Tetiba aku teringat yang aku dua-tiga filem yang aku tak tengok lagi dalam hard drive media player tu. Bagus. Cerita (Che Part One dan Che Part Two) yang jadi pilihan aku malam tu dah dua tahun keluar wayang dan sejak cerita nie keluar wayang aku memang nak tengok tapi hajatnya tak pernah kesampaian sampailah ke malam tu.

Filem nie terbahagi pada dua bahagian - cerita benar pasal perjuangan Ernesto "Che" Guevara di Cuba dalam filem pertama dan yang kedua, kisahnya di Bolivia setelah beberapa tahun mengembara ke segala pelusuk dunia untuk memperjuangkan hak-hak orang yang tertindas. Macam Batman dunia realiti pulak bunyinya.

Banyak dah buku aku baca pasal perjuangan si Che ni tapi inilah peluang pertama aku dapat untuk menonton filem pasal hidupnya. Yelah, dah lama membaca, nak jugak tengok gambar pulak kan?


Pepahal pun, yang penting pada aku, bukan kualti filem tu dan bukan juga orang tu sendiri tapi apa yang Che capai dalam jangka masa hidupnya yang pendek. Belum sampai 25 tahun dia dah menjelajah hampir seluruh benua Latin Amerika atas motor Nortonnya. Aku ni, Indonesia dengan Thailand pun tak jejak lagi. Ada setengah orang tu pulak, seumur hidup diorang tak pernah dan tak akan keluar kampung.

Sejurus lepas pengembaraan bermotornya, Che menyambung pembalajaran dia dan di tauliahkan jadi seorang doktor. Bagus jadi doktor ni. Kerja yang mulia dan jadi mudah bila nak membantu masyarakat keliling kita. Menyesal pulak aku tak dengar cakap mak bapak aku zaman sekolah dulu...

Tapi, yang paling best, bila umur dia baru 30 tahun (lebih sikit) dia dan rakan-rakannya berjaya menggulingkan diktator dan kerajaan negara Cuba yang terkenal dengan kezaliman dan penindasan terhadap rakyat Cuba. 30 tahun. 30 tahun dah buat semua tu...

Iye, memang ramai orang lain yang patut di kagumi tapi ini cerita pasal Che dan dalam cerita ini, aku kagum pasal Che. Iye, ada orang cakap dia komunis tapi, bukan komunisme yang aku kagumi tapi semangat Che yang berkobar untuk membantu orang yang di tindas dan memerlukan bantuan. Kalau kita nie, kalau nampak mak cik tengah bawak Kelisa tersekat dekat roundabout, belum tentu tolong dia, bagi dia jalan dulu. Silap haribulan, lagi di tekan minyak kereta/motor kita. Hah, doklah kau kat situ mak cik...

Iye, Che memang pilih cara keganasan untuk menentang kerajaan Amerika dan suku-sakatnya tapi bukan perjuangan bersejanta dia yang aku kagumi tapi keberanian dia untuk menentang pihak yang jauh lebih gagah dan berkuasa dari dia. Bak kata orang kita, berani kerana benar kan? Tapi berani tak kita tolong akak rumah sebelah bila dia di ragut dek rempit? Entah-entah dari tolong akak tu, kita tangkap video dekat handset kita dengan tujuan nak upload kat YouTube. Dapat banyak hit nie...

Ishk...ishk...ishk...

Tak hairanlah kalau di Cuba, bebudak sekolah dekat sana akan memulakan hari sekolah diorang dengan berjanji...
Kami akan jadi seperti Che!
Chip kini menetap di bumi hijau Ireland. Selalunya Chip akan meluahkan perasaannya di blognya sendiri: Hikayat Skuter Hijau...

9 comments:

kata kila said...

x salah kagum dgn semangat bangsa asing!

ASaDa RyutaRo said...

hohoho.. cam pernah tengok cerita dia ni. ke cerita lain yg sy tengok tu ea? klu x silap mmg pasal che guevara.

bukan dlu pernah family dia saman syrkt yg keluarkan boxer ada muka che guevara ke? err..

Chip said...

@kata kila: Tulah...nak kagum dengan semangat bangsa sendiri, zaman moden nie rasanya takdelah pulak.

@Asada: Betol tu. Lagi satu cerita dia yang glamer, Motorcycle Diaries tapi cerita tu pasal time dia muda lagi.

Pasal saman tu dah macam-macam dah family dia try nak buat. Kalau t-shirt tu kira OK lagi. Nie taruk kat spendar susah lah sikit...

kusut said...

bukan susah nak kagum dgn bangsa sendiri.. tapi mungkin kite terlebih fokus pada yg teruk pada diri/bangsa sendiri. biase la tu hyper-critical

tapi rasenye org2 macam che guevara tu lebih elok la jadik idola daripada justin bieber, madonna atau kurt cobain

~iqbalhafifi~ said...

alamak..cam best je citer ni..aku da delete plak..tgk ckit cm bosan je,,hehe

Chip said...

@kusut: Biaselah, dengan bangsa sendiri kene hyper-critical. Baru tinggi sikit standard dia.

Tapi, kau di selak seribu kali pun rasanye tak jumpa sorang pun yang mampu bertanding dengan pencapaian Che nie. Kalau ada, jom share...

Pasal Bieber & Co. tu aku setuju sangat. Ramai sangat bebudak nak jadi glamer & kaya. Kurang sangat yang nak tolong sesama sendiri.

@iqbal: Cerita dia mungkin bosan kalau kita tak kenal background orang dia. Kalau rajin cuba baca sket pasal En. Guevara ni. Baru best tengok filem pasal dia pulak.

KeCiK said...

mcm Romper Stomper, memang semangat tp semangat-nya kearah yg ke-tidak-elok-an. :)

Kepal-kan tinjumu ke awan.

Chip said...

@Kecik: Lain sket kot Kecik. Romper Stomper tu pasal budak skinhead neo-Nazi yang takde arah tuju. Apa yang diorang perjuangkan pun awal-awal dah merapu.

Che pulak perjuangan dia tak merapu cuma cara yang dia pilih untuk berjuang tu (komunisme & keganasan) tak berapa apdal lah...

@Nizam: Tepat sekali. History Channel memang kegemaran aku. Tapi subjek Sejarah time sekolah dolu memang aku paling benci. Yelah, bosan. Tapi, tu salah pengajar dan bahan yang di ajarkan.

CikGadis said...

kadang2 ok gak mengagumi semnagat bangsa laen. amik yang baek2 jer.. kan?