Wednesday, July 27

Ikan Penyet

Salam perkenalan dari saya kepada semua, first time terserempak dengan blog 100penulis ni, buatkan saya terfikir untuk join. Kadang-kadang terdetik gak, mampu ker saya nak ikut semua yang telah di tetapkan? Tapi semuanya dah ikut jadual kan? Just perlu ikut masa masing2 je. Walau apapun, saya nak cuba jugak, pantang menyerah sebelum mencuba. Betul? Jadi andai kata ada salah silap yang saya buat dalam ni. Kiranya, sahabat2 dalam ni boleh tolong tegurkan?

Sebelum ni, kewujudan blog saya atas sebab suka suki jer. Takde niat nak berkecimpung terus pun dalam ni. Dah lama, saya makin jatuh cinta pulak dengan blog kan? It's addictive, that's all i can say. Saya pasti semua yang dah lama tu setuju. (Itu pendapat saya jer). Sila2 jugak singgah kat blog saya ek, tapi blog saya tu fully dalam bahasa sarawak. InsyaAllah nanti saya buat dalam dwibahasa ke ok? hehe

Nak di pendekkan cerita, baru tadi saya terima email daripada 100 penulis ni. Nasib la ada internet connection sekarang ni, boleh saya terus buat apa yang telah di suruh. Idea ni datang tiba-tiba setelah saya baca beberapa entri pertama dalam blog ni tadi. Entry Nasi katok.



Macam sedap kan? Saya tak pernah lagi try. Yang saya pernah try of course Nasi ayam penyet macam yang di komen oleh saudari syazy dalam entry tadi.
Tapi kat sini saya bukan nak cerita tentang ayam penyet, ayam dah kira macam, dah biasa lah kan? Rasanya semua tempat dah ada kot.
Kalau nak di bandingkan ayam atau ikan, saya lebih prefer ikan. Dah bosan makan ayam kot? Mana tak nya, dulu2 time kecik2, hari2 mak ayah tanya:

"nak makan apa hari ni?"

"ayam"

Esok, lusa dan hari2 selepasnya:

"menu hari ini adalah... ika~~n"

"AYAM!!"

hehe.. dulu bukan main lagi. ASyik2 ayam, ayam dan ayam. Nasib muka tak macam ayam kan? :P
Sebab tulah sekarang lebih prefer ikan kot.

Ok. Panjang dah. Now straight to the point. Korang semua pernah makan ikan penyet tak?




ikan penyet ni, kebiasaannya dia guna ikan tilapia. Sedap! Dengan manisnya ikan tu. Saya personally, suka makan ikan penyet kat satu kedai ni. Kat Kuching la eh. Tak jauh dari rumah pun, Salleh's Corner nama kedai makan tu. Pergh! Rasanya hingga menjilat jari. Sup dia pun berasa sangat2. Takdelah rasa macam air masak + garam lepas tu tabur dengan daun sup jer. Paling best kalau makan time nasi tu panas2 lagi, ikan tu pun fresh, lembut jer isi dia. Manis ikan tu pun memang *UMPH* la kata org. Makan lagi dengan sambal dia + Ulam-ulaman yang disediakan. Saya suka, lagi pedas sambal tu lagi sedap. Korang lak cmne?









pssttt... yang kecik tu ikan tilapia. Tapi jangan pandang rendah dengan yangkecik. Yang kecik tu lagi sedap makan dari ikan yang besar tu. Ikan besar tu pulak ikan merah. Toke kedai tu ganti dengan ikan merah sebab hari tu kita org nk makan ikan tilapia, order banyak. Tapi dah habis, so dia ganti dengan ikan merah. Tapi harga sama~

12 comments:

Encik MT said...

sedih tol la...saya dah la tengah lapar nie...gi post gambar sedap2 plak..hahaha!nyum,nyum....

SyUhAdA said...

nmpak cam sedap jer...

Sofia said...

adess.. ayam penyet pun xpernah try lg ni.. aiseyyy

kusut said...

sedapnye ikan. sekarang ni paling rindu nk makan ikan selar goreng makan ngan kicap n nasik putih panas.
T_T homesick sudah~

Sofia said...

Ikan mmmg last choice.. ak pn macam ztie gk, dah beso2 baru nk makan ikang...

koshary said...

eish sodap den tengok! sodap!
ni terasa nak gi cari gak ni!dulu ada bazaar, skrng mana lah nk merantau cari ikan penyet pula.

request:nanti ajarkan bahasa sarawak sikit yeh? teringin nak cakap sarawak juga! yg sy tau, 'kamik datang naik baloon' betul? =)

humbleyat said...

adus..tetiba esok nak cari ikan bakar..ke ikan patin pak akob yang sedap tu yerk..

Sofia said...

Betul2...

Eh macam aku Sarawakian pula

sYazY_dZaiMa said...

ztieee< welcome to the club *yeayy*

terharu kamek my name is in your entry :). btw, rah perumahan kah kedei ayam penyet tok? will try next time lah mun camya. *drool*

nur.sa said...

wah sodap! ikan isi manis memang best.

eh eh. ada resepi?

kalau tengok ayam penyet tu,ayam macam kena kentuk sikit sampai penyetkan?

ikan camna lak cara masaknya?:)

ztie said...

Encik MT:
ala.. kesian. Tengah lapa ke? ehehe.. takpe. Lepas ni ble p cari makanan kan?

Syuhada:
bukan nampak jer. mmg sedap pun tau. nanti dtg swk ble cuba :)

Sofia:
tak pernah try ek? Sofia kat ner skrg?

kusut:
sedap kan? ala.. sedapnya jugak kalau makan dengan kicap tambah lagi nasi puteh panah. pergh...

Sofia:
samala kita kan. Dulu tak reti plak nak makan ikan :D

ztie said...

koshary:
memang sodap! percayalah! dulu kat bazaar ada jualpenyet ek?

Reply request:- boleh. nanti ztie selitkan sikit2 bahasa sarawak dalam entry ek.

"Kamek datang nait belon"

lebih kurang macam ni. Tapi koshary pun dah ok tu. Takpe. Perlahan2.

hubleyat:
wahh! cari2. hehe.. ztie tak pernah lagi makan ikan patin.

Sofia:
Betulla tu. Takpe. Sama2kan :) hee..

Syazy:

yey!! makseh! aok. ehhe. sekpa.. bukan salu. aok.. rah perumahan koh. Boleh coba. Tom yam nya pun kaw2.

nur.sa:
hai nur.sa. resepi takde ah.
Biasanya mmg camtu. Ayam penyet tu. Kena ketok sampay penyek. Sebab Penyet=Penyek.

Ikan sama gak. Tapi tak payah la ketok. Sebenarnya. Cara hidangan tu jer sama. Kedai2 skrg nak buat variety la kan. Selain ayam penyet. Ada ikan, sotong pun ada :)